Category: Hiburan

(HIBURAN) For Revenge Ada Selamanya Live in KL:  Sajian Eksklusif Buat Fanatika

Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kepada satu malam yang penuh dengan luahan perasaan, air mata, dan nostalgia. Pada 4 Mei 2025, band emo legenda dari Indonesia, For Revenge, akan mengadakan konsert eksklusif mereka bertajuk For Revenge Ada Selamanya Live in KL di Zepp Kuala Lumpur. Ini bukan sekadar konsert—ia adalah sebuah pengalaman emosi yang akan membawa anda menyelami dunia perasaan yang mungkin selama ini terpendam, terpahat, atau terabaikan.

Konsert For Revenge Ada Selamanya Live in KL ini adalah anjuran Rockstage Entertainment, sekaligus mencipta perspektif berbeza dimana Rockstage Entertainment yang sebelum ini cukup dikenali dengan siri-siri konsert yang berpaksikan rock. Read more →

(HIBURAN) ROSSA BAKAL MENGGEGARKAN AXIATA ARENA DENGAN KONSERT “HERE I AM”

KUALA LUMPUR, 12 Februari 2025 – Ratu Pop Indonesia, Dato’ Sri Rossa Roslaina, bersedia untuk menganjurkan konsert “Here I Am” di Axiata Arena Kuala Lumpur pada 14 Jun 2025, setelah sebelumnya berjaya mengadakan jelajah konsert di 3 buah negara selama 2 tahun berturut-turut iaitu “Rossa 25 Shining Years (2022)” dan “Another Journey : The Beginning (2023)” dengan kehadiran penonton melebihi 80 ribu orang. Read more →

(HIBURAN) KISS OF LIFE Bakal Menggemparkan Kuala Lumpur Dalam Jelajah Dunia Pertama Mereka Pada April Ini

Kuala Lumpur, 10 Februari 2025 – KISS OF LIFE kumpulan K-Pop yang kini sedang popular, akan membawa jelajah dunia pertama mereka yang dinanti-nantikan ke Malaysia! Tandakan kalendar pada tarikh 13 April, jam 5 petang untuk 2025 KISS OF LIFE 1ST WORLD TOUR [KISS ROAD] in KUALA LUMPUR di Mega Star Arena KL, yang akan menjanjikan satu malam penuh dengan muzik, persembahan, dan interaksi yang tidak akan dilupakan. Konsert ini dibawakan oleh TopGallant Show. Read more →

(HIBURAN) ASTRO SHAW UMUM KERJASAMA GLOBAL UNTUK FILEM ‘MOJO’ & KETUAI PEMASARAN DAN PENGEDARAN DI MALAYSIA

5 Februari 2025, Kuala Lumpur – Penerbit filem terkemuka Malaysia, Astro Shaw, terus mengukuhkan kedudukan di persada industri perfileman antarabangsa dengan mengumumkan kerjasama strategik bersama Sympatico – label produksi di bawah Double Vision, serta Argo Films dari UK yang diterajui oleh penerbit terkenal Richard Johns, dan Mocha Chai Laboratories, bagi penerbitan filem romantik komedi terbaru bertajuk Mojo. Read more →

(HIBURAN) Kenangan Terbaik Buat Peminat Tomok dan Siti Nordiana, menerusi Konsert Memori Mungkin Berulang

Pada 1 Februari 2025, Zepp Kuala Lumpur menjadi saksi kepada kolaborasi istimewa antara dua bintang ternama industri muzik Malaysia, Tomok dan Siti Nordiana, menerusi Konsert Memori Mungkin Berulang. Konsert ini bukan sahaja mengimbau perjalanan seni mereka sejak zaman persekolahan, tetapi juga menghidupkan semula nostalgia yang mendalam bagi lebih 1,500 peminat yang hadir. Read more →