SERDANG, 29 Mei 2026 – Pengedar motosikal terbesar tanah air, MForce Bike Holdings Sdn. Bhd., terus mengukuhkan penguasaannya dalam pasaran dua roda tempatan dengan melancarkan skuter urban terbaharu yang paling dinantikan, WMOTO Griffin 205, bersempena dengan pameran Pameran Motosikal Malaysia atau Malaysia Bike Show (MBS) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Pelancaran jentera ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan MForce Bike Holdings, Asri Ahmad, bersama barisan pengurusan tertinggi. Kehadiran WMOTO Griffin 205 menjadi bukti komitmen berterusan MForce dalam menawarkan motosikal berspesifikasi tinggi dan berciri moden pada harga mampu milik demi memenuhi impian serta bajet rakyat Malaysia.
Pakej Prestasi Maksimum dan Spesifikasi Teknikal Padu
Harga Jualan Asas: RM8,888.00 (Tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran)
WMOTO Griffin 205 tampil dengan reka bentuk luaran yang sangat tajam, sporty, dan agresif, menjadikannya pesaing sengit dalam segmen skuter urban kelas pertengahan. Berdasarkan spesifikasi rasmi, jentera ini menawarkan rangkaian kuasa yang mengagumkan bagi kelasnya:
- Enjin Kuasa Tinggi (4-Injap): Jentera ini dijana oleh enjin 198.8cc silinder tunggal, 4-lejang, 4-injap dengan nisbah mampatan 11.3:1. Enjin ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 14.5kW pada 8,250rpm dan tork puncak 17.4N.m pada 6,250rpm.
- Sistem Suntikan Bahan Api Elektronik (EFI): Menjanjikan kadar penggunaan petrol yang efisien dan responsif melalui pengurusan Electronic Fuel Injection (EFI) dan unit kawalan enjin (ECU).
- Sistem Penyejukan Cecair: Menggunakan sistem penyejukan air/cecair (liquid-cooled) bagi memastikan suhu enjin sentiasa optimum untuk tunggangan jarak jauh.
- Prestasi Kelajuan: Mampu mencapai kelajuan maksimum (Top Speed) sehingga 130 km/h.
- Sistem Transmisi: Hantaran kuasa yang lancar ke roda belakang digerakkan oleh sistem transmisi CVT jenis automatik empar kering (dry type automatic centrifugal) menggunakan pacuan tali sawat (belt drive).
Ciri-Ciri Utama & Teknologi Terkini:
- Paparan Meter Digital TFT: Mengikuti trend teknologi premium, Griffin 205 dilengkapi dengan panel instrumen skrin warna TFT moden yang memaparkan maklumat tunggangan dengan jelas dan premium.
- Sistem Pencahayaan LED Penuh: Reka bentuk lampu hadapan berkembar jenis LED yang garang bersama lampu siang (DRL) memberikan aspek keselamatan dan visual yang menonjol pada waktu malam.
- Sistem Suspensi Premium: Menggunakan suspensi hadapan jenis hidraulik (hydraulic shock) dengan jarak gerakan 75mm. Bahagian belakang pula dilengkapi sistem Twin Shock dengan Subtank (jarak gerakan 60mm ) untuk kestabilan dan pengendalian optimum.
- Sistem Brek Cakera Berkualiti Tinggi + ABS: Aspek keselamatan dipertingkatkan dengan padanan Brek Cakera (Disc Brake) berserta sistem ABS pada kedua-dua roda. Brek cakera hadapan berdiameter 230mm manakala brek cakera belakang berdiameter 220mm.
- Praktikaliti & Dimensi: Mempunyai berat kering 126kg dengan kapasiti tangki bahan api sebesar 11 Liter yang sangat praktikal untuk kembara jauh. Ketinggian pelana adalah 790mm dengan jarak roda (wheelbase) 1,380mm , serta menggunakan saiz tayar 100/80-14 (Hadapan) dan 120/70-14 (Belakang). Jentera ini juga mampu menampung beban maksimum sehingga 276kg.
Empat Pilihan Warna Eksklusif
Bagi memenuhi ekspresi gaya hidup penunggang generasi baharu, WMOTO Griffin 205 ditawarkan dalam empat skim warna yang dinamik:
- Xtreme White (Warna pelancaran utama dengan grafik merah/hitam)
- Nitro Red
- Action Blue
- Glacier Grey
Ketersediaan Pasaran
Dengan tanda harga rasmi RM8,888.00, WMOTO Griffin 205 dijangka menjadi antara model skuter paling berbaloi dan popular di pasaran tempatan. Jentera ini kini dipamerkan secara rasmi di reruai MForce sepanjang berlangsungnya Malaysia Bike Show 2026 di MAEPS, Serdang sehingga 1 Jun 2026.
Para pelanggan dan peminat dua roda yang berminat boleh mengunjungi pameran tersebut atau menghubungi mana-mana rangkaian pengedar sah WMOTO di seluruh negara untuk urusan tempahan.

