(HIBURAN) “Dan Calonnya Adalah…”

Spread the love

Tonton Dan calonnya adalah-2

“Dan Calonnya Adalah…” merupakan komedi ringan mengenai Katrina yang cuba mencari calon suami untuk dirinya atas desakan ibunya. Katrina perlu mendapatkan pasangan hidupnya sebelum tarikh akhir yang ditetapkan atau menerima jodoh pilihan ibunya. Sebuah kisah perjalanan cinta Katrina menempuh pelbagai ragam temujanji dalam mencari lelaki impiannya. Drama web bersiri “Dan Calonnya Adalah…” akan menemui anda pada 12 Disember 2013, setiap Isnin – Jumaat, jam 12 tengah hari. Dibintangi oleh Faralyna Idris dan Anding Indrawani.

Tonton Dan calonnya adalah-1

Sinopsis

Katrina merupakan seorang akauntan berusia 28 tahun dan masih tinggal bersama ibunya yang tegas. Setiap keputusan penting dalam hidupnya dibuat oleh ibu Katrina. Bermula daripada gaya pakaian sehinggalah ke kerjayanya, Katrina tiada hak untuk bersuara. Apabila ibunya membuat keputusan untuk mengahwinkannya dengan jodoh pilihan ibunya, Haris; untuk pertama kalinya Katrina membantah sekerasnya.

Katrina lantas membuat perjanjian dengan ibunya. Sekiranya Katrina gagal menemui lelaki yang sesuai sebagai pasangan hidupnya sehingga hujung tahun kelak, Katrina akan menerima jodoh pilihan ibunya. Katrina mulai mengatur temu-janjinya bertemu dengan pelbagai lelaki untuk dijadikan calon suaminya.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *