“Angin Kencang” yang bertiup sepanjang setahun lalu, membawa semilir laksana petunjuk bahawa Indie Band popular Malaysia, Hujan sudah berpecah. “Mana Mungkin” “Obsesi” lima anak muda terhadap genre muzik alternatif berkubur begitu sahaja.
Setahun menghilangkan diri, setiap dari mereka ibarat “Lonely Soldier Boy”, membawa haluan masing-masing untuk “Mencari Konklusi”. Dan hari ini mereka lebih bersemangat dan teruja untuk membuat persembahan dihadapan peminat dan penyokong yang setia berdiri di belakang Hujan Band selama 10 tahun.
Hujan hari ini mengumumkan, tarikh 31 Oktober 2015, bertempat di KL Live, Life Centre bakal menjadi saksi ulangtahun bersejarah #HUJAN10TAHUN. 2015, genaplah 10 tahun usia penubuhan Hujan
Band yang terdiri daripada Noh (Vokalis), AG Coco (Gitar Utama), Izzat (Bass) dan Ambobzeela (Drum). Tidak ada apa yang lebih manis dan dinanti-nantikan bagi Raingers yang memulakan #HUJAN1OTAHUN di media sosial sebagai permintaan untuk merealisasikan Konsert #HUJAN10TAHUN.
Konsert selama 2 jam yang akan bermula jam 4 petang itu akan memperdengarkan lebih dari 20 buah lagu dari album 1,2,3 Go? (2006) hingga ke Sang Enemy (2012). Tiket hanya dijual secara online dan berharga RM53 (tidak termasuk yuran tiket sebanyak RM3).
Hotlink juga tidak melepaskan peluang sebagai Rakan Rasmi #HUJAN10TAHUN dengan mengaktifkan aplikasi Hotlink RED untuk layaran eksklusif, koleksi video dan gambar 10 tahun perjalanan Hujan serta single terbaru mereka.
foto kredit : www.senselessart.com