(SEMASA) CFMOTO FLAGSHIP STORE FOOK YONG MOTOR TRADING RASMI DIBUKA DI MASAI, JOHOR. 

Spread the love

JOHOR, 18 OKTOBER 2026 – CFMOTO Flagship Store Fook Yong Motor Trading Sdn. Bhd. kini rasmi dibuka di No. 17 & 19, Jalan Sena 2, Taman Rinting, Masai, Johor, sekali gus menandakan satu lagi pencapaian penting dalam perkembangan rangkaian pengedar CFMOTO di Malaysia. Dengan sokongan pelanggan dan komuniti permotoran, perniagaan ini kini melangkah ke fasa baharu menerusi pembukaan CFMOTO Flagship Store ke-12 di Malaysia dan yang kedua di negeri Johor.

Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Encik Seo Fook Yong, Pengarah Urusan Fook Yong Motor Trading Sdn. Bhd.; Puan Lim Mei Mei, Pengarah Fook Yong Motor Trading Sdn. Bhd.; Encik Liow Hai Peng, Pengurus Cawangan Fook Yong Motor Trading Sdn. Bhd.; Encik Ryan Tan, Pengarah CFMOTO Malaysia; Encik Asri Ahmad, Ketua Pegawai Operasi Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.; Cik Nicole Chen, Pengurus Jualan Zhejiang CFMOTO Power Co. Ltd.; Encik Tang Hei Teik, Pengurus Kanan Jualan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd.; serta Encik Alex Lim, Pengurus Jualan Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. Turut hadir ialah para tetamu kehormat, rakan media, rakan niaga, pelanggan dan komuniti penunggang motosikal.

Dikenali di peringkat global menerusi motosikal berprestasi tinggi, reka bentuk moden dan teknologi canggih, CFMOTO menawarkan pelbagai pilihan model bagi kategori Street, Touring dan Adventure. Pembukaan CFMOTO Flagship Store Fook Yong Motor Trading Sdn. Bhd. menyediakan satu lagi destinasi kepada peminat motosikal untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan CFMOTO di kawasan Masai dan sekitarnya.

Bersempena majlis perasmian ini, para pengunjung turut berpeluang merasai sendiri pengalaman menunggang beberapa model CFMOTO menerusi sesi pandu uji yang menampilkan CFMOTO 675SR-R, 450MT, 675NK, 250NK LITE, 750SR-S dan 1000MT-X.

Pembukaan rasmi ini turut dimeriahkan dengan persembahan tarian singa, sesi pandu uji serta cabutan bertuah khas untuk para pengunjung. Antara hadiah yang ditawarkan termasuk sebuah motosikal CFMOTO 250NK LITE sebagai hadiah utama, topi keledar YH PRO Helmet, kotak simpanan Top Box 28L, baucar barangan dan aksesori serta baucar upah servis percuma.

Dengan pembukaan CFMOTO Flagship Store Fook Yong Motor Trading Sdn. Bhd. di Taman Rinting, Masai, pelanggan kini mempunyai akses kepada rangkaian motosikal CFMOTO serta kemudahan jualan, servis dan alat ganti di satu lokasi.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *