Richard Marx jelajah Asia 2016 berlangsung dengan jaya nya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Plenary Hall pada 9 Mac 2016 yang lalu. Konsert yang dianjurkan oleh Fat Boys Malaysia dengan peneraju utama – Malaysia Major Events dan Kementerian Pelancongan Malaysia dengan sokongan Prestige dan Lite FM telah berjaya menepati sasaran penganjur dengan kehadiran 3500 orang dalam persembahan Richard Marx selama 2 jam itu dengan hits nya yang baru dan yang lama. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) RICHARD MARX membuai peminat dengan hits terkenal dan terunggul
(HIBURAN) PROJECTOR BAND “SUDAH KU TAHU”
PROJECTOR BAND ditubuhkan pada 25 Disember 2013 bertempat di Kuala Kubu Bharu, Selangor. Nama PROJECTOR di cetuskan dari Ahmad Khusairi (Bassist projector) yang merupakan tulang belakang band ini. Pada asalnya, PROJECTOR hanya mempunyai 3 orang ahli kumpulan iaitu Iskandar (Vokalis), Razif (Gitar utama), Ahmad Khusairi (Gitar bass). Dengan komitmen yang penuh untuk terus maju bersama dalam band, mereka tetap mempertahankan nama band tersebut walaupun ahlinya saling bertukar ganti. Dengan usaha yang lebih kuat dan kesungguhan yang tinggi, akhirnya mereka menjadi semakin serasi dan akrab.
(HIBURAN) Impian Estranged Tercapai: Jelajah Kampus bermula di Universiti Malaya
JEDA waktu empat tahun tanpa sebarang produk, Estranged yang kembali dengan karya terkini mereka Januari lalu tidak ‘pulang’ dengan tangan kosong. Read more →
(HIBURAN) FILEM BIKERS KENTAL 2
Ditayangkan pada 2013, filem Bikers Kental medapat sambutan menggalakkan oleh penonton-penonton di pawagam. Kesinambungan dari sambutan yang menarik tersebut, filem arahan Helmi Yusof ini dilanjutkan kepada Bikers Kental 2 dengan membariskan wajah-wajah kental seperti Awie dan Zizan Razak. Read more →
(HIBURAN) TAYANGAN PERDANA BOBOIBOY: THE MOVIE
KUALA LUMPUR, 20 Februari 2016 – Filem animasi terbitan MONSTA yang dinanti-nantikan, Boboiboy: The Movie telah mengadakan tayangan perdana di Golden Screen Cinema (GSC), Pavilion KL hari ini. Boboiboy: The Movie berkisar tentang Boboiboy dan kawan-kawannya, Gopal, Yaya, Ying dan Fang, yang memulakan pengembaraan ke sebuah pulau misteri untuk menyelamatkan dan melindungi rakan robot mereka, Ochobot. Kisah heroik penuh aksi dan lawak jenaka ini membawa penonton mendalami lebih jauh ke dunia adiwira yang mendebarkan. Read more →




