Category: Semasa

(SEMASA) ” WeChat ” fenomena terbaru di Malaysia

562639_432064080221648_1636629472_nsmall

WeChat !! Apa itu WeChat ? WeChat merupakan aplikasi komunikasi dalam bentuk teks bermesej dan juga mesej bersuara untuk telefon bimbit yang dibangunkan oleh TENCENT Inc. yang berpengkalan di China. Pada peringkat awal pelancaran aplikasi ini, ia dikenali sebagai  “Weixin” di Negara China dan buat kali pertama dilancarkan pada Januari 2011. Aplikasi ini kemudiannya dinaiktaraf untuk menyokong (support) bahasa-bahasa antarabangsa lain selain dari bahasa Cina pada bulan Oktober 2011. Pada bulan April 2012, secara rasminya aplikasi ini dijenamakan semula sebagai “WeChat” selari dengan perkembangan pasaran di serata dunia. Menjelang bulan Mac 2012, aplikasi “WeChat” sudah mempunyai lebih kurang 100juta pengguna tegar dan terus meningkat kepada 200juta pada bulan September 2012 dan terus memuncak sehingga 300juta akaun pengguna pada bulan Januari 2013. Read more →

(SEMASA) BABA’S CU-BITS RAIKAN PEMENANG PERADUAN KREATIF BABA’S

babaas

Bermula 1 Julai 2012 yang lalu BABA’S telah menyiarkan siri masakan terbarunya, BABA’S cu-bits. Selain muncul sebagai program masakan pertama BABA’S ditujukan khas untuk penonton TV3, program 30 minit yang dihoskan oleh Chef Kamarul Husni Che Rose atau mesra dengan panggilan Chef Kamarul ini telah menampilkan trend hidangan baru – cu~bits, yang menonjolkan rasa-rasa Malaysia dalam jelmaan baru ala novelle cuisine! Read more →

(SEMASA) TABUNG TV3 BERSAMAMU MENERIMA SUMBANGAN RM 48,996 DARIPADA JULIE’S

Sesi Penyampaian Cek Julie's Kepada Tabung TV3 Bersamamu (2)

Aktiviti kemasyarakatan “TV3 & TV9 Uli – Uli Biskut Raya Bersama Julie’s” yang telah berlangsung pada 15 Julai 2012 di kilang biskut Julie’s di Masjid Tanah, Melaka sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan melibatkan lebih 500 penyertaan daripada orang ramai serta kehadiran personaliti TV, chef dan artis popular tanahair. Read more →

(SEMASA) Pelancaran Blackberry Z10

IMG_6173

BlackBerry Malaysia (NASDAQ: BBRY TSX: BB) hari ini melancarkan BlackBerry terbaru Blackberry Z10 di Malaysia. BlackBerry Z10 (skrin sentuhan) adalah telefon pintar pertama yang dijanakan oleh platform BlackBerry 10. Platform  Blackberry ini telah direka semula (re-designed), kejuruteraan semula (re-engineered) , dan dicipta semula (re-invented ) untuk memberi pengalaman pengkomputeran  mudah alih yang terbaru dan unik. Terdapat dalam dua warna pilihan untuk telefon pintar terbaru ini iaitu Hitam dan Putih. BlackBerry Z10 akan berada di pasaran bermula 9 Mac 2013 dengan syarikat telekomunikasi  Maxis akan memulakan program pra-pendaftaran bermula esok 21 Februari 2013 diikuti oleh syarikat telekomunikasi Celcom dan DiGi pada 8 April 2013. Harga cadangan untuk Blackberry Z10 untuk pasaran Malaysia adalah sekitar RM2188. Read more →

(SEMASA) Hans Isaac & Mizz Nina di malam kemuncak Bella Awards 2013

image001

Penyanyi terkenal Mizz Nina kini diumumkan secara rasmi sebagai artis yang bakal membuat persembahan pembuka di anugerah berprestij yang bakal meraikan golongan wanita – Bella Awards – pada 2 Mac 2013 secara langsung dari Hotel The Royale Chulan, Kuala Lumpur. Read more →