(HIBURAN) “Around The World” bersama Mizz Nina

Spread the love

IMG_9779

KUALA LUMPUR  :  17 April  –  Mizz Nina akan mengadakan konsert pertama beliau iaitu  ‘Around The World Concert’ pada 18 Mei 2013 bertempat di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur. Konsert yang berdurasi selama 1 jam ini bakal digegarkan dengan penampilan istimewa penyanyi Korea, Jay Park.  Mizz Nina yang telah melakukan kolaborasi dengan penyanyi Korea, Jay Park dalam single terbarunya, Around The World itu bakal menampilkan penyanyi tersebut dalam konsert pertamanya dan ia disahkan sendiri oleh Mizz Nina semasa sidang media pada hari ini.

IMG_9787

Selain Jay Park, tambah istimewa peminat juga bakal menyaksikan persembahan Mizz Nina bersama suami beliau iaitu Noh Salleh (vokalis kumpulan Hujan) dan kumpulan lamanya, Teh Tarik Crew. Konsert yang bermula pada jam 8.30 malam itu dijangka menggunakan 19 penari dan menggunakan ‘live band’ .

mizz ninaSMALLgmoPada sidang media ini juga, Mizz Nina menayangkan video muzik “Around The World Mizz Nina feat Jay Park “ yang dilancarkan pada 25 Mac lalu serta mendapat sambutan hangat peminat tempatan mahupun luar negara yang sehingga kini telah mencecah 693,627 tontonan di YouTube. Mizz Nina yang sebelum ni pernah berkolaborasi dengan penghibur terkenal Amerika Syarikat seperti Colby O’ Donis (lagu What You Waiting For) dan Flo Rida( lagu Takeover) menjelaskan  yang beliau memasang impian untuk mengadakan konsert solo sekian lama dan beliau yakin konsert ini bakal memberikan kepuasan kepada peminat – peminat yang selama ini menyokong perjalanan seni beliau.

Tiket-tiket berharga RM70 (terhad dan akan dijual mulai hari ini, 17 April 2013) dan RM100 (umum dan Maklumat lanjut layari http://redtix.airasia.com/Events/mizznina atau kunjungi outlet Rock Corner dan Victoria Music yang berhampiran anda.

885283_10151545388782390_1604033693_o

20130226_jaypark_mizznina

jaypark


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *