Category: Sukan

(SUKAN) F1: Vettel catat sejarah 3 kali rangkul gelaran dunia

SAO PAULO: Sebastian Vettel muncul pemandu termuda apabila merangkul gelaran dunia kali ketiga berturut-turut dalam sejarah Formula Satu awal pagi tadi walaupun sekadar menduduki tempat keenam di belakang Jenson Button yang menjuarai perlumbaan Grand Prix Brazil.  Read more →

(SUKAN) Harimau Malaya Seri Lagi ….

Harimau Malaya sekali lagi menerima kejutan besar apabila diikat 1-1 oleh Bangladesh dalam perlawanan bola sepak persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. Walaupun pasukan Bangladesh bermain dengan 10 orang pemain, pasukan bimbingan Datuk K. Rajagopal ini gagal menyerap serangan balas pada saat saat akhir yang menyebabkan keputusan seri buat kali kedua selepas perlawanan dengan Hong Kong tempoh hari. Anak buah Datuk K. Rajagobal yang bakal mempertahankan Piala Suzuki AFF mulai Ahad ini, mendahului Bangladesh menerusi tandukan Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-22 hasil satu sepakan sudut tetapi dipadamkan oleh pasukan pelawat apabila pasukan pelawat mengejutkan tuan rumah dengan gol penyamaan selepas beroleh sepakan penalti yang disudahkan oleh Jahid Hasan pada minit ke-82 akibat kelonggaran barisan pertahanan Harimau Malaya. Read more →

(SUKAN) PELANCARAN KEMPEN “KAMI TEAM MALAYSIA”

Sempena Piala Suzuki AFF yang bakal berlangsung bermula 24 November hingga 23 Disember ini di Kuala Lumpur dan Bangkok, TV3 dengan kerjasama TM bakal mendukung sebuah kempen diberi nama “Kami Team Malaysia” bagi menyokong pasukan kebangsaan mempertahankan kejuaraan yang dirangkul dua tahun lalu. Kempen “Kami Team Malaysia” telah dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan iaitu Dato’ Razali Haji Ibrahim dan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, En. Ahmad Izham Omar di perkarangan Sri Pentas, Bandar Utama. Read more →

(SUKAN) Status ‘Mat Yo’ masih menjadi tanda tanya…

Apa status Mat Yo kini ?? Jika sebelum ini pihak KAFA bersedia melepaskan beliau ke pasukan Johor namun begitu timbul pula persoalan baru , apabila berlaku kecelaruan dalam proses perpindahan ini berdasarkan kenyataan dari pihak Tan Sri Annuar Musa di status facebook beliau. Read more →

(SUKAN) Harimau Malaya hanya mampu seri ….

14 November 2012 – Perlawanan kelas A menentang Hong Kong malam ini diharapkan  dapat menyuntik semangat pemain dan peminat tanah air dengan kemenangan berakhir dengan keputusan seri. Harimau Malaya mendahului hasil jaringan Safee Sali pada minit ke 58 sebelum  dipadamkan oleh jaringan Lam Hok Kei pada minit 88 akibat kesilapan pemain Malaysia sendiri. Perlawanan  HARIMAU MALAYA (rangking 162) menentang  HONG KONG(ranking 176) ini pada peringkat awalnya dijangka bakal memihak kepada pasukan Harimau Malaya meleset sama sekali. Jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagopal  perlu mencari formula terbaik untuk pasukan negara pada perlawanan antarabangsa berikutnya menentang BANGLADESH . Read more →