Taylor Swift will be making her way down to Kuala Lumpur on the 11th June 2014. The RED Tour presented by Cornetto is coming to Southeast Asia this June and Taylor will perform shows in Indonesia, the Philippines, Thailand, Malaysia and Singapore! Full details are available at http://taylorswift.com/REDTourAsia Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) Kejayaan Setinggi Gunung Hafiz Suip
Hafiz Suip atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip bukanlah nama asing dalam industri muzik tempatan. Tahun 2013 menyaksikan kejayaan yang gemilang buat Hafiz apabila berjaya meraih pelbagai kejayaan diperingkat nasional dan serantau. Bintang berusia 24 tahun kelahiran Kuching, Sarawak ini telah turut melancarkan album berjudul Hafiz Suip – Luahan Hati Anak Seni pada bulan Jun lalu. Read more →
(HIBURAN) THE BAND – Pencarian Gandingan Sempurna Dalam Misi Membentuk 2 Buah Kumpulan POP Terhebat
The Band ialah program TV realiti pencarian bakat nyanyian baru yang julung kali diadakan di Malaysia untuk menubuhkan sebuah kumpulan pop lelaki dan sebuah kumpulan pop wanita bertaraf antarabangsa. The Band bakal ke udara di Astrio Ria (Saluran 104) dan tayangan serentak di Mustika HD (saluran 134) bermula pada 31 Mac 2014 nanti. The Band bakal diterajui oleh Awal Ashaari sebagai Hos konsert, penyampai ERA iaitu Shac diberi tugas mengacara dairi Whazzup The Band manakal Damian Mikhail, Alam Wakaka dan Wahyu Rahman mengalas tugas selaku tenaga pengajar. The Band juga bakal menyaksikan penglibatan Datuk Aznil Hj Nawawi, Yusri Abdul Halim (KRU) dan Syafinaz Selamat sebagai juri tetap. Read more →
(HIBURAN) Pelancaran Muzik Video Terbaru “UMI” dan Konsert Amal “My Journey” Dato Shake
Setelah sekian lama tidak mengadakan konsert untuk peminat beliau, penyanyi tersohor Malaysia yang mencipta nama di Perancis, Dato Shake telah mengumumkan berita gembira untuk peminat beliau di Malaysia. Bertempat di Heritage Club, Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, Dato Shake telah mengumumkan perancangan konsert amal pertama beliau sempena majlis Pelancaran video muzik terbaru Dato’ Shake – “UMI”. Konsert Amal Bakti Dato’ Shake dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat ini bakal berlangsung di Kuching, Sarawak pada 10 Mei 2014.
(HIBURAN) KONSERT KITA 20FORTEEN
FORTEEN bermula dengan 4 jejaka berbakat besar Izzue, Ariz, One dan Ameer disatukan menerusi ujibakat oleh KRU Music pada tahun 2011. Genap 3 tahun, sebut sahaja nama FORTEEN, pasti ramai terbayangkan alunan vokal yang mantap dengan lagu-lagu pop balada yang sering menjadi hit di corong-corong radio. Ini terbukti melalui kejayaan single pertama mereka ‘Berdua Bersatu’, FORTEEN tersenarai dalam Top 5 Artis Duo/Kumpulan ABPBH 2011. Selepas kejayaan single pertama ini, FORTEEN tampil mempertaruhkan single kedua `Seperti Dulu’ yang juga merupakan lagu tema filem 3D pertama keluaran KRU Studios `29 Februari’. Industri muzik negara seakan merestui perjalanan seni FORTEEN apabila mereka dinobatkan sebagai Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 19 tahun 2012 dan tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 27. Diikuti pula dengan kejayaan single ketiga `Kita’ yang berjaya tercalon ke peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 28 dan Top 5 Vokal Berkumpulan Terbaik AIM 20. Read more →





