Changing the trajectory of Malaysia’s rising diabetes burden1 may be one of the most consequential public health opportunities for the country today.
Advances in treatment have expanded the options available to people living with diabetes in Malaysia. Yet the next frontier must extend beyond managing the disease to preventing or delaying its onset, identifying risk earlier and enabling people to act before complications take hold.
The urgency is clear. Diabetes is rising across the region, and Malaysia is confronting the challenge not only of a growing disease burden, but also of a significant number of people who may be living with diabetes without knowing it1.
The International Diabetes Federation (IDF)2 estimates that around 107 million adults in South-East Asia were living with diabetes in 2024, a number projected to reach nearly 185 million by 2050. Malaysia reflects this wider challenge. Nearly one in five Malaysian adults is living with diabetes, according to the National Health and Morbidity Survey3. More concerning is the gap in awareness among younger adults: more than 80% of Malaysians aged 18 to 29 living with diabetes or hypertension1 are reportedly unaware of their condition, with an estimated 192,000 young adults in this age group affected by diabetes.
This makes prevention and early detection more than a healthcare priority. It is an opportunity to intervene earlier in the course of disease and, progressively, change its trajectory.
The question, therefore, is not simply how we treat diabetes better. It is how we create an environment in which more people understand their risk, seek appropriate screening and have the knowledge and support to take action early.
Early detection can change outcomes
Diabetes often develops silently. People can live with elevated blood glucose levels without recognising the warning signs, while the risk of complications affecting the heart, kidneys, eyes and nerves increases over time.
This is why screening and early detection matter.
When people understand their risk factors and undergo appropriate health screening, they are better positioned to act, through lifestyle changes, closer monitoring or medical intervention where required. Earlier diagnosis cannot remove the challenge of diabetes, but it can create an opportunity for better long-term health outcomes.
As populations age and lifestyles change, building a culture of prevention will become increasingly important. Healthcare systems will need to treat awareness and early detection as integral parts of diabetes care.
Sometimes the first step is a simple one: a conversation with a general practitioner, understanding one’s family history or undergoing an appropriate routine health assessment. Individually, these actions may appear small. At a population level, they can help create a meaningful shift from reactive treatment towards proactive health management.
Collaboration will be critical
No single stakeholder can address a challenge of this scale alone.
Governments set public health priorities and enable screening programmes. Healthcare professionals provide front-line care and patient education. Academic institutions generate evidence and prepare future healthcare leaders. Patient organisations and community groups help make health information relevant and accessible.
Industry also has a role that extends beyond developing and supplying medicines.
Biocon’s experience in Malaysia has reinforced the importance of this broader approach. Since entering the Malaysian market in 2016, Biocon has established a presence in Malaysia’s diabetes care landscape. Through our insulin operations and public-private partnership with the Malaysian government, Biocon has supplied more than 120 million insulin cartridges, supporting treatment for over 450,000 patients4.
But addressing the growing burden of diabetes requires looking beyond treatment alone. It also requires greater awareness of risk, stronger health literacy and earlier identification, so that people have the opportunity to act before the disease progresses or complications take hold.
This thinking has shaped our engagement in Malaysia. Alongside our role in providing insulin, we have sought to contribute to the wider diabetes ecosystem by supporting efforts that bring awareness, education and screening closer to communities. Working with healthcare professionals, policymakers, patient organisations, academic institutions and community groups has helped extend these efforts to different sections of society, including underserved communities.
Building capability for the future
As healthcare challenges grow more complex, a strong talent base across clinical care, nursing, pharmacy, research and public health, alongside skills relevant to the biotechnology sector, is important to supporting Malaysia’s healthcare ecosystem.
Closer collaboration between academia, healthcare institutions, government and industry can help bridge the gap between academic learning and real-world application.
This is the thinking behind initiatives such as the MyMahir BioTechies Biopharmaceutical Series, where Biocon Academy participates as a knowledge partner and participants receive science-based training complemented by industry exposure at Biocon.
The returns from investing in talent may not always be immediate. But building scientific knowledge, practical capability and industry readiness creates the foundations for a more resilient healthcare ecosystem and a stronger innovation base over time.
Prevention is a shared responsibility
Malaysia’s growing diabetes burden is a significant challenge. It is also an opportunity to rethink where and how we intervene.
Treatment will remain essential for millions of people living with diabetes. At the same time, greater awareness, stronger health literacy, appropriate screening and earlier intervention can help more people recognise risk before the disease progresses.
None of this can be achieved by one institution or one sector acting alone. It will require sustained collaboration across government, healthcare, academia, industry and communities.
Addressing diabetes requires a continued focus not only on effective treatment, but also on prevention and measures that can help reduce or delay the risk of developing the condition.
That is an ambition worth pursuing together, for a healthier and more resilient Malaysia.
References
- National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023
- International Diabetes Federation
- National Health and Morbidity Survey
- Press release: Biocon Reinforces Commitment to Diabetes Care in Malaysia as Partner Duopharma Biotech Secures Insulin Tenders
—————————————————————————————————————————
Memperkukuh Pencegahan dan Pengesanan Awal Diabetes di Malaysia
Oleh Shreehas Tambe, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Biocon
Mengubah trend peningkatan beban penyakit diabetes di Malaysia¹ mungkin menjadi antara peluang paling penting dalam usaha meningkatkan kesihatan awam negara pada masa ini.
Kemajuan dalam bidang rawatan telah memperluas pilihan yang tersedia kepada individu yang hidup dengan diabetes di Malaysia. Namun, langkah seterusnya perlu melangkaui pengurusan penyakit semata-mata, sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha mencegah atau melambatkan kemunculannya, mengenal pasti risiko lebih awal serta membolehkan individu mengambil tindakan sebelum komplikasi berlaku.
Keperluan untuk bertindak semakin mendesak. Kes diabetes terus meningkat di seluruh rantau ini dan Malaysia berdepan cabaran bukan sahaja dari segi pertambahan jumlah pesakit, malah bilangan individu yang mungkin menghidap diabetes tanpa menyedari keadaan mereka sendiri juga masih ketara.¹
Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF)² menganggarkan kira-kira 107 juta orang dewasa di Asia Tenggara hidup dengan diabetes pada 2024. Jumlah itu dijangka meningkat kepada hampir 185 juta menjelang 2050.
Malaysia turut mencerminkan cabaran yang lebih luas ini. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), hampir satu daripada lima orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes.³ Lebih membimbangkan ialah tahap kesedaran yang rendah dalam kalangan golongan dewasa muda. Lebih 80 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 29 tahun yang menghidap diabetes atau hipertensi dilaporkan tidak menyedari keadaan kesihatan mereka.¹ Dianggarkan seramai 192,000 golongan dewasa muda dalam kumpulan umur ini menghidap diabetes.
Keadaan ini menjadikan pencegahan dan pengesanan awal lebih daripada sekadar keutamaan dalam sektor penjagaan kesihatan. Ia merupakan peluang untuk mengambil tindakan lebih awal dalam perkembangan penyakit dan secara berperingkat mengubah trend peningkatannya.
Oleh itu, persoalannya bukan sekadar bagaimana kita dapat merawat diabetes dengan lebih berkesan, tetapi bagaimana kita dapat mewujudkan persekitaran yang membolehkan lebih ramai individu memahami risiko mereka, menjalani saringan kesihatan yang bersesuaian serta memperoleh pengetahuan dan sokongan untuk mengambil tindakan lebih awal.
Pengesanan awal mampu mengubah hasil kesihatan
Diabetes sering berkembang tanpa menunjukkan gejala yang jelas. Seseorang boleh hidup dengan paras glukosa darah yang tinggi tanpa menyedari tanda-tanda awal penyakit, sedangkan risiko komplikasi yang menjejaskan jantung, buah pinggang, mata dan saraf terus meningkat dari semasa ke semasa.
Atas sebab itu, saringan dan pengesanan awal amat penting.
Apabila seseorang memahami faktor risiko yang dihadapi dan menjalani saringan kesihatan yang bersesuaian, mereka mempunyai peluang lebih baik untuk mengambil tindakan melalui perubahan gaya hidup, pemantauan kesihatan yang lebih rapi atau intervensi perubatan apabila diperlukan.
Diagnosis lebih awal tidak menghapuskan cabaran yang berkaitan dengan diabetes, namun ia membuka peluang untuk mencapai tahap kesihatan jangka panjang yang lebih baik.
Seiring dengan peningkatan usia penduduk dan perubahan gaya hidup, pembudayaan amalan pencegahan akan menjadi semakin penting. Sistem penjagaan kesihatan perlu menjadikan kesedaran dan pengesanan awal sebagai sebahagian daripada komponen penting dalam pengurusan diabetes.
Ada kalanya, langkah pertama yang perlu diambil sebenarnya mudah, seperti berbincang dengan doktor perubatan am, memahami sejarah kesihatan keluarga atau menjalani pemeriksaan kesihatan rutin yang bersesuaian.
Secara individu, tindakan ini mungkin kelihatan kecil. Namun, pada peringkat populasi, ia berupaya membawa perubahan bermakna daripada pendekatan rawatan selepas penyakit berlaku kepada pengurusan kesihatan secara proaktif.
Kerjasama menjadi faktor penting
Tiada satu pihak sahaja yang mampu menangani cabaran sebesar ini secara bersendirian.
Kerajaan menetapkan keutamaan kesihatan awam dan menyediakan kemudahan bagi pelaksanaan program saringan. Golongan profesional penjagaan kesihatan pula menyediakan rawatan barisan hadapan serta pendidikan kepada pesakit.
