(HIBURAN) Filem “Papadom 2”

Spread the love

Papadom 2cropsmall

Sinopsis Papadom 2

Papadom 2 masih lagi berkisar mengenai perhubungan dua beranak iaitu Saadom dan Mia. Berbeza kali ini apabila Mia telahpun menamatkan pengajiannya di universiti dan kini bekerja di salah sebuah syarikat produksi di Kuala Lumpur. Saadom pula masih mengusahakan restoran nasi kandarnya di Pulau Pinang.

PAPADOM 2small

Saadom yang bersendirian di Pulau Pinang mula merasakan hidupnya kosong kerana Mia terlalu sibuk bekerja sehingga jarang pulang ke kampung dan menghubunginya. Saadom cuba menghubungi Mia untuk melepaskan rindu tetapi panggilannya tidak berjawab. Hanya suara Mia dari peti pesanan suara dapat mengurangkan sedikit kerinduannya terhadap Mia. Saadom turut mengumpul keratan-keratan akhbar mengenai kejayaan Mia dan dinding-dinding di rumahnya penuh dengan gantungan keratan-keratan akbar yang telah dibingkaikannya.

Rakan-rakan Saadom yang singgah melawat di restoran turut bertanya mengenai perkembangan Mia di Kuala Lumpur kepada Saadom. Kerinduaan Saadom semakin memuncak terhadap anak kesayangannya itu apabila melihat anak-anak rakannya masih lagi melepak dan meluangkan masa bersama mereka. Saadom mula merasa sedikit kesal kerana membiarkan Mia bebas berseorangan di Kuala Lumpur tanpa jagaannya.

Suatu hari, Saadom mengambil keputusan datang ke Kuala Lumpur untuk membuat kejutan kepada Mia dan semasa berjumpa dengan Mia, Saadom mendapati anak kesayangannya itu sedang menangis teresak-esak. Saadom memeluk anaknya dan bertanya apa yang telah berlaku kepada Mia dan Mia memberitahu kepada bapanya yang dia telah bergaduh dengan kekasihnya. Saadom cuba untuk mencampuri urusan percintaan anaknya itu tetapi dihalang Mia. Saadom turut bertanya kepada Mia siapakah kekasih hati anaknya itu tetapi Mia tidak mahu memberitahu kerana dia masih belum bersedia untuk memperkenalkan kekasihnya kepada Saadom. Mia memberitahu Saadom lelaki ini yang bakal dikahwininya nanti.

Sebagai seorang bapa yang sangat menyayangi dan melindungi anaknya, Saadom mula menyiasat siapakah lelaki yang kini berada di hati anaknya. Saadom mendapati terdapat 3 orang lelaki yang agak rapat dan kerap menghubungi anaknya. Salah seorang dari lelaki ini bekerja sebagai eksekutif yang berjaya, seorang lagi penerbit filem dan seorang lagi pelakon popular. Saadom cuba untuk berkenalan dan menjadi kawan kepada tiga orang lelaki yang disangka berkemungkinan mempunyai hubungan dengan Mia. Saadom turut menyamar untuk menyiasat aktiviti social 3 orang lelaki ini. Setelah membuat kesimpulan dan hipotesisnya sendiri mengenai lelaki yang paling sesuai untuk anaknya, Saadom bersiap sedia untuk memberitahu Mia.

Suatu hari semasa Saadom mahu memberitahu Mia lelaki yang sesuai dengan anaknya itu, Mia telah memberikannya kejutan dengan membawa kekasih hatinya berjumpa dengan Saadom. Saadom sangat terkejut kerana lelaki yang diperkenalkan kepadanya bukanlah salah seorang daripada tiga orang lelaki yang disiasatnya dan disangkakan kekasih Mia sebelum ini. Lelaki itu bukan sahaja kelihatan terlalu jauh beza umurnya dengan Mia malah merupakan seorang duda yang mempunayi seorang anak dan Saadom terasa sedikit kecewa dengan pilihan Mia.

Saadom kembali menyamar dan menyiasat latar belakang kekasih hati Mia. Satu hari semasa dia mengekori lelaki itu ke rumah, dia mendapati terdapat seorang gadis muda di rumah itu menyambut kepulangan kekasih Mia dengan sangat mesra. Saadom membuat kesimpulannya sendiri bahawa kekasih Mia tidak boleh dipercayai dan hanya memperalatkan perempuan muda untuk melempiaskan nafsunya. Saadom cuba memberitahu dan meyakinkan Mia mengenai perilaku kekasih Mia. Mia mulanya tidak mahu mempercayai kata-kata bapanya tetap akur dan berpisah dengan kekasihnya walaupu dia sangat sedih dan tidak sanggup melepaskan kekasih hatinya itu.

Kekasih Mia datang berjumpa dengan Saadom menjelaskan perkara sebenar kepadanya dan menerangkan perasaan sebenarnya kepada Mia. Saadom tersedar akan kesilapannya dan mula mencari jalan untuk dan menyatukan kembali anaknya dengan lelaki itu.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *