Category: Hiburan

(HIBURAN) PANTAS – HANIE SORAYA

image003

Hanie Soraya Taha atau nama pentasnya Hanie Soraya merupakan seorang penyanyi wanita generasi baru yang berbakat besar yang dilihat terus melangkah ke hadapan dengan gaya tersendiri. Dengan kemahirannya bermain gitar dan ukulele, penyanyi kecil molek yang berumur 20 tahun ini telah menerima sambutan yang hangat hingga akhirnya mendapat tumpuan superstar, Faizal Tahir. Dengan adanya panduan dan nasihat daripada Faizal, Hanie Soraya mula mekar didalam industri muzik tanah air sehingga dia berjaya melancarkan single pertamanya “Hujung Dunia” pada Mac tahun lalu, diikuti dengan single keduanya “Rasa Sayang” pada Januari tahun ini. Read more →

(HIBURAN) 7 BAKAT SENI TERIMA GERAN DARIPADA KRISHEN JIT-ASTRO FUND

KUALA LUMPUR 25 NOVEMBER 2015..Pengarah Pembangunan Produk Seni Budaya, Mariam Sulaiman (kiri) menyerahkan geran  Dana Krishen Jit-Astro kepada enam  pengiiat seni tanahair. Penerima geran  Jun Ong (kiri), K Satriya, Mohd Nur Faillul, Seng Soo Ming, Krstie Ng, Trina Fong. NSTP/Rohanis Shukri

KUALA LUMPUR 25 NOVEMBER 2015..Pengarah Pembangunan Produk Seni Budaya, Mariam Sulaiman (kiri) menyerahkan geran Dana Krishen Jit-Astro kepada enam pengiiat seni tanahair. Penerima geran Jun Ong (kiri), K Satriya, Mohd Nur Faillul, Seng Soo Ming, Krstie Ng, Trina Fong. NSTP/Rohanis Shukri

KUALA LUMPUR, 26 NOVEMBER 2015 – Dalam usaha menyokong seni tempatan, Astro dengan kerjasama Five Arts Centre telah menganugerahkan geran kepada tujuh orang rakyat Malaysia dengan bakat seni yang hebat melalui Krishen Jit – Astro Fund. Dana yang diinspirasikan daripada sumbangan Krishen Jit dalam bidang seni ini telah menjadi platform buat para pencinta seni tempatan menggapai aspirasi seni mereka sejak penubuhannya pada 2006. Read more →

(HIBURAN) ‘LANGIT CINTA’ TEMUI PENONTON JANUARI 2016!

image004

Kuala Lumpur, 25 November 2015 – Selepas kejayaan filem Polis Evo, Astro Shaw terus melangkah ke hadapan selaku penerbit filem yang mampu menjadi tonggak kepada industri perfileman tempatan. Bagi memastikan kejayaan itu diteruskan, Astro Shaw akan membuka tirai tahun 2016 dengan tayangan sebuah filem romantik drama, Langit Cinta arahan pengarah terkenal Osman Ali. Malah, Astro Shaw turut tampil dengan percaturan terbaru menerusi langkah promosi dan pemasaran secara menyeluruh menerusi trailer filem, muzik video, sesi jelajah, laman sesawang, novel adaptasi dari filem dan koleksi cenderahati eksklusif bagi memperluaskan promosinya kepada orang ramai. Read more →

(HIBURAN) ‘ARENA CAHAYA’ NYAYIAN ZEE AVI DIANGKAT LAGU TEMA FILEM OLABOLA

OlaBola OST (4)

Kuala Lumpur, 23 November 2015 – Selepas kejayaan filem The Journey pada tahun 2014, kini pengarahnya Chiu Keng Guan kembali dengan buah tangan terbarunya, OlaBola. Judulnya sahaja sudah cukup untuk membuatkan penonton sedia maklum tentang intipati penceritaannya adalah sukan bola sepak. Bagi menambahkan sintimen emosi dalam filem ini, sebuah lagu telah dihasilkan untuk dijadi pelengkap. Istimewanya, penyanyi dan penulis lagu yang kini sedang menempah nama di negara Amerika Syarikat, Zee Avi telah diangkat sebagai penyanyi lagu tema utama filem OlaBola yang bertajuk ‘Arena Cahaya’. Read more →

(HIBURAN) STRAWBERI & KARIPAP HELLO GOLD COAST di Astro First Eksklusif

RIC_7778rsz

Kuala Lumpur, 19 November 2015 – Astro First Eksklusif membawakan sebuah supertelefilem terbaru, kesinambungan dari Strawberi & Karipap Sesat Kat Paris, iaitu Strawberi & Karipap Hello Gold Coast. Berlatar belakangkan keindahan bumi Australia, supertelefilem dengan genre komedi famili ini menyaksikan gandingan mantap pemenang Anugerah Bintang Filem Meletop, Anugerah Meletop Era iaitu Nelydia Senrose dan Zizan Nin, yang sudah sinonim dengan siri Strawberi dan Karipap sebelum ini. Dua bintang cilik utamanya Mia Sara yang juga pengacara bersama Ceria All Stars dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27, Rykarl Iskandar sekali lagi dipilih menerajui watak Nini dan Haikal dalam supertelefilem arahan pengarah prolifik Nizam Zakaria ini. Strawberi & Karipap Hello Gold Coast padat dengan aksi pengembaraan lucu dua bintang kecil tersebut di samping keletah bintang undangan Zizan Razak yang pastinya menceriakan supertelefilem terbitan Global Station Sdn Bhd ini. Strawberi & Karipap Hello Gold Coast akan bersiaran di Astro First Eksklusif saluran 480 mulai 26 November 2015 ini. Read more →