(HIBURAN) HAVOC manifestasi segar Joe Flizzow

Spread the love

IMG_3475cropgmo

7 DISEMBER 2013 – Bertempat di LUST KL, telah berlangsungnya pelancaran dan mini showcase album terbaru Joe Flizzow yang berjudul “HAVOC”. Setelah agak lama tidak muncul dengan album baru, Joe Flizzow telah membuat kejutan dengan menerbitkan album penuh Bahasa Malaysia pertama buat tatapan peminat setia beliau. HAVOC merupakan kesinambungan yang amat dinantikan kepada album President yang dilancarkan pada tahun 2009 lalu.

HAVOC 1small

Album ini memuatkan 14 buah lagu yang kesemuanya dengan sentuhan luar biasa oleh SonaOne, Syaheed, Ajai, DJ Biggie dan Yasin. Album HAVOC menetengahkan beberapa kolaborasi mantap  paduan suara Joe Flizzow dengan beberapa penyanyi terkemuka antaranya lagu duet dengan lagenda tanahair, Amy Search dan Yasin dalam lagu ‘Takbir Cinta’ dan paduan suara dengan penyanyi terkenal Indonesia, Rossa dalam lagu ‘Katakan’.

HAVOC 2small

Penerima anugerah The Ultimate Shout! Award 2013 ini menjelaskan bahawa idea album penuh Bahasa Malaysia tercetus ketika beliau mencipta lagu untuk penyanyi anak didik beliau iaitu ILA DAMIAA.  Tambah Joe Flizzow lagi, album ini lebih bersifat agak peribadi kerana majoriti lagu yang dihasilkan di dalam album ini dirakam di studio peribadinya di rumah. Beliau juga agak bangga dengan sokongan para peminat kerana sanggup menjadikan “HAVOC” menjadi satu trend yang “viral” melalui kaedah “reshouting” dan “retweet “ juga amat berterima kasih kepada para penaja terutamanya yang menjadikan bas HOP-ON sebagai satu medium promosi  yang hebat untuk memperkenalkan album HAVOC beliau.

Joe-Flizzow-HavocAlbumCoverSMALLgmo

01. Ucapan Terakhir Presiden

02. Iller-Iller

03. Havoc feat. Altimet & SonaOne

04. Untukmu feat. Ila Damiaa

05. Baek

06. Satu Kali

07. Lu Lari feat. Adeep Nahar

08. Kongsi

09. Aku Tak Kenalmu feat. Zamaera

10. Apa Khabar feat. SonaOne

11. Air Mata feat. Ash

12. Katakan feat. Rossa

13. Apa Benar

14. Takbir Cinta feat. Yasin & Amy Search


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *