Category: Hiburan

(HIBURAN) KONSERT AMAL “ROSSA 25″ SHINING YEARS CONCERT” BAKAL BERLANGSUNG DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI 

KUALA LUMPUR, 9 September 2022 – Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah Konsert “Rossa 25” Shining Years Concert” di Jakarta, Bandung, Surabaya yang menyaksikan kehadiran lebih 15,000 penonton, kini Dato’ Sri Rossa akan kembali ke Konsert Solo Pertama sejak pandemik 2020 yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022 ini.  Read more →

(HIBURAN) Tayangan Perdana Anime Pemenang Anugerah  “The Journey” di Muzium Kesenian Islam Malaysia

Tayangan perdana filem fantasi aksi animasi Jepun–Arab  Saudi yang pertama, “The Journey”, berdasarkan peristiwa sejarah pra-Islam, telah ditayangkan pada acara peribadi di Muzium Kesenian Islam Malaysia hari ini. Filem yang memenangi anugerah ini diterima baik oleh tetamu jemputan yang merangkumi lebih 90 orang wakil daripada ahli akademik, persatuan profesional dan syarikat; 26 orang wakil kerajaan Malaysia dan 18 orang wakil dari 11 buah negara. Acara perdana ini membuka pentas untuk kejayaan masa depan industri animasi yang menyasarkan perolehan sebanyak USD 600 bilion pada 2030 dan kini telah mencapai perolehan sebanyak USD 400 bilion.  Read more →

(HIBURAN) SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

Petaling Jaya, 26 Ogos 2022 – Dua penerbit yang mendominasi filem-filem pecah panggung Malaysia, Skop Productions dan Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dan bersedia mempersembahkan filem terbaru daripada francais komedi aksi ‘blockbuster’ no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. Lebih gempak, lebih impak, lebih aksi, lebih komedi; itu yang dirumuskan mengenai Abang Long Fadil 3. Filem sekuel ketiga ini menampilkan kualiti produksi yang lebih mengagumkan dan antara kelainan yang ditampilkan adalah set terbesar pertama dibina di Malaysia untuk pembikinan filem tersebut. Read more →

(HIBURAN) JUANG Papar 5 Kisah Inspirasi – Pengorbanan dan Semangat Memerangi COVID 19

Menggarap filem dalam suasana pandemik dan cuba mengangkat keadaan sebenar yang cukup payah dilalui seluruh rakyat Malaysia khususnya dan masyarakat dunia umumnya bukan sebuah projek yang mudah dilakukan.

Namun, layak seperti judulnya JUANG, perjuangan produksi, para kru dan pelaku seni yang cukup berdedikasi untuk memastikan naskhah bersejarah yang wajib menjadi rujukan ini terlaksana perlu diberikan pengiktirafan yang besar. Read more →

(HIBURAN) Aura Lakonan Beto Kusyairy Dalam ‘Anak Rimau The Movie’

Lakonan aktor handalan, Beto Kusyairy tidak perlu dipertikaikan, malah, namanya sekali lagi menjadi sebutan apabila menunjukkan kehebatan dalam filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, baru-baru ini. Read more →