(HIBURAN) JAMAL ABDILLAH LIVE IN CONCERT – JADI BUKTI NILAI JAMAL ABDILLAH DALAM INDUSTRI SENI

Spread the love

 

Nilai figura legenda seperti Dato’ Jamal Abdillah tidak akan pernah susut. Datanglah beribu pendatang baharu, kedudukan Jamal Abdillah pada mata peminatnya tdak juga akan tergoyah.

Lantaran itu tidak hairan bagaimana karier Jamal Abdillah dalam bidang seni suara sama ada menghasilkan single baharu atau menerima jemputan persembahan masih mendapat permintaan tinggi.

Ini termasuklah apabila Jamal Abdillah, 64, membuka lembaran suku tahun kedua 2023 menerusi buah tangan yang sangat ditunggu seluruh peminatnya.

Penghibur kesayangan ini akan bertentang mata, beramah mesra dan tentulah mengisi dahaga peminat terhadap penampilannya di pentas berskala besar menerusi Jamal Abdillah Live In Concert.

Jamal Abdillah Live In Concert yang dijadual berlangsung pada 9 September 2023 akan diadakan di Plenary Hall, KL Convention Centre. Ia akan menjadi sebuah konsert istimewa dengan persembahan dan ‘sesuatu’ yang telah direncana untuk dilaksanakan pada malam tersebut.

Selaku penganjur, Pengarah Urusan Shiraz Projects, Shirazdeen Karim mengatakan tidak gentar menganjurkan Jamal Abdillah Live In Concert kerana percaya kepada pesona dan kredibiliti penghibur tersebut yang sentiasa ‘bersinar’.

“Mungkin ada yang bertanya mengapa Jamal Abdillah? Dan jawapan saya mengapa tidak? Jamal Abdillah adalah satu jenama yang cukup kuat dalam industri muzik tempatan dan seorang figura yang sinarnya tidak pernah padam. Karakter serta pesona Jamal Abdillah itu sendiri sudah cukup kuat untuk menarik peminat datang dan tidak pernah jemu untuk melihat persembahan beliau. Itu belum lagi beliau melantunkan vokal ‘lelakinya’ dengan lagu—lagu malar segar seperti Azura atau Di Sudut Kamar Ha/ku. Saya optimis Jamal Abdillah Live In Concert akan menjadi sebuah konsert yang gemilang dan menjadi satu lagi momen manis buat peminat semua,” ujar Shirazdeen atau lebih dikenali sebagai Shiraz.

Sementara itu Jamal Abdillah melahirkan rasa syukur kerana penganjur tempatan masih percaya malah terus menganjurkan banyak persembahan buat artis serta penyanyi lokal melakukan persembahan.

Melihat penganjuran Jamal Abdillah Live In Concert sebagai sebuah inisiatif bagus daripada Shiraz Projects dalam memastikan momentum ‘meraikan muzik’ sentiasa berada pada graf yang baik, juara Bintang RTM 1979 tersebut memberi jaminan peminat akan berpuas hati dengan persembahan daripadanya.

“Saya tertarik untuk melaksanakan Jamal Abdillah Live In Concert kerana konsep yang dipersembahkan dan bagaimana saya boleh berinteraksi dengan peminat dalam suasana atau skala yang lebih besar. Hal ini kerana saya biasanya terbabit dengan persembahan korporat tapi bila melakukan konsert tentulah ia akan dikuatkan bersama barisan pemuzik, susunan semula lagu-lagu yang dipilih serta persembahan saya juga perlulah mencapai piawaian konsert seperti yang diharapkan. Dan untuk melihat semua itu, kita jumpa di Jamal Abdillah Live In Concert pada 9 September ini di Plenary Hall, KLCC,” ujar Jamal Abdillah.

Untuk peminat, tiket serendah RM255 (Silver), RM355 (gold), RM495 (Platinum), RM595 (Diamond) dan pemegang tiket Meet & Greet (RM995) boleh mula mendapatkan tiket bermula 2 Ogos 2023.

Pembelian boleh dibuat menerusi www.myticket.asia atau hubungi talian hotline +603 8605 0196.

Jadi jangan tunggu lama-lama takut nanti terlepas mendengar secara langsung lunak dan ‘gagahnya’ vokal Jamal Abdillah melantunkan hit seperti Penghujung Rindu, Kekasih Awal Dan Akhir, Gadis Melayu dan Aku Maafkan Kamu kelak dalam konsert istimewa Jamal Abdillah Live In Concert!

JAMAL ABDILLAH LIVE IN CONCERT

Tarikh: 9 September 2023

Masa:  8.30pm

Lokasi: Plenary Hall, Kuala Lumpur Conven5on Centre

Harga Tiket:

Meet & Greet – RM995

    Diamond – RM595

     Platinum – RM495

    Gold – RM355

      Silver – RM255

Tiket:  www.myticket.asia

Tiket Hotline:  03 8605 0196

Info Hotline:  012 2560082

Laman Web: www.shirazprojects.com

Instagram:  @shirazprojects

Facebook: @shirazprojects

Tiktok: @shirazprojects

Tiket mula dijual 2 Ogos 2023


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *