(HIBURAN) 10 Penghibur Jazz Berpengaruh Berhimpun di Kuching Jazz, Nantikan Afgan, Phum Viphurit & Noryn Aziz!

Spread the love

Setelah sempat tertunda dua tahun kerana pandemik yang melanda dunia, Kuching Jazz kembali! Kuching Jazz atau Kuching Waterfront Jazz Festival yang merupakan sebuah ‘acara muzik wajib’ di Sarawak ini akan kembali menghangatkan dan memenuhi dahaga pendengar genre tersebut pada 28 dan 29 Oktober 2022 ini.

Mengambil Waterfront, Grand Margherita Kuching sebagai lokasinya, penganjur, Hemisphere Corporation Sdn. Bhd. percaya barisan pemuzik dan penghibur yang dihimpunkan untuk dua malam pesta tersebut akan memberi kepuasan dan ‘hadiah’ terbaik selepas ‘dunia berehat’.

Menyifatkan festival tersebut sebagai sebuah percutian hujung minggu yang ideal dan lari dari kesibukan, alunan muzik Jazz yang bakal dipersembahkan oleh barisan penghibur kelak akan membuat kunjungan ke Kuching yang indah nan cantik tidak akan sia sia.

“Kami di Hemisphere Corporation Sdn. Bhd amat berharap dan percaya Kuching Jazz akan mendapat sambutan hangat selepas dua tahun tidak dianjurkan.

“Dan kami juga percaya peminat festival ini serta genre muzik yang diketengahkan penghibur yang diterbangkan dari beberapa negara seperti Australia, Indonesia, Singapura dan Thailand akan menjadi magnet kepada peminat.

“Kami berbangga kerana dapat kembali menganjurkan Kuching Jazz dan barisan penghibur yang tak kalah berpengaruh pada 28 dan 29 Oktober ini,” ujar Encik Mark Ferguson, Ketua Pegawai Eksekutif, Hemisphere Corporation Sdn. Bhd.

Barisan penghibur yang akan menghangatkan festival ini termasuklah bintang dari Indonesia, Afgan yang kembali bertemu peminatnya dalam Kuching Jazz.

Afgan yang sudah mempunyai profil cukup besar dalam dunia seni nusantara lewat vokal merdu di untaian hit termasuk Sudah dan Jodoh Pasti Bertemu akan bergabung dengan barisan penyanyi Jazz Malaysia seperti Noryn Aziz, Leon Sapphire, Ta’Dan, Ky Den dan Ushera.

Kuching Jazz tidak akan lengkap tanpa kehadiran Phum Viphurit dari Thailand yang memang dinantikan banyak penggemar.

Begitu juga Freyja Garbett (Australia) dan penampilan Dawn Wong & The Ark Royal dari Singapura yang dijangka akan ‘membawa’ bersama peminat dari negara masing masing untuk berhibur dalam pesta muzik jazz terbesar di Kuching ini.

“Pengunjung akan mendapatkan pengalaman berbeza dalam penganjuran festival ini termasuk persembahan dari Afgan yang tentunya lain daripada persembahan sebelum atau akan dilakukannya pada masa terdekat,” ujar Encik Mark Ferguson lagi.

Masuk dalam kategori ‘mesra pengunjung’ tanpa diskrimasi bangsa atau budaya dengan kesemua lapisan masyarakat dijemput hadir, festival ini dimeriahkan dengan jualan gastranomi dan kraftangan yang dijual di bazar disediakan.

Memasuki tahun keempat penganjuran, tolong jangan keliru dengan Borneo Jazz Festival yang diadakan di Miri, lantaran Kuching Jazz mempunyai kekuatan tersendiri.

Festival ini sudah pernah menyaksikan kehadiran bintang bintang Jazz dan penghibur terkenal seperti Datuk Sheila Majid, Tompi, Kunto Aji, Baihana, Carmen Souza Trio, Siti Navarro dan Harvey Malaihollo serta Dayang Nurfaizah dan Ning Baizura.

Justeru itu tidak ada alasan mengapa anda berfikir dua kali atau beralasan untuk hadir ke Kuching Jazz pada tahun ini.

Barisan pemuzik yang hebat, bazar makanan dan jualan kraftangan yang tidak akan mengecewakan dan paling penting dapat ‘mematikan’ kesibukan bekerja dengan alunan Jazz yang dimainkan, Kuching Jazz adalah pesta terbaik yang rugi dilepaskan.

BUTIRAN HARGA TIKET

 

PASS 1 HARI

PRA JUALAN :

HARI PERTAMA: (DEWASA) RM180, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM90

JUALAN DI LOKASI: (DEWASA) RM200, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM100

HARI KEDUA: (DEWASA) RM280, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM140

JUALAN DI LOKASI: (DEWASA) RM300, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM200

PASS 2 HARI

PRA JUALAN : (DEWASA) RM350, (KANAK-KANAK 3-12 TAHUN) RM170

 Semua maklumat mengenai jualan tiket atau pass boleh dibeli melalui website www.kuchingjazz.com


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *