(HIBURAN) Festival Filem Malaysia ke 25 di PWTC 30 Disember ini

Spread the love

 

Desas desus mengenai Festival Filem Malaysia (FFM) ke 25 tahun ini terjawab apabila pihak penganjur, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) telah menetapkan 30 Disember ini sebagai malam kemuncak bagi FFM Ke-25 yang mengiktiraf filem- filem terbaik tanah air.

Ketua Pengarah FINAS, Mohd Naguib Razak berkata, majlis penganugerahan yang mengiktiraf karya filem anak seni tempatan itu akan dianjurkan oleh FINAS dengan kerjasama Penerbit Filem Malaysia (PFM).
Malam kemuncak anugerah ini akan disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dengan tema “Merayakan Perak, Mengilhamkan Emas”.
“FFM Ke-25 ini akan berlangsung bermula 26 Disember dan 30 Disember merupakan malam kemuncak kepada acara ini, dimana tayangan filem yang dicalonkan akan dipertontonkan kepada para hadirin sebelum pemenang anugerah diumumkan.

“FFM ini dianggap acara yang penting kerana, ia akan memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada filem-filem terbaik yang telah dihasilkan oleh penerbit tanah air,” katanya pada sidang media FFM Ke-25 Di Hotel Intercontinental di sini, hari ini.
Turut hadir sama pada sesi sidang media tersebut ialah, pengarah terkenal tanah air yang juga merupakan Timbalan Presiden PFM, Datuk Yusof Haslam serta wakil daripada PFM, Panchacharam P. Nalliah.
artikel dan gambar : KLpost

Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *