(HIBURAN) FILEM MALAYSIA ‘THE EXPERTS’ TARIK TUMPUAN DUNIA, DITAYANGKAN DI FESTIVAL FILEM ANTARABANGSA SHANGHAI 2024

Spread the love

14 Jun 2024, Kuala Lumpur – Filem aksi terbaru dari Malaysia terbitan Astro Shaw dengan kerjasama ZAK Capital dan TGV Pictures, The Experts melakar pencapaian membanggakan apabila dipilih untuk tayangan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) yang bermula hari ini sehingga 23 Jun. Diletakkan di bawah segmen ‘The Belt and Road Film Week’, filem itu bakal ditayangkan di beberapa lokasi termasuk di Shanghai, Nanjing, Suzhou, Hangzhou, Ningbo dan Hefei, China.

The Experts menjadi antara filem pilihan untuk segmen tersebut, sebaris dengan filem-filem dari luar antaranya Sima’s Unfinished Narration dari Iran, Pictures of Ghost dari Brazil, Matryoshka dari Jerman, Children of the Sea dari Jepun dan Nasty dari Itali.

Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) merupakan salah satu festival filem terbesar dan paling berprestij di Asia Timur. Mula diperkenalkan pada 1993 dan ia diadakan setiap tahun di Shanghai, SIFF menayangkan pelbagai filem dari seluruh dunia, termasuk filem cereka, dokumentari, dan filem pendek. Festival ini terkenal dengan beberapa segmen menarik, seperti Anugerah Golden Goblet dan Anugerah Bakat Baru Asia, di mana ia mengiktiraf pencapaian cemerlang sinema global.

Menurut Penerbit Eksekutif The Experts dan juga Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Kami rasa berbesar hati dan teruja untuk mempersembahkan filem The Experts yang mewakili Malaysia di pentas berprestij seperti Shanghai International Film Festival. Pencapaian ini mengukuhkan maklum balas penonton sebelum ini yang merasakan The Experts memiliki kualiti produksi yang tinggi dengan jalan cerita universal. Peluang sebegini pastinya menjadi pemangkin buat kami serta pengkarya seni tanah air untuk terus mempersembahkan naskhah-naskhah hebat dari Malaysia kepada penonton di seluruh dunia.”

Terdahulu penonton tempatan berkongsi respon positif serta memuji kualiti produksi The Experts dan menyamakan dengan filem-filem besar antarabangsa selepas menonton.

Antara komen adalah, dari @SyuhadaNordin “Siapa yang suka tengok Money Heist tu, korang kena tengok The Experts, sumpah level international movie” ; @AlifKelana “Bagi saya filem ini betul-betul level Hollywood. Kalau siapa pernah tengok filem ’Ocean Eleven’ lebih kurang jalan ceritanya, Cuma ini di Malaysia”; @aniqhamka “Local movie but level international 5/5 for The Experts movie”; @Kwong_13 “The Experts movie ni memang lokal movie yang berkuliti sebagai international movie”; @DuniaWayang “Done tengok filem The Experts, filem yang ada vibes Hollywood seperti James Bond dan Mission Impossible dan filem Hong Kong”.

Filem The Experts lakonan mantap Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin dan ramai lagi masih ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. ‘The Experts’ mengisahkan sebuah keluarga lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga.

Gunakan #TheExpertsMovie #BePartOfTheExperts #SatuRompakanTerbesar di media sosial anda. Ikuti perkembangan terbaru dan info-info menarik filem The Experts di akaun media sosial Astro Shaw menerusi platform Instagram, X, Facebook, TikTok dan YouTube.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *