Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 Malaysia, syarikat teknologi peranti mudah alih Asia Tenggara, Ninetology Malaysia dengan bangga mengumumkan pelancaran rasmi cawangan Touch Point utamanya di Plaza Low Yat. Cawangan utama Touch Point milik Ninetology ini menawarkan pengguna pengalaman titik pertemuan gaya hidup dan budaya hari ini serta peragaan produk dengan konsep yang unik. Read more →
Category: Semasa
(SEMASA) 10 FINALIS BAKAL BERSAING UNTUK MEREBUT GELARAN RATU RANIA
Seiring dengan perkembangan industri seni tanahair yang semakin rancak membangun, pihak Astro Prima dengan kerjasama pihak penaja Safi Rania dengan berbesar hati membawakan sebuah program realiti terbaru untuk mencari ikon wanita moden masa kini khas untuk para penonton iaitu Ratu Rania yang bakal bersiaran pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam untuk dua episod yang pertama dan jam 9.30 malam untuk episod yang seterusnya bermula 4 September 2013 secara eksklusif di saluran 105. Read more →
(SEMASA) Kumpulan BOBOI berkerjasama dengan Extra Moist Chocolate Cake (EMCC)
AFDLIN SHAUKI dan HARUN SALIM BACHIK yang lebih dikenali sebagai BOBOI telah mengembangkan sayap mereka dengan menjadi rakan kerjasama dengan produk kek terbaru di bawah jenama Boboi Extra Moist Chocolate Cake . Majlis pelancaran dan sidang media yang berlangsung di Ballroom, Hotel Grand Continental, Kuala Lumpur itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd iaitu Encik Mohd Zaki Bin Salleh bersama isteri beliau Puan Maliza Malik merangkap Pengurus Besar EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd yang juga pemilik asal resepi produk kek Extra Moist Chocolate Cake (EMCC) tersebut. Pada majlis itu juga, telah berlangsungnya majlis menandatangani perjanjian diantara Vision Works yang menguruskan kumpulan BOBOI dengan pihak EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd. Di samping itu juga, majlis tersebut diadakan untuk membolehkan pihak EXTRA DELICIOUS Sdn Bhd memperkenalkan barisan ejen-ejen jualan persendirian dan juga pemilik stokis jualan EMCC seluruh negara kepada pihak media. Read more →
(SEMASA) ASUS memperkenalkan barisan inovasi gadjet terbaru
ASUS memperkenalkan secara rasmi barisan peranti terbaru mereka di Malaysia. ASUS memperkenalkan lima produk baru terdiri daripada Fonepad Note FHD 6, VivoBook S551 Series, Memo Pad HD 7, Padfone Infinity dan N550 Series. Pengarah Rantau ASUS Asia Tenggara bagi Kumpulan Perniagaan Sistem Rex Lee berkata, beliau yakin sasaran terbabit dapat dicapai berdasarkan prestasi terkini syarikat sebagai pengeluar jenama notebook nombor satu di pasaran tempatan. Menurutnya, pengenalan produk baru setiap tahun diharap dapat meningkatkan penguasaan keseluruhan syarikat dalam pasaran sekali gus mampu bersaing dengan beberapa jenama antarabangsa yang bertapak kukuh di negara ini. Harga pasaran bagi Asus Memo Pad HD7 RM649, Fonepad Note FHD6 (RM849), VivoBook S551 Series (RM3,499 dan RM2,799), N550 Series (RM3,699 dan RM2,999) manakala PadFone Infinity (RM2,699). Read more →





