(HIBURAN) RICHARD MARX membuai peminat dengan hits terkenal dan terunggul

Spread the love

IMG_1284Richard Marx jelajah Asia 2016 berlangsung dengan jaya nya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Plenary Hall pada 9 Mac 2016 yang lalu. Konsert yang dianjurkan oleh Fat Boys Malaysia dengan peneraju utama – Malaysia Major Events dan Kementerian Pelancongan Malaysia dengan sokongan Prestige dan Lite FM telah berjaya menepati sasaran penganjur dengan kehadiran 3500 orang dalam persembahan Richard Marx selama 2 jam itu dengan hits nya yang baru dan yang lama. 

IMG_1301Sebagai seorang penyanyi, penulis lirik dan penerbit, karya Richard Marx telah mendapat tumpuan selama hampir tiga dekad. Berasal dari kelahiran Chicago , beliau telah menjual sebanyak 30 juta album diserata dunia.  Bermula dengan debut secara sendiri, beliau telah meletakkan dirinya di tangga ke-8 carta serta memonopoli empat kedudukan daripada Top 5 single!

Selain itu, hit popularnya ‘Hold on to the Nights’ dan ‘Don’t Mean Nothing’ telah mencalonkan beliau sebagai Persembahan Lelaki Rock Vokal Terbaik di Anugerah Grammy. Tidak berhenti di situ, pada tahun 1989 berikutnya, album yang berjudul ‘Repeat Offender’ berjaya berada dikedudukan teratas di kategori platinum dengan dua single hit iaitu ‘Satisfied’ dan ‘Right Here Waiting’.

page

Apabila kedua-dua albumnya ‘Rush Street’ (bersama dua hit nombor 1 ; “Keep Coming Back” dan “Hazard”) dan ‘Paid Vacation’ (bersama nombor satu hit, “Now and Forever”) berada dikategori Platinum, Marx telah meletakkan dirinya ditangga teratas selama tujuh tahun berturut-turut sekaligus menempa nama dalam sejarah pop-rock. Hingga ke hari ini , beliau adalah satu-satunya artis lelaki dalam sejarah yang berjaya menapak di antara Top 5 carta Billboard dengan tujuh single.

Pada 8 Julai 2014, beliau mengeluarkan album kelapan, ‘Beautiful Goodbye,’ memberikan nafas baru dalam penulisan lagu seperti single, “Whatever We Started”. Menurut penulis lirik anugerah Grammy itu, beliau memutuskan untuk membuat albumnya lebih ‘seksi’. “Lagu-lagu yang direkod untuk album ini banyak dipengaruhi oleh artis-artis besar seperti Sade, Bebel Gilberto malah pelbagai artis EDM termasuklah Chopin. Richard Marx dikenali dengan muzik romantis pada masa lalu, namun berlainan dengan muzik kali ini, beliau cuba mencipta muzik yang lebih berkarakter dan halus. Lirik-liriknya juga adalah lebih mencabar daripada apa yang beliau pernah lakukan sebelum ini.” Semua trek lagu di dalam ‘Beautiful Goodbye’ ditulis dan dihasilkan oleh Marx sepenuhnya kecuali ‘Getaway’, yang ditulis bersama  dengan Walter Afanasieff; ‘Forgot To Remember’ ditulis bersama dengan Vertical Horizon Frontman dan Marx kolaborator, Matt Scannell; ‘Turn Off The Night’ ditulis bersama dengan pencipta pelbagai lagu hits David Hodges, dan ‘Beautiful Goodbye’, ditulis bersama dengan Daisy Fuentes. Album edisi khas ‘Beautiful Goodbye’ mempunyai dua buah lagu tambahan: “Just Go” dan “Moscow Calling” kerjasama antara Marx dan artis terkenal EDM dan DJ Morgan Page.

Set List:

  • Endless summer nights
  • Take this heart
  • Keep coming back
  • Now and forever
  • Hazard
  • Save me
  • Turn off the night
  • Dance with my father again
  • This I promise you (he wrote the song with Nsync back then)
  • Satisfied
  • Just go
  • Angelia
  • Don’t mean nothing
  • Should’ve known better
  • Right here waiting

Facebook : Fat Boys Malaysia

Twitter : Fat Boys Malaysia

Instagram : Fat Boys Malaysia

Hashtag : #RichardMarxLiveInKL


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *