Category: Hiburan

(HIBURAN) KONSERT DAVID FOSTER BERTARAF DUNIA OLEH PRIHATIN GEGARKAN MEGA STAR ARENA

KUALA LUMPUR, 7 Ogos 2023 –  Setelah kejayaan penganjuran konsert “Rossa 25th Shining Concert” yang mendapat sambutan meriah di Kuala Lumpur pada November yang lalu, Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) sekali lagi mengambil inisiatif menganjurkan konsert “Hitman: David Foster & Friends Asia World Tour 2023” yang berlangsung di Mega Star Arena, Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Konsert eksklusif ini merupakan anjuran PRIHATIN yang menampilkan komposer muzik terkemuka dunia, David Foster bersama barisan penyanyi antarabangsa seperti Michael Bolton, Peabo Bryson, Loren Allred, Katharine McPhee serta penyanyi nombor satu tanah air iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Read more →

(HIBURAN) KUALA LUMPUR:  PERHENTIAN AKHIR UNTUK “THE BIG FINISH” MR BIG

Kumpulan rock popular Amerika, Mr. Big akan membuat persembahan dalam jelajah akhir mereka ke seluruh dunia yang dinamakan “The BIG Finish”. Kumpulan yang ditubuhkan pada 1988 ini terkenal dengan lagu-lagu hits “To Be With You”, “Just Take My Heart” dan “Wild World”. Mereka telah memulakan lawatan ke seluruh dunia mereka mulai Jepun pada 20 Julai 2023 lalu. Read more →

(HIBURAN) Dream Festival Collaboration Vol. 4:  Cakra Khan janjikan persembahan spektakular di Zepp KL   

Ketika namanya semakin hangat diperkatakan susulan keampuhan persembahannya pada sesi uji bakat America’s Got Talent (AGT) 2023, penyanyi asal Indonesia, Cakra Khan terus ligat menyusun pelbagai agenda besar untuk memantapkan perjalanan kerjaya seninya. Read more →

(HIBURAN) JAMAL ABDILLAH LIVE IN CONCERT – JADI BUKTI NILAI JAMAL ABDILLAH DALAM INDUSTRI SENI

 

Nilai figura legenda seperti Dato’ Jamal Abdillah tidak akan pernah susut. Datanglah beribu pendatang baharu, kedudukan Jamal Abdillah pada mata peminatnya tdak juga akan tergoyah. Read more →

(HIBURAN) 35 PENGHIBUR GEGAR KONSERT HAUSBOOM MUSIC 2023 DI LITAR ANTARABANGSA SEPANG

 

Untuk mengekalkan dan konsisten dengan sesuatu yang telah dicipta adalah tidak mudah. Namun bagi jenama terkenal HAUSBOOM, percubaan untuk menghidupkan sebuah pesta yang diberi nama Hausboom Music sejak 6 tahun lalu ternyata berjaya. Read more →