(HIBURAN) Ernie Zakri Tampil Dengan Single Terbaru “Bersuara ” di Bawah Naungan Rocketfuel Entertainment

Biarpun sudah hampir sedekad menjejakkan kaki di dalam arena seni nyanyian, bintangnya benar-benar mula bersinar sejak menjuarai pertandingan realiti Duo Star bersama rakan duetnya Syamel. Sejak itu suara dan gaya persembahannya mula mencuri perhatian pencinta muzik tempatan. Kini Ernie Zakri bukanlah satu nama asing dalam dunia hiburan Malaysia.

Selain bergelar penyanyi berbakat, Ernie juga merupakan seorang guru vokal hebat yang pernah mendapat pendidikan tinggi dalam bidang muzik dan mengkhusus pada seni vokal. Kini untuk mengukuhkan kedudukannya dalam dunia seni suara, Ernie Zakri muncul dengan single terbarunya yang berjudul ‘Ku Bersuara’. Lagu ini juga merupakan rakaman pertama penyanyi tersebut sejak bernaung di bawah pengurusan Rocketfuel Entertainment.

Lebih menarik lagi, ‘Ku Bersuara’ menampilkan rakan duetnya Syamel sebagai komposer dan penulis lirik di samping beberapa nama lain seperti Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham. Sesuai dengan kekuatan vokalnya, ‘Ku Bersuara’ merupakan sebuah lagu berkonsep ‘power ballad’ yang mampu menyerlahkan lontaran suara Ernie yang hebat.

Ia disampaikan dengan begitu baik dan dijangka bakal berbekas di hati peminat muzik serantau.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd., “ Nama Ernie Zakri bukan asing lagi di arena muzik Malaysia. Kekuatan vokalnya mampu menambat hati semua pencinta muzik. Jadi kami dari label Rocketfuel tidak ragu-ragu untuk Ernie menyanyikan lagu berentak ballad ini kerana yakin ini adalah kekuatan beliau. Diharapkan lagu ini akan dapat diterima ramai lebih lagi dengan adanya sentuhan muzik dari Syamel yang sentiasa menyokong rapat karier seni Ernie

Single ‘Ku Bersuara’ ini diterbitkan sepenuhnya oleh Rocketfuel Entertainment Sdn. Bhd. dan bakal menemui peminat-peminat di corong-corong radio seluruh Malaysia tidak lama lagi bermula dari 7 Disember 2018. Selain itu, muzik video rasmi ‘Ku Bersuara’ juga akan mula berada di saluran YouTube Rocketfuel Network tidak lama lagi.

Lagu ini juga boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *