Penggemar filem dan peminat tegar permainan video mudah alih, khususnya Mobile Legends: Bang Bang, pasti teruja kerana Key Billions Sdn. Bhd. dengan sukacitanya menerbitkan filem yang dinanti-nantikan, Soloz: Game of Life, yang akan menemui peminat di pawagam seluruh negara pada 23 Januari 2025. Filem ini, yang diangkat daripada kisah benar perjalanan hidup seorang ikon Esukan tanah air, Muhammad Faris Zakaria atau lebih dikenali sebagai Soloz, menawarkan sesuatu yang amat istimewa. Soloz bukan sekadar nama yang dikenali dalam arena E-sukan, beliau merupakan symbol keberanian dan ketabahan dalam mengejar impian. Dari seorang pemuda biasa dari Seremban, Negeri Sembilan, Soloz telah mengharungi pelbagai cabaran sebelum berjaya mengukir nama sebagai pemain E-sukan profesional dalam dunia Mobile Legends: Bang Bang. Apa yang membuatkan Soloz: Game of Life berbeza daripada filem-filem lain adalah pendekatannya yang mengangkat tema E-sukan dengan begitu mendalam. Di bawah arahan Syafiq Yusof, seorang pengarah muda yang telah berjaya membina reputasi cemerlang dalam industri perfileman tanah air, filem ini menjanjikan pengalaman yang segar dan berbeza. Syafiq Yusof, dikenali dengan kebolehannya menarik hati penonton melalui naratif yang kuat dan visual yang mengagumkan, sekali lagi membuktikan kemahirannya dalam mengendalikan genre baharu ini. Menonton Soloz: Game of Life adalah seolah-olah menelusuri helaian kisah kehidupan seorang insan yang menjadikan minat sebagai kerjaya, mengolah cabaran menjadi peluang, dan impian menjadi kenyataan. Dengan elemen inspirasi dan dedikasi yang begitu kuat, filem ini dijangka bukan sahaja menghiburkan tetapi juga memberi motivasi kepada penontonnya.
Key Billions Sdn Bhd percaya bahawa filem ini akan menjadi satu fenomena dalam industri perfileman Malaysia dan berharap agar ia dapat memberi ilham kepada generasi muda untuk terus mengejar cita-cita dan impian mereka tidak kira seberapa besar halangan yang perlu dihadapi. Saksikanlah kisah Soloz dan rasailah perjalanan yang penuh makna ini mulai Januari 2025 di pawagam berdekatan anda! Menariknya, filem ‘Soloz: Game of Life’ menyaksikan pelakon muda yang sedang meningkat naik, Hun Haqeem diberi tanggungjawab besar dengan membawakan watak Soloz. Pemilihan ini dirasakan amat sesuai kerana wajah Hun Haqeem memiliki iras dengan watak Soloz yang asal. Barisan pelakon lain yang turut memantapkan filem ini termasuklah Ikmal Amry, Jaa Suzuran, Hafeez Mikail, Imran Aqil, Syafie Naswip, Wafiy A’an, Noki K-Clique, Fimie Don, Kahoe Hon, Nia Atasha, Ezra Kairo, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Arash Mohamad, Anne Abdullah, Luis Amante Penero, Jihaa Sham, Zic Empty Page , Erakad , Gbril dan ramai lagi. Penampilan istimewa cameo oleh Datuk Remy Ishak dan Azizah Mahzan, menambah daya tarikan cerita ini.
Filem ini juga menggambarkan perjalanan dan kesungguhan Soloz dalam dunia Esukan, dimana beliau adalah antara pemain profesional terawal Mobile Legends: Bang Bang dari Malaysia. Populariti Soloz melonjak bukan hanya kerana bakatnya, tetapi juga kerana menjadi pelopor dalam permainan ini sejak dilancarkan oleh Moonton pada September 2016. Kejayaannya memuncak ketika beliau mewakili Malaysia dalam Sukan SEA Filipina 2019 dan berjaya merangkul pingat gangsa. Tidak hanya terbatas pada pencapaian dalam permainan, Soloz turut mencipta sensasinya yang tersendiri apabila membeli kereta Ford Mustang pada Februari 2020, hanya menggunakan pendapatannya dari bermain permainan video. Detik itu diingati ramai apabila beliau hanya memakai selipar semasa mengambil kereta tersebut. Penghargaan terhadap sumbangannya dalam E-sukan di negara ini diserlahkan lagi apabila Soloz dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) pada Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-74, Januari 2022.
