Category: Semasa

(SEMASA) Midea Mencatat Pencapaian Baharu Buku Rekod Malaysia dengan Pelancaran Serentak 18 Kedai Jenama Midea Pertama di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 3 Disember 2025 – Midea Malaysia hari ini telah diiktiraf oleh Buku Rekod Malaysia bagi pelancaran serentak 18 kedai jenama Midea di seluruh negara, pelancaran kebangsaan pertama seumpamanya yang diakui sebagai “Pelancaran Kedai Peralatan Elektrik Terbanyak Dalam Satu Acara”. Read more →

(SEMASA) SKUTER TERKINI MODA AERO-E DILANCARKAN OLEH MDUA MOTOR

PETALING JAYA, 2 Dec. 2025 (Tuesday) – MDUA Motor Sdn Bhd hari ini memperkenalkan Aero E, sebuah skuter terbaharu mereka di Six In The City, Petaling Jaya. Aero E merupakan sebuah model skuter moden yang direka untuk penunggang muda dan berketrampilan aktif serta sesuai dengan keperluan mobiliti serta gaya hidup masa kini. Dengan rekaan keseluruhan yang lebih  tajam dan aerodinamik, Aero E ditampilkan bergaya dengan dua pilihan warna yang menyerlah sebagai pilihan urban yang lebih bergaya untuk kegunaan harian. Read more →

(SEMASA) MAGIKA STUDIOS TARIKAN EKO-PELANCONGAN DAN EDUTAINMENT BAHARU DI SELANGOR

Shah Alam, 30 November 2025: Landasan Lumayan Sdn Bhd (LLSB), pemaju induk projek Selangor Maritime Gateway (SMG), dan KRU Entertainment Sdn Bhd (KRUESB) hari ini mengumumkan kerjasama strategik bagi melancarkan pembangunan Magika Studios, sebuah destinasi eko-pelancongan dan didik-hibur terbaharu di Mangrove Point, Pelabuhan Klang. Tarikan ini menggabungkan keindahan alam semula jadi, teknologi moden dan elemen penceritaan kreatif bagi meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaan Sungai Klang. Read more →

(SEMASA) RAIKAN RAMADAN 2026 DENGAN JELAJAH KULINARI “SAJIAN 5 RASA” DI MICASA ALL SUITE HOTEL

KUALA LUMPUR, 28 November 2015 –  Raikan Ramadan ini dengan insan tersayang! Jemput hadir ke bufet istimewa kami yang penuh dengan gabungan rasa terbaik dari S negara Asia. Diinspirasikan oleh semangat Sajian 5 Rasa (Melayu, Cina, India, Thailand dan Indonesia), Chef Adrian dan pasukan telah mencipta pengalaman bersantap yang penuh warisan, rasa, dan hidangan yang membangkitkan selera.Dengan kerjasama Mahsuri Dagang Sdn Bhd, kami menjamin anda dapat menikmati pelbagai hidangan dengan rasa yang lebih autentik dan penuh keastlian. Read more →

(SEMASA) PELANGGAN SETIA DIRAI DENGAN HADIAH MEGA CABUTAN BERTUAH ‘SPEND & WIN’ SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN LSK PACU INDUSTRI PERALATAN TIDUR

KUALA LUMPUR, 29 November — Sambutan ulang tahun ke-50 Lee Swee Kiat Group Berhad (LSK) di MyTOWN Shopping Centre hari ini nyata berjaya menarik tumpuan pengunjung apabila ruang Centre Court dipenuhi orang ramai yang datang untuk menjadi sebahagian daripada majlis yang berteraskan komuniti tersebut, selain untuk menikmati promosi jualan ulang tahun dan cabutan bertuah istimewa. Read more →