(HIBURAN) AGENTS’ ARENA – SIRI PERMAINAN DIGITAL INTERAKTIF TERBARU DARI DUNIA EJEN ALI

Spread the love

PETALING JAYA, 15 Julai 2021 – Mencari aplikasi permainan mudah alih yang lebih interaktif untuk menemani anda sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Terkini, siri popular animasi Ejen Ali The Movie telah melancarkan sebuah permainan mudah alih yang terbaru. Aplikasi permainan maya ini adalah hasil kolaborasi dari REV Media Group, Primeworks Studios dan juga WAU Animation. Ejen Ali : Agents’ Arena telah dilancarkan pada harini dan secara eksklusif boleh di muat turun secara percuma dari Google Playstore atau Apple App Store!
Pada tahun 2016, Ejen Ali telah melancarkan dua permainan aplikasi yang popular iaitu Ejen Ali: MATA Academy dan diikuti oleh Ejen Ali: Emergency pada tahun yang sama. Ejen Ali: Agents’ Arena merupakan tambahan terbaru kepada francais permainan maya daripada siri animasi terkenal itu. Pada April 2021, aplikasi ini boleh diakses oleh pengguna beta dan aplikasi ini telah berjaya dimuat turun lebih daripada 320,000 yang terdiri daripada 70,000 ribu
pengguna aktif bulanan. Sehingga kini, francais permainan mudah alih Ejen Ali sudah menjangkau keseluruhan 3.7 juta jumlah muat turun dan 201, 000 pengguna aktif bulanan.

Aplikasi yang merupakan hasil daripada kerjasama Harta Intelek Animasi Malaysia, Ejen Ali: Agents’ Arena merupakan 100% ciptaan Malaysia di mana buat pertama kalinya permainan ini menggunakan ‘multiplayer’ mod, di mana pemain boleh mengawal satu hero dalam tiga sepasukan bersaing menentang pasukan pihak lawan atau AI bot. Objektifnya adalah untuk menawan semua zon dan menumpaskan pihak lawan. Pasukan pertama yang mampu meraih 100 mata akan dinobatkan sebagai pemenang. Peminat siri Ejen Ali pastinya mempunyai hero kesukaan mereka, di mana setiap pemain boleh memilih untuk mengawal mana-mana hero kegemaran mereka kerana setiap karakter mempunyai set kebolehan dan kemahiran unik yang tersendiri.

Pada pusingan pertama dalam permainan ini, pemain boleh memilih mana-mana watak kegemaran mereka yang terdiri daripada enam watak utama dalam siri TV animasi ini yang menampilkan Ejen Ali, Ejen Alicia, Ejen Rudy, Ejen Khai, Ejen Roza and Ejen Mika. Setiap watak, dilengkapi dengan serangan yang unik bergantung kepada kemahiran mereka tersendiri yang tangkas mengorak strategi semasa pertempuran berlangsung. Penambahan watak, kostum dan arena yang baru juga bakal diperluaskan pada masa akan datang.

Agents’ Arena bertujuan untuk memupuk nilai-nilai yang baik di kalangan pemain seperti nilai kerja berpasukan, disiplin dan juga pemikiran strategik. Ia dapat dijadikan aktiviti beriadah yang santai bagi belia dan kanak-kanak di mana permainan ini mampu menjadi satu jenama e-sukan yang berdaya saing yang sesuai oleh setiap lapisan umur. Ibu bapa tidak perlu risau dengan aplikasi ini kerana ia dihasilkan dengan sentimen yang selamat untuk pengguna di bawah umur di mana aplikasi ini bebas dari visual kandungan yang ganas, pemakaian yang tidak bersesuaian mahupun bahasa yang kurang baik.

“Ejen Ali: Agents’ Arena direka sebagai permainan mudah alih yang menyeronokkan untuk seisi keluarga, dengan tumpuan khusus pada pemain berusia 14 tahun ke atas. Kami sentiasa ingin memberi pengalaman yang menarik untuk semua peminat setia Ejen Ali, tetapi dengan Agents’ Arena, kami mahu melangkah lebih jauh dengan permainan mudah alih kali ini dengan menyasarkan para ‘gamer’ di luar sana yang menggemari genre permainan video ‘multiplayer online battle arena’ dan ‘third-person hero shooter’ kata Nicholas Sagau, Ketua Produk Eksekutif, REV Media Group.

Usamah Zaid Yasin, Ketua Pegawai Eksekutif WAU Animation menambah, “Berdasarkan perbincangan kami dengan unit pembangunan permainan mudah alih ini, usaha REV Media Group untuk memperluaskan Ejen Ali: Agents’ Arena sebagai salah satu e-sukan yang kompetitif untuk peminat Ejen Ali adalah satu visi yang sangat membanggakan terutamanya pada belia dan kanak-kanak. Perkembangan lanjut mengenai Ali, pihak produksi sedang bergiat untuk menghasilkan lebih banyak lagi produk terbaru dari Ejen Ali. Kami berharap peminat akan terus menyokong Ejen Ali tidak kira di mana sahaja samada dalam bentuk digital, di skrin TV dan dan juga di pawagam.

Bersempena dengan pelancaran ini juga, sebuah kejohanan e-sukan bakal dianjurkan pada masa akan datang. Nantikan maklumat lebih lanjut daripada kami dalam masa terdekat ini!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *