(HIBURAN) WALID… Kemanusiaan Atau Kedaulatan  – ‘Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Elemen Seni Mempertahankan Diri Silat’

Spread the love

 

Setelah kejayaan filem Geran yang ditayangkan pada tahun 2019, Layar Pictures dengan bangga telah menerbitkan sebuah lagi filem aksi berjudul WALID. 

Mengangkat tentang isu penculikan kanak-kanak, Walid merupakan sebuah filem aksi yang sarat dengan elemen seni mempertahankan diri iaitu silat.

“Untuk filem terbaharu ini, saya masih lagi mengangkat seni silat sebagai elemen aksi kerana secara peribadi saya memang meminati ilmu seni mempertahankan diri ini.

“Pada saya filem adalah salah satu medium untuk mempromosikan tentang sesuatu perkara dan sebab itu saya jadikan filem Walid ini sebagai medium menarik lebih ramai terutama sekali anak-anak muda mempelajari silat,” ujarnya.

Areel berkata, Walid bukan sekadar sebuah filem aksi semata-mata, malah turut mengangkat isu kemanusiaan dan kenegaraan dengan menerapkan silat yang merupakan warisan budaya sebagai ‘ramuan’ utama.

Ujarnya, filem terbaharu arahannya itu menyoroti pentingnya pendidikan kerana sesetengah ahli masyarakat ditolak hak untuk mencari pengetahuan.

Menurutnya lagi, Walid juga menggambarkan isu penHng perdagangan manusia di mana kanak-kanak digunakan untuk menjadi komoditi dalam pasaran hitam global.

Menariknya, filem tersebut menampilkan barisan pelakon-pelakon hebat seperti Megat Sharizal, Namron, Fad Annuar, Fieyna Tajudin, Puteri Qaseh, Shamputra, Yusran Hasim dan ramai lagi.

Jelasnya, penggambaran pula dilakukan di negeri Kedah sekitar Februari 2022 iaitu keHka negara baru sahaja berakhir daripada pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Areel menjelaskan apa yang istimewanya tentang filem ini apabila barisan pelakon rata-ratanya mempunyai asas dalam seni mempertahankan diri.

“Untuk filem Walid, saya memang memilih pelakon yang ada ilmu silat kerana ia bergantung kepada keperluan skrip memandangkan ia adalah sebuah filem aksi.

“Boleh dikatakan 99 peratus pelakon yang terlibat dalam aksi pertarungan adalah pesilat sebenar dan itu yang menjadi kelebihan kepada filem Walid untuk menarik minat penonton,” ujarnya.

Pada masa sama, Areel juga berharap agar penonton dapat menerima karya baharunya itu, sama seperti filem arahannya sebelum ini.

“Selain terhibur dengan cerita yang dipaparkan, saya harap penonton dapat melihat sisi lain kepada nashah ini, terutama sekali dalam mengangkat warisan seni budaya kita sendiri sehingga ke luar negara.

“Malah, ia juga dibuktikan apabila filem Walid ini juga sudah ditayangkan di negara seperti Amerika Syarikat dan menunjukkan seni mempertahankan diri silat ini mampu menarik perhatian pihak luar,” jelasnya.

Sementara itu, salah seorang pelakon utama, Namron menyatakan bahawa di antara faktorfaktor yang dia bersetuju untuk menjadi pelakon dalam filem itu adalah kerana plot yang menarik.

“Saya melihat Areel ini sebagai pengarah yang sangat berbakat dan mampu menghasilkan filem yang memenuhi selera penonton.

Bekerja di bawah arahan Areel bagi saya, beliau seorang pengarah yang tenang, tetapi mempunyai semangat seorang prajurit Malaysia yang tidak pernah menyerah,” katanya.

Diterbitkan oleh Layar Pictures Sdn. Bhd. Walid akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia pada 14 September 2023.

Pada masa sama, Walid juga telah ditayangkan Amerika Syarikat iaitu Cine Village, New York (28 Julai – 3 Ogos 2023) serta Leammle Glendale, Los Angeles (11 Ogos – 17 Ogos 2023.

SINOPSIS

Walid menceritakan kisah seorang guru yang baik hati dan berdedikasi yang secara sukarela mengajar kanak- kanak yang kurang beruntung di sebuah kampung. Setiap kanak-kanak mempunyai masa depan yang cerah di hadapan mereka. Segala-galanya berubah selepas beberapa pelajar beliau hilang daripada kelas. Dengan tanda- tanda dan petunjuk yang tersisa, beliau menjejaki penculik dengan bantuan ‘kawan-kawan’nya. Adakah murid- murid beliau masih hidup? Adakah beliau akan menemui mereka?

BARISAN PELAKON

Megat Sharizal                     – Walid
Namron                                  – Pak Ku
Fad Annuar                            – Yakpat
Fieyna Tajudin                      – Kinang
Puteri Qaseh Izwandy             – Aisha
Shamputra                             – Zuki
Yusran Hashim                     – Hamzah
Taiyuddin Bakar   

 Jebar Zulfar 

            – Sutun

            – Lela

   KRU PRODUKSI  
Pengarah                    : Areel Abu Bakar
Penerbit                     : Areel Abu Bakar & Eeman Teoh
Penerbit Eksekutif  : Areel Abu Bakar, Eeman Teoh & HayaN Ahmad 
Idea Asal                    : Areel Abu Bakar
Penulis Skrip             : Hafiz Derani & Areel Abu Bakar
Sinematorgrafi         : Areel Abu Bakar 
Reka Bentuk Produksi  : Areel Abu Bakar
Koreografi Aksi        : Khoharullah Majid
Editor                          : Irwan Ahmad & Areel Abu Bakar
Scoring                        : Audio Aficionado 

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *