(SEMASA) ELF Bawakan Inovasi Pelincir Berprestasi Litar ke Penang Auto Show 2026

Spread the love

PULAU PINANG, 30 April 2026 – ELF, jenama pelincir premium di bawah portfolio TotalEnergies, kini menjadi tumpuan di Penang Auto Show 2026 dengan mempamerkan inovasi pelincir terbaharu untuk enjin moden, sejajar dengan legasi kecemerlangan sukan permotoran dan kepimpinan teknologinya.

Diasaskan di Perancis pada tahun 1967, ELF telah membina kepakaran global selama hampir enam dekad dalam teknologi pelincir. Jenama ini telah bertapak di Malaysia sejak tahun 1985, menandakan lebih 40 tahun kehadiran kukuh dan kepercayaan dalam kalangan pemandu serta rakan industri tempatan.

Teknologi Terkini untuk Enjin Generasi Baharu

ELF mengetengahkan rangkaian EVOLUTION 900, 700 & 500 FTX terbaharu yang mematuhi piawaian API SQ / ILSAC GF-7A, merangkumi gred kelikatan 0W-20, 5W-30, dan 10W-30. Rangkaian ini dibangunkan khusus untuk enjin petrol generasi seterusnya, termasuk sistem pengecas turbo, hibrid, dan sistem Start-Stop.

Kelebihan utama rangkaian baharu ini termasuk:

  • Kecekapan Bahan Api: Dioptimumkan untuk penggunaan petrol yang lebih menjimatkan.

  • Ketahanan Oksidasi: Memberikan perlindungan unggul terhadap kehausan enjin.

  • Prestasi Bandar: Memastikan kebersihan enjin yang optimum dalam keadaan pemanduan bandar yang mencabar (kitaran henti-mula yang kerap).

Turut dipamerkan adalah rangkaian EVOLUTION FULL-TECH yang merangkumi produk seperti FULL-TECH LLX 0W-30 dan VSX 0W-20. Pelincir sintetik sepenuhnya ini direka untuk memenuhi keperluan enjin petrol dan diesel moden, serta serasi dengan sistem kawalan emisi canggih seperti penapis zarah diesel (DPF) dan penukar bermangkin.

Dari Litar Lumba ke Jalan Raya

Inovasi ELF berakar umbi daripada penglibatan aktif dalam perlumbaan kelas dunia, termasuk Formula 1 dan kejuaraan lumba tahan lasak (Endurance) melalui perkongsian dengan program perlumbaan Alpine. Persekitaran perlumbaan ekstrem ini berfungsi sebagai makmal ujian dunia sebenar untuk memastikan formula pelincir yang terbukti di litar dapat diterjemahkan kepada perlumbaan harian yang lebih selamat dan berkuasa bagi pemandu biasa.

Dengan legasi yang dibina atas prestasi, inovasi, dan semangat permotoran, ELF terus memperkasakan setiap perjalanan dengan penuh keyakinan dari litar lumba hingga ke jalan raya harian.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *