Category: Hiburan

(HIBURAN) Soloz: Game of Life – Kisah Benar Kejayaan: Inspirasi Mengejar Impian Dan Cita-cita Sentuhan Unik Syafiq Yusof Dalam Genre Berbeza

Penggemar filem dan peminat tegar permainan video mudah alih, khususnya Mobile Legends: Bang Bang, pasti teruja kerana Key Billions Sdn. Bhd. dengan sukacitanya menerbitkan filem yang dinanti-nantikan, Soloz: Game of Life, yang akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada 23 Januari 2025. Filem ini, yang diangkat daripada kisah benar perjalanan hidup seorang ikon Esukan tanah air, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz, menawarkan sesuatu yang amat istimewa. Soloz bukan sekadar nama yang dikenali dalam arena E-sukan, beliau merupakan symbol keberanian dan ketabahan dalam mengejar impian. Dari seorang pemuda biasa dari Seremban, Negeri Sembilan, Soloz telah mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya mengukir nama sebagai pemain E-sukan profesional dalam dunia Mobile Legends: Bang Bang. Apa yang membuatkan Soloz: Game of Life berbeza daripada filem-filem lain adalah pendekatannya yang mengangkat tema E-sukan dengan begitu mendalam. Di bawah arahan Syafiq Yusof, seorang pengarah muda yang telah berjaya membina reputasi cemerlang dalam industri perfileman tanah air, filem ini menjanjikan pengalaman yang segar dan berbeza. Syafiq Yusof, dikenali dengan kebolehannya menarik hati penonton melalui naratif yang kuat dan visual yang mengagumkan, sekali lagi membuktikan kemahirannya dalam mengendalikan genre baharu ini. Menonton Soloz: Game of Life adalah seolah-olah menelusuri helaian kisah kehidupan seorang insan yang menjadikan minat sebagai kerjaya, mengolah cabaran menjadi peluang, dan impian menjadi kenyataan. Dengan elemen inspirasi dan dedikasi yang begitu kuat, filem ini dijangka bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi motivasi kepada penontonnya. Read more →

(HIBURAN) ASTRO SHAW DAN ETIKA SDN BHD RAIKAN KEPELBAGAIAN BUDAYA MENERUSI KISAH BENAR ‘ABAH SAYA, UNCLE MIKE’

7 Januari 2025, Kuala Lumpur – Bersempena Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri yang akan bertembung buat pertama kali selepas tempoh 27 tahun, Astro Shaw dengan kerjasama strategik Etika Sdn. Bhd. dengan bangganya mengumumkan filem terbaru mereka, Abah Saya, Uncle Mike. Diinspirasikan daripada kisah benar, filem ini meraikan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya Malaysia, menjadikannya satu karya bermakna dalam pertembungan perayaan yang jarang berlaku.  Kolaborasi ini mengangkat keindahan tradisi bersama dan kepelbagaian budaya serta hubungan kekeluargaan. Read more →

(HIBURAN) KRU CETAK SEJARAH INDUSTRI HIBURAN-KONSERT GENKRU JADI 3 HARI, JUMPA 10 MEI 2025 DI AXIATA ARENA!

KRU mencetak bukan hanya rekod peribadi tetapi sejarah industri hiburan tanah air saat tahun 2025 dibuka apabila KONSERT GENKRU bukan dilaksanakan sehari atau dua tetapi tiga hari!

Betapa besar empayar dan pengaruh yang pernah dan masih lagi dimiliki KRU atau Kumpulan Rap Unggul ini melangkaui generasi dan peminat muzik sejak penubuhannya pada 1992. Read more →

(HIBURAN) ASTRO SHAW MEMACU ERA BAHARU SINEMA MALAYSIA DENGAN ‘ASTRO SHAW CINEMATIC UNIVERSE’

18 Disember 2024, Kuala Lumpur – Sebagai salah sebuah pemain industri utama perfileman tempatan, Astro Shaw terus komited untuk meningkatkan landskap sinema Malaysia agar dapat bersaing dan berdiri setanding industri serantau dan atarabangsa. Astro Shaw meneliti usaha dan menyusun pelbagai strategi untuk sama-sama memastikan agar industri ini terus relevan dan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Kami percaya matlamat ini tidak akan membuahkan hasil tanpa kerjasama ramai pihak. Read more →

(HIBURAN) TRIO GERGASI KRU KEMBALI GEGARKAN MALAYSIA 3 MEI 2025 – KONSERT GENKRU BAKAL JADI SEBUAH LAGI SEJARAH EPIK MUZIK TEMPATAN

Dengan segudang prestasi cemerlang, pelbagai anugerah dari berkredibiliti sehingga paling popular, laungan ‘ke tepi… ke tepi… gergasi sudah kembali’ adalah sangat signifikan  untuk mempersembahkan satu-satunya trio legenda negara, KRU. Read more →