Setelah hampir 3 tahun kumpulan nasyid terkenal HIJJAZ tidak mengeluarkan album penuh, akhirnya pada tanggal 9 Julai 2013 bersamaan 30 Syaaban 1434H sehari sebelum umat Islam di Malaysia melaksanakan ibadat puasa, maka lahirlah album terbaru dari kumpulan ini untuk para peminat mereka yang sekian lama menunggu. Album JANJI yang berkonsep pop-rock ini memuatkan 9 buah lagu baru turut memuatkan lagu lama yang diberikan suntikan baru yang lebih segar dan bertenaga. Antara lagu yang dimuatkan di dalam album JANJI ini antaranya ialah Kau Pemilik Cinta, Janji Khalifah, Laukana Bainana, Hanyalah Iman, Pemimpin 3 Darjat, Penghulu Syurga, Harapan Ummah, Akulah Pencinta dan Pemula Langkah. Read more →
Category: Hiburan
(HIBURAN) Majlis Pra-Dengar Album Shila Amzah
Shila Amzah, penyanyi yang telah membanggakan rakyat Malaysia setelah memenangi pertandingan nyanyian Asian Wave di Shanghai telah mengadakan majlis pra-dengar album terbaru beliau pada sidang media yang bertempat di Red Box, Pavilion , Kuala Lumpur. Album yang menggunakan judul “ SHILA AMZAH” ini bakal memuatkan 5 buah lagu baru dan 2 buah bonus track. Album ini boleh dianggap sebagai ‘bayi’ sulung buat penyanyi ini kerana beliau terlibat secara langsung sebagai penerbit eksekutif dan secara langsung terlibat secara sepenuhnya di dalam pembikinan dari mula hingga ke proses terakhir. Shila Amzah dibantu oleh Aubrey Suwito dan Helen Yap sebagai penerbit bersama di mana beliau merasa sungguh teruja berkerjasama kembali dengan Helen Yap kerana beliau merupakan orang yang pertama yang berkerjasama dengan Shila Amzah pd umur 8 tahun. Album ini memuatkan lagu Masih Aku Cinta sebagai single pertama manakala lagu-lagu baru lain antaranya ialah Sedar, Cinta Hati, Tulus, Maaf manakala 2 bonus track adalah Patah Seribu dan Xia Yi Bu (Patah Seribu versi Mandarin). Read more →
(HIBURAN) ‘Dampak’ yang bakal memberi kesan
‘Dampak’ menjadi tajuk filem terbaru lakonan pelakon-pelakon berkelas A di Malaysia antaranya Aaron Aziz, Farid Kamil, Juliana Evans, Intan Ladyana, Micheal Chin, Scha Al-Yahya, Yank Kassim, Cat Farish, Wan Hanafi Su dan ramai lagi. ‘Dampak’ yang membawa maksud kesan di dalam Bahasa Indonesia memberikan maksud yang amat mendalam apabila dikaitkan dengan niat membalas dendam yang secara tidak langsung boleh memusnahkan hubungan kemanusian. Filem yang bergenre fiksyen grafik novel ini mengambil pendekatan cerita seakan akan ‘swordman story’ pada era 90an. Namun begitu pihak produksi dan pengarah memasukan 100% elemen tempatan di dalam filem ini. Bertempat di ibu pejabat pihak penerbit di Petaling Jaya tempoh hari, telah berlangsungnya majlis ramah mesra dan sesi penerangan kepada pihak-pihak pengamal media sosial dengan penerbit dan pengarah filem Dampak ini. Pihak media telah dipertontonkan dengan trailer 2 minit filem tersebut dan juga trailer disebalik tabir (behine the scene) filem Dampak. Filem aksi ini mendapat pujian pihak media kerana ia menampakkan kelainan dari filem-filem tempatan lain yang berada di pasaran. Filem ini menggunakan teknologi CGI yang minimum tetapi mempunyai 100 peratus babak aksi tanpa menggunakan ‘stunt double atau body double’ kecuali yang membabitkan aksi berlari Farid Kamil yang tidak mampu untuk melakukan aksi tersebut setelah beliau terbabit dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan pada lutut beliau. Read more →




