KUALA LUMPUR, 8 Ogos 2026 – Melangkah ke era baharu penjagaan diri moden, Cosway (M) Sdn Bhd hari ini merasmikan stor pertama Cosyoung di Berjaya Times Square. Dibangunkan daripada konsep yang diperkenalkan menerusi Cosway Reimagined di LaLaport BBCC pada tahun lepas, ruang fizikal ini membawakan pengalaman baharu dalam kecantikan dan kesihatan holistik buat masyarakat urban.
Sejak berdekad lalu, Cosway menjadi jenama pilihan dan kepercayaan pelbagai generasi di Malaysia. Hari ini, Cosyoung meneruskan kebanggaan tersebut dengan mengubah pengalaman membeli-belah biasa menjadi destinasi gaya hidup interaktif yang direka khas untuk generasi baharu.
Pelancaran ini membawa makna tersendiri buat Ketua Pegawai Eksekutif Cosway (M), Puan Chryseis Tan, yang pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Times Square pada tahun 2017. Sembilan tahun berlalu, beliau kini kembali untuk merasmikan Cosyoung yang pertama di lokasi penuh nostalgia ini.
“Cosyoung lahir daripada satu persoalan iaitu bagaimana Cosway boleh kekal selari dengan gaya hidup hari ini, tanpa membelakangkan kepercayaan pelbagai generasi yang telah dibina?” kata Puan Chryseis Tan. “Kami ingin memberikan nafas baharu kepada warisan kecantikan dan kesihatan ini agar ia lebih dekat di hati pengguna. Jadi, kami menjemput orang ramai untuk datang mencuba produk yang benar-benar sesuai dengan keperluan mereka.”
“Bagi kami, stor ini bukan sekadar tempat penjualan barang biasa, tapi ruang yang memudahkan dan memberi manfaat kepada gaya hidup seharian,” kata Encik Leslie Cheng, Pengarah Urusan Cosway (M). “Stor pertama ini jadi tanda aras untuk kami bawa Cosyoung ke kawasan bandar lain. Strategi kami jelas untuk tempoh dua tahun ini, melihat kepada sambutan luar biasa yang kami terima sejak sebelum pelancaran lagi.”
Menerusi konsep yang lebih moden berbanding stor tradisional biasa, ruang dalaman yang berkonsepkan minimalis dan mesra pengguna ini menampilkan tiga zon pengalaman interaktif:
- Estetik Kecantikan & Penjagaan Kulit: Ruang khas yang menghimpunkan produk kecantikan inovatif, rutin penjagaan kulit bebas bahan kimia berbahaya (clean skincare), serta rawatan khusus untuk menyerlahkan seri semula jadi.
- Nutrisi & Kesihatan Dalaman: Sudut khusus untuk suplemen pemakanan, minuman kesihatan (elixir), dan makanan kesihatan khusus yang menyokong kesihatan secara menyeluruh dari dalam.
- Barangan Asas Gaya Hidup: Barangan harian yang praktikal dan direka khas untuk meningkatkan suasana kediaman serta ruang diri.
Terletak di unit LG-05 & LG-06, Lower Ground Floor, Berjaya Times Square, Cosyoung membawa konsep ruang santai untuk mencuba produk baharu dan kolaborasi. Pengunjung juga boleh mencuba sesi analisis kecantikan dan kesihatan secara peribadi yang diadakan dari semasa ke semasa bagi membantu memadankan rutin harian.
