(HIBURAN) Filem ‘Mar Rak’ Buah Tangan Terbaru Datuk T S Jeffry 

Spread the love

Malam Gala Tayangan Perdana Filem Mar Rak yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan yang diterbitkan oleh seorang pelakon dan pengarah yang tidak asing lagi namanya. Mempunyai pengalaman selama 33 tahun dalam industri seni tanah air Malaysia iaitu Datuk T S Jeffry, yang popular dengan filem dan drama arahan beliau antaranya Hantu Bukit Cina, Digarhayu, Halimah Jongang, Masak Lomak Cili Api, Awe keno Nikoh dan banyak lagi.

Filem terbitan PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN BHD yang bergenre suspense thriller mempamerkan warisan seni yang semakin dilupai iaitu mengenai cerita Menora Siam sekitar tahun 80an – 90an yang begitu popular di Pantai Timur terutama di Kelantan.  Cerita Menora Siam ini mengisahkan tentang percintaan heronya Krasem Pak Sintong berketurunan Siam dan heroinya,  penari Menora iaitu Rashidah.  

Untuk filem arahan beliau kali ini , Datuk T S Jeffry  mempertaruhkan penyanyi yang juga pendatang baru dalam bidang lakonan iaitu Kael dan Shatirah Amanda. Mereka  sebagai tunjang utama filem ini dan turut dibantu oleh pelakon lain iaitu Nina KSC, Dyvianna James, Dalip Singh, Aghonderan Sahadevan dan ramai lagi.

Keistimewaan filem Mar Rak ini menggunakan khidmat suara nyanyian dari empat pelakon utamanya iaitu Kael, Shatirah Amanda, Nina KSC dan Dyvianna James menyanyikan lagu tema filem ini. Lagu berjudul ‘Seru Cinta’ juga mendapat sentuhan lirik dari Datuk T S Jeffry sendiri manakala lagu dan musiknya oleh Kaber Bambu.

Pihak produksi PENTAS WAYANG PRODUCTION SDN BHD serta edaran METROWEALTH mengucapkan jutaan terima kasih dan menghargai sokongan penuh yang diberikan oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN DIGITAL (KKD) melalui PERBADANAN KEMAJUAN FILEM MALAYSIA (FINAS) atas DANA KANDUNGAN DIGITAL (DKD) yang telah dibelanjakan bagi memastikan filem ini berjaya dihasilkan seterusnya dapat menemui penonton di pawagam. 

Sedikit sinopsis tentang Filem Mar Rak, yang mengisahkan percintaan Krasem dan Rashidah yang terjalin secara rahsia kerana perbezaan agama dan bangsa. Dicemburui oleh Ai Ling kerana cintanya tidak dibalas, Krasem terpaksa menolak cinta Ai Ling kerana hatinya telah dimiliki oleh Rashidah.

Ai Ling yang sangat sayang kepada Krasem merasa amat kecewa kerana cintanya ditolak mulai  marah dan dendam sehingga sanggup menggunakan jampi mentera hikmat dari Mophi iaitu bomoh hantu bagi menjayakan hasratnya memiliki cinta Krasem.

Tuntutan Mophi seterusnya untuk mendapatkan nyawa diganti dengan minyak pengasih telah disetujui Ai Ling, walaupun terpaksa melakukan perbuatan di luar batas kemanusiaan sematamata untuk mencapai impiannya.

Siapakah yang akan menjadi mangsa pembunuhan Ai Ling dan apakah pengakhirannya?

Pentas Wayang Production Sdn Bhd mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua media cetak dan media elektronik, bloggers, influencer, Tiktoker, Youtuber dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak untuk mempromosikan filem Mar Rak ini yang akan menemui penonton di seluruh pawagam pada 02.11.2023.

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *