(HIBURAN) HYPPTV DAN DIGI BERKOLABORASI BAGI MEMBAWAKAN HYPPTV EVERYWHERE KEPADA PELANGGAN MUDAH ALIH

Spread the love

_MG_5311_lowres

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi HyppTV bersama-sama dengan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini mengumumkan kolaborasi kedua-dua pihak untuk menawarkan perkhidmatan aplikasi mudah alih HyppTV, HyppTV Everywhere, kepada para pelanggan Digi pada satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur. Dengan kerjasama ini, para pelanggan prabayar dan pasca bayar Digi kini boleh menikmati kandungan-kandungan menarik di HyppTV melalui peranti mudah alih mereka dan membayar untuk langganan tersebut melalui bil Digi mereka selain pilihan pembayaran lain. Lima (5) pakej istimewa tersebut adalah ‘Entertainment Package’, ‘Sensasi Package’, Dragon Package’, Kids Package dan ‘Sports Package’.

Kerjasama ini telah dirasmikan oleh Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM bersama Christian Thrane, Ketua Pegawai Pemasaran Digi pada satu acara yang diadakan di Paradigm Mall, Kelana Jaya. Turut hadir pada majlis tersebut adalah pengarah dan barisan selebriti daripada drama bersiri terbaru HyppTV, ‘BIB’ iaitu Shah Iskandar, Ika Nabila dan Reza Hasbi, yang turut bersama dalam sesi bertemu peminat dan menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang diadakan.

Jeremy berkata, “Kami amat berbesar hati kerana berpeluang untuk melakar satu lagi kejayaan apabila dapat bekerjasama dengan Digi bagi perkhidmatan aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere kami. HyppTV telah bertapak sebagai penyedia perkhidmatan IPTV yang pernah memenangi anugerah dengan kandungan hiburan bertaraf antarabangsa dan kami berkedudukan baik untuk terus memperkembangkan dan memperluaskan penawaran kami kepada pelanggan melalui perkongsian unik bersama Digi ini.”

“Menerusi kolaborasi ini, kami mengukuhkan matlamat kami untuk menjadi peneraju perkhidmatan IPTV di Malaysia, dengan memenuhi kehendak pelanggan yang sentiasa berubah khususnya golongan pengguna mudah alih yang sentiasa mahukan kandungan di pelbagai peranti,” tambah beliau.

Sementara itu, Christian Thrane, berkata, “Kami amat gembira kerana dapat bekerjasama dengan TM bagi membawakan HyppTV Everywhere buat para pelanggan kami. Pada tahun lalu, penggunaan telefon mudah alih dalam kalangan pelanggan Digi yang seramai lebih 11 juta orang, telah menunjukkan peningkatan daripada 38.1% kepada 49.3% dan pelanggan Internet turut meningkat sebanyak 31% tahun ke tahun. Kita dapat lihat jumlah pelanggan yang melayari internet menerusi peranti pintar terus meningkat dan kandungan hiburan merupakan salah satu bahagian penting dalam pengalaman internet mereka. HyppTV Everywhere memberi kemudahan untuk kami menawarkan kandungan video yang menarik kepada para pelanggan.”

HyppTV Everywhere merupakan aplikasi mudah alih perkhidmatan IPTV TM yang telah memenangi anugerah iaitu HyppTV, di mana HyppTV boleh didapati melalui perkhidmatan UniFi dan Streamyx (4Mbps dan 8Mbps) dan menawarkan kandungan yang belum pernah ditonton serta saluran-saluran unik. Dengan HyppTV Everywhere, pelanggan boleh menikmati penawaran HyppTV menerusi sambungan jalur lebar berkelajuan 2Mbps atau lebih dan pelanggan boleh memuat turun aplikasi tersebut di Google Play Store untuk pengguna Android dan di Apple App Store bagi peranti iOS. Sebagai alternatifnya, pelanggan boleh menikmati perkhidmatan ini dengan melayari laman web HyppTV Everywhere di www.tm.com.my/hypptv/everywhere untuk versi Web TV. Ciri baru ini membolehkan pelanggan menggunakan peranti mudah alih mereka untuk menikmati saluran bertaraf antarabangsa secara eksklusif yang terdapat di HyppTV pada sebarang sambungan jalur lebar.

 

Pelanggan Digi dengan pelan mudah alih sedia ada tidak akan dikenakan sebarang caj data apabila menonton saluran HyppTV Everywhere kegemaran mereka bermula sekarang hingga 30 Jun 2015. Selain itu, pengguna kali pertama dari kalangan pelanggan Digi turut berpeluang menikmati percubaan secara percuma selama satu (1) minggu sepanjang tempoh yang sama dan pada penghujung tempoh percubaan tersebut, mereka mempunyai pilihan untuk melanggan saluran kegemaran mereka sama ada secara ala carte atau melanggani pakej-pakej HyppTV Everywhere pada harga istimewa secara eksklusif untuk pelanggan Digi dari serendah RM10 sebulan.

Pelanggan Digi dengan langganan minimum satu (1) pakej HyppTV Everywhere turut berpeluang untuk memenangi pengalaman eksklusif bersama pelakon Shah Iskandar. Pemenang berpeluang untuk memilih di antara pakej penerbangan, ATV/quad-biking, kelas masakan persendirian atau menjadi juruterbang selama sehari. Promosi bermula hari ini, 13 April 2015 dan akan berakhir pada 13 Mei 2015.

Antara saluran-saluran yang boleh dinikmati oleh pelanggan Digi termasuklah saluran percuma seperti Channel NewsAsia, Euronews dan Bloomberg TV serta saluran premium seperti Al Jazeera, MUTV, HyppSports HD, Discovery Kids, TVB8, Nick Jr, Warner TV, Comedy Central HD dan FOX Football Channel HD. Turut ditawarkan ialah saluran-saluran sukan dan filem dalam bentuk Video On Demand (VOD).

Sebagai promosi pengenalan, semua pelanggan Digi dapat menikmati pakej-pakej istimewa HyppTV Everywhere seperti berikut:

ENTERTAINMENT PACKAGE – 3 saluran untuk RM10 sebulan
Comedy Central HD Fashion TV HD
iConcerts HD
KIDS PACKAGE – 3 saluran untuk RM10 sebulan
HyppDino Discovery Kids
Nick Jr
DRAGON PACKAGE – 3 saluran untuk RM10 sebulan
SETI TVB8
NOW International
SENSASI PACKAGE – 3 saluran untuk RM10 sebulan
EC Inspirasi HyppSensasi
MNC International
SPORTS PACKAGE – 4 saluran untuk  RM15 sebulan
HyppSports HD HyppSports HD 2
HyppSports HD 3 HyppSports HD 4

Untuk maklumat lanjut mengenai HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv dan lawati laman media sosial HyppTV di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hyppworld (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmofficialtube (Youtube). Untuk senarai penuh saluran-saluran HyppTV dan senarai harga eksklusif untuk pelanggan Digi, layari http://digi.my/hypptv.

##End##


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *