Siri KFC Tasty Travels kembali dengan destinasi terbarunya, kali ini membawa pelanggan setia KFC ke Bombay, India dengan menampilkan dua produk menarik iaitu Bombay Fiery Crunch dan Bombay Fiery Crunch Burger – Pedas tiada bandingan, harga tiada tandingan!
Perapan unik cili pedas dan juga rempah ratus berserta adunan emping jagung rangup akan serta merta membawa deria rasa anda ke Bombay!
Bombay Fiery Crunch dicipta khas untuk membawa selera anda lebih dekat kepada citarasa India dengan menggunakan ayam segar yang enak berserta rempah ratus dan cili. Ianya kemudian diadun dengan tepung goreng yang dicampur bersama cebisan emping jagung rangup dan digoreng sempurna.
Siri menarik ini juga boleh didapati dalam bentuk burger bagi mereka yang inginkan sesuatu yang mudah dan cepat untuk dimakan.
“Bombay adalah kota yang kaya dengan warisan budaya yang unik, rempah ratus dan juadah yang lazat. Pembangunan pesat bandar ini menjadikannya sebuah bandaraya moden, jadi untuk menikmati juadah disana pastinya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Dari situ, kami berinspirasi untuk memilih negara India sebagai destinasi ketiga Tasty Travels kami, dengan membawa citarasa Bombay kepada rakyat Malaysia melalui Bombay Fiery Crunch,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan, KFC Malaysia.
“Kelazatan rempah ratus dan rasa masakan India kini boleh dinikmati dengan mudah sekali melalui ciptaan kami ini,” sambung beliau.
Untuk pertama kalinya, siri KFC Tasty Travels menawarkan menunya pada waktu makan tengahari Lunch Treats (12pm – 3pm) dan makan malam Dinner Treats (6pm – 9pm) dengan harga semurah RM10.95 untuk kombo dua ketul ayam yang mengandungi Cheezy Wedges, ban Butterscotch, dan minuman mangga dan pic Sjora. Harga burger ala’carte hanya RM7.95 manakala hidangan kombo bermula pada harga RM9.95.
Strategi promosi dan pengiklanan bagi produk-produk terbaru ini merangkumi pengiklanan di TV, radio, akhbar, media online, titik bahan jualan (POSM) untuk capaian yang lebih meluas kepada pelanggan. Bombay Fiery Crunch kini boleh didapati di semua restoran KFC di negara ini untuk masa yang terhad sahaja bermula dari 29 Oktober 2014, jadi jangan ketinggalan!