Tag: Aghonderan Sahadevan

(HIBURAN) Filem ‘Mar Rak’ Buah Tangan Terbaru Datuk T S Jeffry 

Malam Gala Tayangan Perdana Filem Mar Rak yang dihasilkan khusus bagi memberi sokongan kepada filem tempatan yang diterbitkan oleh seorang pelakon dan pengarah yang tidak asing lagi namanya. Mempunyai pengalaman selama 33 tahun dalam industri seni tanah air Malaysia iaitu Datuk T S Jeffry, yang popular dengan filem dan drama arahan beliau antaranya Hantu Bukit Cina, Digarhayu, Halimah Jongang, Masak Lomak Cili Api, Awe keno Nikoh dan banyak lagi. Read more →

(HIBURAN) ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN DRAMA PREMIUM DIINSPIRASIKAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU DI MALAYSIA, ‘ONE CENT THIEF’

Kuala Lumpur, 4 Oktober 2022 – Astro Originals mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan.  One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah  menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar. Read more →