(HIBURAN) Filem PETTA Pecah Panggung Pada Tayangan Hari Pertama

Spread the love

Filem PETTA telah berjaya mencecah kutipan yang membanggakan dibeberapa buah negara pada hari pertama tayangannya. Filem lakonan pelakon sensasi Tamil iaitu Rajinikanth, yang terkenal dengan histrioniknya bergandingan dengan pengarah Karthik Subbaraj. Filem drama aksi ini  telah berjaya mengagumkan semua peminat filem Tamil di pasaran India dan antarabangsa. Untuk pasaran US, filem ini mengutip hampir US$502k dalam masa 2 hari tayangan.

Superstar Rajinikanth merupakan legenda filem Tamil yang tersohor di mata dunia, telah berlakon dalam 161 filem termasuklah filem bertajuk “Petta” yang akan dikeluarkan pada 10hb Januari 2019 di seluruh dunia sempena sambutan perayaan Ponggal. Filem “Petta” merupakan filem aksi berbahasa Tamil yang ditulis dan diarahkan oleh Karthik Subbaraj dan dihasilkan oleh Kalanithi Maran (Sun Pictures). Filem ini dibintangi oleh Rajinikanth dengan pelakon-pelakon yang lain termasuk Vijay Sethupathi, Simran, Trisha, M. Sasikumar, Nawazuddin Siddiqui, Bobby Simha, J. Mahendran dan Guru Somasundaram. Lagu-lagu di dalam filem ini dikarang oleh Anirudh Ravichander

Rajinikanth mempunyai kadar peminat yang tinggi di seluruh dunia, termasuk negara kita Malaysia dimana peminatnya tidak mengira agama, bangsa dan budaya yang turut menunjukkan sambutan luar biasa dalam setiap filem yang beliau dibintangi. Beliau merupakan bintang filem yang mempunyai kadar peminat yang tinggi di Asia: Selepas kedudukan Jackie Chan, Superstar Rajinikanth merupakan orang kedua dalam mempunyai peminat yang tinggi di seluruh dunia.

Rajinikanth bukan sahaja seorang bintang filem, malah beliau juga merupakan ikon yang ramai dicontohi. Beliau sentiasa mempercayai kepada sikap kesederhanaan yang mengekalkan profil rendah. Beliau merupakan insan yang suka menghulurkan bantuan kepada orang yang tidak berkemampuan yang sanggup melakukan kerja-kerja amal. Beliau mempunyai perikatan yang begitu baik dengan tanah air kita, Malaysia dimana beliau tinggal di Malaysia selama 2 bulan semasa penggambaran filem Kabali.

Pihak Galaksi Media Online, telah diberi peluang untuk menonton filem Tamil ini bertempat diGSC MyTown, Kuala Lumpur sempena majlis SUCCESS CELEBRATION & SPECIAL SCREENING OF PETTA pada 12 Januari 2019 yang lalu.

Filem ini diedarkan oleh Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. Yang merupakan sebuah syarikat hartanah, produksi perfileman, perniagaan import dan eksport, pengurup wang serta beberapa lagi perniagaan. Syarikat Malik Streams Corporation Sdn. Bhd. di bawah kepimpinan Ybhg Dato’ Abdul Malik bin Dasthigeer merupakan syarikat produksi perfileman hindi dan tamil yang terbesar di Malaysia dan telah berjaya membawa masuk beberapa filem hindi dan tamil  ‘box office’ ke dalam Negara

Syarikat Malik Streams Corporation Sdn Bhd, pemegang hak pengedaran filem “Petta” merupakan syarikat Malaysia yang pertama yang memiliki hak distribusi antarabangsa tersebut, syarikat menyasarkan kutipan sebanyak RM30 juta dan menjangkakan Petta catat kedudukan pertama Box Office Malaysia serta dengan  22 negara lagi dengan tayangan filem hebat “Petta” ini.

Sinopsis Ringkas

Kaali, warden asrama, adalah keperibadian yang bahagia dan ceria yang disayangi oleh semua orang. Gaya dan karismanya membuat orang sekeliling terpesona dengannya. Dia memelihara hubungan yang indah dengan semua orang dan juga mempunyai semangat romantik yang diterapkan di dalam hidupnya. Semua nampak baik tetapi ada sesuatu yang terselindung. Aura aneh misteri mengelilingi Kaali yang mempunyai beberapa kejutan yang tersimpan di dalam hatinya untuk semua orang. Dan tidak lama kemudian, permainan bermula. Nantikan apa yang berlaku kepada Kaali dan keluarganya…..

Bahasa : Bahasa Tamil

Sarikata : Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris
Genre : Aksi / Romantis

Tarikh Tayangan: 10 Januari 2019
Durasi: 172 minit
Edaran: Malik Streams Corporation Sdn Bhd
Pelakon: Rajinikanth, Vijay Sethupathi, Simran, Trisha Krishnan, M.Sasikumar, Nawazuddin Siddiqui, Bobby Simha

Antara faktor anda wajib menonton filem ini adalah seperti berikut:

#Sarat elemen kekeluargaan dan romantis

#Jalan cerita yang tidak membosankan

#Sinematografi yang terbaik

#Aksi yang berterusan

#Elemen suspen yang sentiasa mengejutkan

#Yang paling penting lagak superstar Rajinikanth

Rekomendasi Filem : 4/5 Bintang


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *