Tag: Mudah-Alih

(SEMASA) Media Prima Labs Lancar Permainan Mudah Alih J Revolusi – Permainan 3D ‘First Person Shooter’ Berdasarkan Filem Yang Pertama di Malaysia Pamer Grafik Menarik

Kuala Lumpur, 17 Januari 2017 –  Media Prima Digital menerusi cabang digitalnya, Media Prima Labs sekali lagi berazam mahu mencetuskan fenomena tersendiri dalam pasaran permainan tempatan menerusi pelancaran aplikasi permainan mudah alih terbaru, J Revolusi. Kita telah melihat beberapa permainan dengan konsep tembak-menembak di Malaysia tetapi Media Prima Labs kali ini menawarkan pengalaman permainan ‘First Person Shooter’ dengan latar 3D yang canggih serta Misi Operasi Khas. Permainan J Revolusi penuh dengan aksi di mana ia merupakan permainan ‘FPS’ pertama di Malaysia yang diilhamkan berdasarkan filem. Pemain boleh memilih di antara karakter Eddie atau Jay yang bertugas di dalam Skuad Khas Elit Malaysia. Permainan mudah alih J Revolusi menterjemah ceritera filem J Revolusi ke dalam sebuah dunia yang penuh interaktif di mana para pemain berpeluang merasai sendiri pengalaman berada dalam skuad elit tersebut. Filem J Revolusi yang menjadi inspirasi permainan ini pula akan menemui penonton di seluruh pawagam tanahair 2 Mac 2017 ini. Read more →

(HIBURAN) HYPPTV DAN DIGI BERKOLABORASI BAGI MEMBAWAKAN HYPPTV EVERYWHERE KEPADA PELANGGAN MUDAH ALIH

_MG_5311_lowres

Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi HyppTV bersama-sama dengan Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini mengumumkan kolaborasi kedua-dua pihak untuk menawarkan perkhidmatan aplikasi mudah alih HyppTV, HyppTV Everywhere, kepada para pelanggan Digi pada satu majlis yang diadakan di Kuala Lumpur. Dengan kerjasama ini, para pelanggan prabayar dan pasca bayar Digi kini boleh menikmati kandungan-kandungan menarik di HyppTV melalui peranti mudah alih mereka dan membayar untuk langganan tersebut melalui bil Digi mereka selain pilihan pembayaran lain. Lima (5) pakej istimewa tersebut adalah ‘Entertainment Package’, ