(HIBURAN) “Adoiii Jiwaku” –  Satu Jiwa, Semua Sama. Kalau Gaduh, Semua Gila

Spread the love

Sekali lagi Lomo Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama rakan pengedar MM2 Entertainment kembali dengan Filem arahan Steve Yap berjudul Adoiii Jiwaku. Filem bergenre komedi dan berdurasi 98 minit ini, menggunakan 3 bahasa iaitu Melayu, English dan Mandarin bagi menampilkan keunikan dan kepelbagaian masyarakat di Malaysia.

Ramai yang mengaku rakyat Malaysia tapi masih tak boleh terima kepelbagaian bangsa. Ada yang mengaku patriotik tapi kaum Melayu sama Melayu, kaum Cina sama Cina dan India sama kaum India saja. Kalau bab makanan kita boleh makan Tosai, Nasi Lemak atau Char Koay Teow. Adoii sedapnya makanan, kita boleh terima. Kan lagi best kalau boleh makan sama-sama, main bola sama-sama dan menonton Filem sama-sama.

Jadi semua rakyat malaysia kena dan wajib tonton Adoiii Jiwaku, cerita ni dapat ubah persepsi anda semua supaya buang semua sikap perkauman yang masih bertapak. Kita satu bangsa, Kita kan satu negara. Sebab tu Adoiii Jiwaku hadir, untuk memberikan anda pengalaman luar biasa, sekiranya anda berdepan situasi serupa. Bangun pagi je, alamak kenapa dalam badan orang lain ni. Tonton jangan tak tonton!!! Dan betul ke mereka kata orang islam boleh je pegang-pegang anjing, jawapan tu ada dalam Filem Adoiii Jiwaku .

Satu-satunya Filem dibuat untuk semua rakyat Malaysia, dari Malaysia untuk Malaysia. Walau berbeza budaya tapi kita masih banyak persamaan yang boleh menjadikan kita berbangga sebagai rakyat yang memiliki keunikan dan masyarakat majmuk.

TENTANG FILEM “ADOIII JIWAKU”

Filem bertemakan persahabatan ini dipenuhi pelbagai emosi yang pasti dapat membuatkan penonton sentiasa tak kering gusi dan pasti ada babak yang menyentuh hati serta elemen suspensnya yang penuh debar bakal menemui penonton seluruh negara pada 7 September ini.

Ia dibintangi ramai pelakon handalan Tanah air seperti Steve Yap, Ali Arami, Ramana Mohan, Amber Chia, Daniel Sher, Anuar Abd Hamid Adibah Noor dan ramai lagi.

Filem berkisarkan 3 rakan sekerja iaitu Sia, Ayis dan Malesh yang berlainan bangsa (Cina, Melayu dan India) yang bekerja di sebuah hotel. Oleh kerana personaliti dan perspektif mereka yang berbeza tentang kerja, mereka sering bertelagah sesama sendiri. Dalam satu peristiwa yang bermula dengan satu gurauan di pejabat, berlaku renjatan elektrik sehingga menyebabkan Sia dan Ayis bertukar badan antara satu sama lain.

Yang pasti mereka gagal menyesuaikan diri dengan keadaan ini memandangkan roh ( jiwa ) mereka berada di dalam badan orang lain.

Mereka mula mencari jalan dan mencuba pelbagai cara untuk kembali mendapatkan badan mereka sendiri.

Namun, lama kelamaan mereka mula dapat menyesuaikan diri dengan tubuh yang bukan milik mereka. Antaranya Sia yang mula mempelajari lebih lanjut tentang Melayu dan Islam dengan perbezaan budaya setiap hari.

Dia belajar untuk melihat melalui perspektif Ayis, sehingga akhirnya memahami tentang kepentingan nilai kekeluargaan.

Sebaliknya, Ayis yang berada dalam badan Sia berpindah ke rumah keluarga Sia. Dia mula mengetahui hubungan kekeluargaan yang lemah dalam keluarga itu disebabkan masing-masing yang berahsia dan tidak pernah meluahkan perasaan sebenar mereka. Ayis bagaimanapun berjaya menjalinkan hubungan mesra dengan anak Sia melalui minat mereka terhadap muzik.

Apa agknya peristiwa yang berlaku sehingga 3 rakan ini di timpa musibah? Dan bagaimana Mereka mengatasinya?

Adakah mereka akhirnya bersahabat baik? Dan adakah mereka akan mendapat semula badan sendiri di akhir cerita?

Jangan lupa saksikan FILEM ADOIII JIWAKU di pawagam berhampiran anda bermula 7 September 2023.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *