Tag: ejen ali

(HIBURAN) EJEN ALI & BOOST REKRUT ‘10 BUDAK MERAH’ MISI MEMBANGKITKAN SAMBUTAN HARI RAYA

Petaling Jaya, 22 April 2022 – Setelah dua tahun rakyat Malaysia menyambut Hari Raya secara bersederhana akibat pandemik COVID-19, pengumuman kerajaan tentang negara memasuki Fasa ‘Peralihan Ke Endemik’ semestinya berita baik kepada rakyat yang ingin meraikan perayaan seperti dahulu kala. Oleh itu, Ejen Ali dan Boost, syarikat teknologi kewangan (fintech) Axiata , telah mengumumkan kolaborasi mereka menerusi video Hari Raya “KebangkiTEN Raya 10 Budak Merah dan Ejen Ali” yang disiarkan pada hari ini. Read more →

(HIBURAN) AGENTS’ ARENA – SIRI PERMAINAN DIGITAL INTERAKTIF TERBARU DARI DUNIA EJEN ALI

PETALING JAYA, 15 Julai 2021 – Mencari aplikasi permainan mudah alih yang lebih interaktif untuk menemani anda sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)? Terkini, siri popular animasi Ejen Ali The Movie telah melancarkan sebuah permainan mudah alih yang terbaru. Aplikasi permainan maya ini adalah hasil kolaborasi dari REV Media Group, Primeworks Studios dan juga WAU Animation. Ejen Ali : Agents’ Arena telah dilancarkan pada harini dan secara eksklusif boleh di muat turun secara percuma dari Google Playstore atau Apple App Store! Read more →

(SEMASA) FIGURIN EJEN ALI IKON RoL (2.0) DALAM MENDIDIK MASYARAKAT KEPENTINGAN PENJAGAAN SUNGAI

KUALA LUMPUR, 4 April 2021 – Inisiatif program kesedaran River of Life (ROL) 2.0 diteruskan dengan aktiviti promosi yang lebih berkesan bagi memastikan mesej mengenai kepentingan penjagaan sungai kebagai Sumber bekalan air bersih dan sebagai habitat alam semula jadi dapat disampaikan Kepada masyarakat dengan efisien. Read more →

(SEMASA) EJEN ALI & AIRASIA AKHIRI TAHUN 2019 DENGAN KOLABORASI ‘OURSHOP’

KUALA LUMPUR, 31 DISEMBER 2019 –  Kolaborasi pertama Ejen Ali dan Air Asia pada tahun 2017 menerusi kempen #MisiAspirasiAirAsia membawa mesej untuk memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk menjadi pemimpin dunia pada masa hadapan. Hari ini, kedua-dua syarikat gergasi komersial Malaysia ini sekali lagi mengukuhkan kerjasama mereka dengan satu tujuan yang sama iaitu membawa jenama tempatan ke peringkat antarabangsa melalui platform e-dagang yang baru dilancarkan oleh Air Asia iaitu OURSHOP.  Platform ini memberi peluang kepada peminat-peminat Ejen Ali yang berada luar dari Malaysia untuk membeli produk-produk Ejen Ali secara onlineRead more →

(HIBURAN) RM28 JUTA 28 HARI!  – EJEN ALI SEDIA TAWAN ‘INDONESIA’

PUTRAJAYA, 28 Disember 2019 – Atas permintaan luar biasa dari ‘Ejen-ejen Indonesia’, Primeworks Studios dan WAU Animation mengumumkan filem EJEN ALI THE MOVIE bakal ditayangkan di pawagam terpilih Indonesia CGV, Flix, Platinum, Kota Cinema dan pawagam Cinépolis bermula 1 Januari 2020. Pengumuman tersebut dibuat sewaktu Majlis Pelancaran Media dan Tayangan Perdana filem EJEN ALI THE MOVIE yang telah berlangsung pada 26 Disember 2019 di CGV, Grand Indonesia Mall. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran peminat Ejen Ali yang terpilih, rakan media, rakan kerjasama serta personaliti popular tempatan. Read more →