(HIBURAN) Metallica Live in Malaysia

Spread the love

Metallicagmo

Angin spekulasi tentang kehadiran kumpulan heavy metal Metallica ke Malaysia heboh diperkatakan sebelum ini terlerai sudah.  Berita mengenai kedatagan mereka ke Malaysia dikongsi melalui laman web rasmi Metallica. Manakala kenyataan akhbar yang dikeluarkan pihak Galaxy Group  memberitahu kumpulan heavy metal lagenda yang popular dengan lagu karya agung, Master Of Puppets itu bakal beraksi di hadapan peminat setia mereka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 21 Ogos ini.

2013MetallicaConcertLiveInMalaysia1small

Penganjur konsert iaitu Galaxy Group dengan gembiranya telah mengumumkan dan telah diberi kepercayaan dengan kerjasama LAMC dan Rockstar Touring untuk mengadakan konsert Metallica Live in Malaysia. “Ianya akan menjadi satu pengalaman konsert yang paling hebat!!” Kata Alan Chan, Pengarah Urusan Kumpulan Galaxy. Sebelum ini, beberapa kali cubaan membawa masuk Metallica ke Malaysia, namun ianya tidak berjaya. Akan tetapi pada tahun ini, bagaikan mimpi menjadi kenyataan terutama  peminat-peminat Metallica kerana kumpulan yang mereka tunggu selama ini bakal menjejakkan kaki ke Malaysia pada 21 Ogos 2013 nanti. Peminat tegar Metallica pastinya teruja kerana ini merupakan konsert pertama Metallica di Malaysia. Tiket yang akan mula dijual pada hari Sabtu (6 Julai) bermula jam 11.30 pagi. Tiket boleh didapati di pusat membeli-belah Fahrenheit 88, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Sementara jualan tiket secara online pula akan dibuka pada 8 Julai, bermula jam 10 pagi di laman sesawang www.ticketcharge.com.my dan www.galaxy.com.my.

Harga tiket bermula dari RM195 hingga RM680.

Untuk info lanjut, anda boleh juga melayari  Galaxy Group facebook page.

metalica phpThumb_generated_thumbnailjpgsmall


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *