Category: Hiburan

(HIBURAN) Majlis pelancaran buku “ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking” yang ditulis oleh penerbit filem Aron Koh

KUALA LUMPUR: Penerbit filem Malaysia iaitu Aron Koh, yang telah menghasilkan filem terkenal seperti “Show Me Your Love”, “Haunted Hotel”, “Zombitopia” akan menerbitkan buku Bahasa Inggeris dengan tajuk “ZOOM IN: The Untold Story of Malaysian Filmmaking” Dalam buku itu, Aron yang mempunyai pengalaman selama 18 tahun dalam industri perfileman akan berkongsi pengalaman dan pandangannya kepada pembikin filem muda serta mereka yang berminat dalam industri perfileman Malaysia untuk membantu mereka lebih memahami peraturan industri, menganalisis proses pembikinan filem dan faktor kejayaan sesebuah filem serta arah aliran industri pasca-pandemik. Read more →

(HIBURAN) ALTIMET SAMBUT HARI LAHIR KE ERA METAVERSE DENGAN KELUARAN NFT EKSKLUSIF DI PENTAS.IO

Kemunculan NFT atau non-fungible token (juga dikenali sebagai aset digital seni kripto) telah melanda dunia dalam bab teknologi kewangan dengan penglibatan syarikat antarabangsa utama, selebriti dan juga pengumpul seni yang
melihat penggunaan NFT sebagai langkah besar dalam industri seni dan landskap digital. Di peringkat global khususnya, ramai penyokong NFT mengambil peluang keemasan ini untuk mengambil bahagian dengan menghasilkan seni kripto yang unik dengan mencipta atau berdagang sesama sendiri. Read more →

(HIBURAN) Astro Radio menyegarkan SYOK dengan 60 stesen radio baharu dalam talian dan banyak lagi 

12 November 2021, Kuala Lumpur – Astro Radio meraikan ulang tahun ke 25 dengan menyegarkan aplikasi SYOK dan memacu perjalanan trasformasinya ke hadapan. Bermula 1 November 2021, rakyat Malaysia boleh menantikan lebih 60 stesen baharu dalam talian, menawarkan pelbagai jenis dan kompilasi muzik. Tambahan lagi, saluran berita Bahasa Cina baharu ‘YOU-NEIRONG’, untuk berita terkini dan hal ehwal semasa akan bermula Januari 2022. Stesen baharu di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran mereka merentasi bahasa termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-pop, hip-hop, kegemaran di tahun 70an, 80an dan 90an, rock, Jiwang, Cintan, Nasyid, Arab, lagu-lagu Bollywood, Irama Malaysia, Dangdut dan banyak lagi.  Read more →

(HIBURAN) STRIM FILEM DENDAM PENUNGGU DI tonton CINEMA MULAI 5 NOVEMBER  

Petaling Jaya, 29 Oktober 2021 –  tonton CINEMA, sebuah platform penstriman filem oleh Media Prima Berhad yang menawarkan pelbagai filem menarik untuk tontonan anda semua. Tonton sudah diperkenalkan kepada orang ramai sejak 11 tahun yang lalu, bermula dengan ‘catch up TV’, kini tonton CINEMA menawarkan kebebasan pelayar dalam memilih kandungan untuk ditonton tanpa sebarang komitmen bulanan. Bermula dengan bayaran serendah RM1.90, anda dapat menonton filem-filem menarik di tonton CINEMA. Read more →

(HIBURAN) PENYANYI RUDY ZIL TERUS MEWARNAI INDUSTRI HIBURAN TEMPATAN DENGAN SINGLE TERBARU ‘JAGA DIRIMU’ DI KALA PANDEMIK MELANDA

RUDY ZIL – Semangat yang tidak pernah putus asa di waktu pandemik ketika ini , Penyanyi muda tempatan Sabah – Rudy Zil atau nama sebenarnya Mohd Fadzil Madi meneruskan perjuangan dalam industri hiburan tempatan dengan menerbitkan single terbaru berjudul ‘ Jaga Dirimu ‘ ciptaan & lirik oleh Rudy Zil. Selain menyanyi , Rudy Zil aktif dalam penghasilan lagu untuk dirinya serta beberapa rakan artis tempatan Sabah lain seperti Nowhy Band, Erney E. Tugoe & Syamlie dan beliau mengambil inspirasi oleh Kumpulan AIR SUPPLY dalam setiap penghasilan lagu ciptaannya . Di Sabah, Rudy Zil juga bekerja secara sendiri bagi menampung keperluan & sara hidup. Read more →