Julai tahun ini menandakan langkah besar Soloz dalam arena E-sukan apabila beliau membeli slot pasukan King Empire di MPL MY dan menamakannya semula sebagai Team Vamos, setelah pasukan asal dibubarkan. Usahanya ini terus mencuri perhatian peminat E-sukan tanah air dan bertambah lagi dengan kemenangan Soloz sebagai penstrim terbaik di MLBB Awards 2024.Pencapaian dan kejayaan Soloz dalam dunia permainan video sememangnya telah mengubah persepsi dan stigma ibu bapa terhadap permainan video, yang dahulunya sering dianggap sebagai aktiviti tidak berfaedah dan membuang masa. Kini, semakin ramai ibu bapa yang memberikan sokongan penuh terhadap minat anak-anak mereka bermain permainan video, memandangkan potensi untuk meraih pendapatan lumayan dalam bidang ini. Penerbit, Rahila Ali, menyatakan bahawa penghasilan filem “Soloz: Game of Life” adalah sesuatu yang mengujakan kerana ia membawa genre baharu ke dalam industri perfileman tanah air. “Ia satu idea yang segar dan memberikan kelainan kepada penggemar filem tempatan. Mengikut kajian, permainan video Mobile Legends: Bang Bang mencatat purata pemain seramai 110 juta orang
setiap bulan di seluruh dunia” kata Rahila. Seiring dengan itu, keputusan telah dicapai untuk melantik Syafiq Yusof sebagai pengarah filem ini, dan beliau bersemangat menyahut cabaran tersebut. Syafiq tampil dengan idea menarik untuk mengarahkan genre yang agak berbeza daripada karya-karya sebelumnya. Ternyata, beliau telah melakukan usaha yang terbaik untuk menghasilkan filem “Soloz: Game of Life”.
Filem yang menampilkan barisan pelakon seperti Hun Haqeem, Ikmal Amry, dan Jaa Suzuran, yang semuanya berkaitan rapat dengan tema filem kerana mereka sendiri membesar dengan permainan video. “Soloz: Game of Life” memaparkan persaingan sengit antara pasukan TheBoss dengan pasukan dari Singapura, Vengeance, yang mengajar Soloz serta rakan sepasukannya tentang nilai persahabatan, semangat kesukanan dan persaingan sihat yang menjadi asas kepada kejayaan mereka. Pengarah, Syafiq Yusof, mengakui bahawa “Soloz: Game Of Life” adalah karya terbaharu arahannya yang bergenre E-Sukan. “Filem ini diinspirasikan daripada kisah benar tentang perjalanan seorang remaja yang dikenali sebagai Soloz dalam menghadapi cabaran dan liku hidup sebagai pemain E-Sukan profesional. Filem ini mengeksplorasi cita-cita anak muda, semangat setia kawan, dan kasih sayang ibu bapa, ” ujar Syafiq.
“Filem E-Sukan pertama buatan Malaysia ini diharapkan dapat menginspirasi dan membuka mata masyarakat terhadap potensi besar dalam industri E-Sukan, serta kepentingan sokongan keluarga terhadap minat dan cita-cita anak-anak dalam bidang yang mungkin dianggap baharu atau luar biasa. Filem Soloz: Game of Life mendapat kerjasama daripada pihak Moonton bagi memastikan jalan cerita dan konsepnya tidak lari daripada visi asal . Pengarah filem, Syafiq, menekankan aspek teknikal dan elemen permainan video melalui perbincangan dengan Moonton untuk memastikan segala garis panduan permainan diikuti dengan betul. Dalam penghasilan filem ini, Syafiq memperkenalkan elemen kesan khas melalui imej janaan komputer (CGI) dengan kerjasama Frame Motion Studio. Sementara itu, Skop Productions bertindak sebagai pengedar rasmi filem ini. Pelancaran Malam Gala Premier Soloz: Game of Life yang diadakan di Starling Mall PJ berlangsung meriah dengan kehadiran ramai pelakon, tetamu undangan khas, dan wakil media yang tidak sabar menyaksikan hasil karya terbaru Syafiq.
Memeriahkan lagi filem ini adalah dua runut bunyi terbitan Key Billions dan Sony Music Malaysia. Runut bunyi pertama merupakan kolaborasi antara Hun Haqeem dan Noki dengan lagu “Untuk Semua Jiwa” , manakala runut bunyi kedua menampilkan Vanessa Reynauld bersama bintang hip-hop dinamik, Rebel Asia dengan lagu “To The Finish Line”.
Hun Haqeem menyatakan bahawa lagu “Untuk Semua Jiwa” menjadi medium terbaik untuk menyampaikan emosi dan ceritanya kepada para peminat. “Lagu ini menggambarkan cerita Soloz: Game of Life dengan sangat baik. Ia bukan sekadar tentang menjadi juara berseorangan, tetapi juara untuk semua. Ini adalah satu mesej penting dalam kehidupan, ” ujar Hun.Noki berkata bahawa inspirasi untuk lagu ini datang dari pengalaman hidupnya sendiri serta wataknya dalam filem “Soloz: Game of Life”.
Menurut Noki, “Lagu ini lebih kepada memberi semangat kepada anak-anak muda kita sekarang.” Lirik lagu ini penuh dengan mesej positif dan motivasi, yang mencerminkan tema-tema penting dalam filem tersebut. Memeriahkan lagi filem ini adalah dua runut bunyi terbitan Key Billions dan Sony Music Malaysia. Runut bunyi pertama merupakan kolaborasi antara Hun Haqeem dan Noki dengan lagu “Untuk Semua Jiwa” , manakala runut bunyi kedua menampilkan Vanessa Reynauld bersama bintang hip-hop dinamik, Rebel Asia dengan lagu “To The Finish Line”. Hun Haqeem menyatakan bahawa lagu “Untuk Semua Jiwa” menjadi mediumterb aik untuk menyampaikan emosi dan ceritanya kepada para peminat. “Lagu ini menggambarkan cerita Soloz: Game of Life dengan sangat baik. Ia bukan sekadar tentang menjadi juara berseorangan, tetapi juara untuk semua. Ini adalah satu mesej penting dalam kehidupan, ” ujar Hun.Noki berkata bahawa inspirasi untuk lagu ini datang dari pengalaman hidupnya sendiri serta wataknya dalam filem “Soloz: Game of Life”
Menurut Noki lagi, Single “To The Finish Line” pula dipilih sebagai lagu penutup dan tajuknya dipilih untuk seiring dengan pengakhiran cerita filem ini. Vanessa menjelaskan bahawa lagu ini diilhamkan sepenuhnya daripada “Soloz: Game of Life” dan idea lagu ini diasaskan dari filem tersebut. “Lagu ini sedikit ‘upbeat’ dan sesuai dengan tema filem ini, ” tambah Vanessa. Menurut Rebel Asia, lagu ini mengangkat tema digital dan duniapermainan video yang menjadi inti kepada filem tersebut. “Kami ingin menghasilkan sesuatu yang lebih digital kerana ia berkaitan dengan permainan video, ” jelas Rebel. Mesej utama yang ingin disampaikan melalui lagu ini adalah semangat untuk tidak berhenti mengejar impian.”Teruskan mengejar apa yang anda impikan dalam hidup kerana anda sendiri yang menentukan di mana garisan penamatnya, ” tambah Rebel.Keduadua single, iaitu “Untuk Semua Jiwa” dan “To The Finish Line” kini bolehdidap ati di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, dan YouTube Music. Peminat juga boleh menonton video muzik rasmi yang menampilkan elemen visual digital yang mengagumkan dan diinspirasikan dari filem, secara eksklusif hanya di saluran YouTube sonymusicMYVEVO