Institusi akademik memainkan peranan dalam menghasilkan bukti saintifik dan melahirkan pemimpin penjagaan kesihatan untuk masa hadapan. Sementara itu, organisasi pesakit dan kumpulan komuniti membantu memastikan maklumat kesihatan dapat disampaikan dengan lebih mudah, relevan dan dekat dengan masyarakat.
Industri juga mempunyai peranan yang melangkaui pembangunan dan pembekalan ubat-ubatan.
Pengalaman Biocon di Malaysia mengukuhkan lagi kepentingan pendekatan yang lebih menyeluruh ini. Sejak memasuki pasaran Malaysia pada 2016, Biocon telah membina kehadirannya dalam landskap penjagaan diabetes negara.
Menerusi operasi pengeluaran insulin serta kerjasama strategik awam-swasta dengan Kerajaan Malaysia, Biocon telah membekalkan lebih 120 juta kartrij insulin bagi menyokong rawatan lebih 450,000 pesakit.⁴
Namun, usaha menangani peningkatan beban penyakit diabetes memerlukan pendekatan yang melangkaui rawatan semata-mata. Ia turut menuntut peningkatan kesedaran mengenai faktor risiko, pengukuhan literasi kesihatan serta pengenalpastian penyakit pada peringkat lebih awal, supaya individu mempunyai peluang untuk mengambil tindakan sebelum penyakit berkembang atau komplikasi berlaku.
Pendekatan ini turut membentuk penglibatan kami di Malaysia. Selain peranan dalam pembekalan insulin, kami berusaha menyumbang kepada ekosistem diabetes yang lebih menyeluruh dengan menyokong pelbagai inisiatif bagi mendekatkan kesedaran, pendidikan dan saringan kesihatan kepada masyarakat.
Kerjasama dengan golongan profesional penjagaan kesihatan, penggubal dasar, organisasi pesakit, institusi akademik dan kumpulan komuniti telah membantu memperluas usaha ini kepada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk komuniti yang kurang mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan.
Membina keupayaan untuk masa hadapan
Seiring dengan cabaran penjagaan kesihatan yang semakin kompleks, pembangunan kumpulan tenaga kerja mahir dalam bidang penjagaan klinikal, kejururawatan, farmasi, penyelidikan dan kesihatan awam amat penting. Ini termasuk kemahiran yang berkaitan dengan sektor bioteknologi bagi menyokong ekosistem penjagaan kesihatan Malaysia.
Kerjasama lebih erat antara institusi akademik, institusi penjagaan kesihatan, kerajaan dan industri dapat membantu merapatkan jurang antara pembelajaran akademik dengan aplikasi dalam dunia pekerjaan sebenar.
Pendekatan inilah yang menjadi asas kepada inisiatif seperti MyMahir BioTechies Biopharmaceutical Series, yang menyaksikan Biocon Academy mengambil bahagian sebagai rakan pengetahuan. Menerusi program ini, para peserta menerima latihan berasaskan sains yang turut dilengkapi pendedahan industri di Biocon.
Pulangan daripada pelaburan dalam pembangunan bakat mungkin tidak dapat dilihat dalam tempoh singkat. Namun, usaha membina pengetahuan saintifik, keupayaan praktikal dan kesediaan menghadapi keperluan industri akan menyediakan asas kepada ekosistem penjagaan kesihatan yang lebih berdaya tahan serta memperkukuh keupayaan inovasi negara dalam jangka panjang.
Pencegahan merupakan tanggungjawab bersama
Peningkatan beban penyakit diabetes di Malaysia merupakan cabaran besar. Namun, keadaan ini juga membuka peluang untuk kita menilai semula pendekatan serta peringkat intervensi yang perlu diberikan keutamaan.
Rawatan akan terus menjadi keperluan penting bagi jutaan individu yang hidup dengan diabetes. Pada masa yang sama, peningkatan kesedaran, pengukuhan literasi kesihatan, pelaksanaan saringan yang bersesuaian dan intervensi lebih awal dapat membantu lebih ramai individu mengenal pasti risiko sebelum penyakit berkembang.
Semua usaha ini tidak mungkin dapat dicapai oleh satu institusi atau sektor sahaja. Ia memerlukan kerjasama berterusan antara kerajaan, sektor penjagaan kesihatan, institusi akademik, industri dan komuniti.
Usaha menangani diabetes memerlukan tumpuan berterusan bukan sahaja terhadap rawatan yang berkesan, tetapi juga terhadap pencegahan dan langkah-langkah yang mampu mengurangkan atau melambatkan risiko seseorang daripada menghidap penyakit ini.
Inilah matlamat yang wajar kita usahakan bersama demi membina Malaysia yang lebih sihat dan berdaya tahan.
Rujukan
- Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023
- Persekutuan Diabetes Antarabangsa (IDF)
- Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS)
- Kenyataan Media: Biocon Perkukuh Komitmen terhadap Penjagaan Diabetes di Malaysia Menerusi Rakan Kerjasama Duopharma Biotech yang Memperoleh Tender Pembekalan Insulin
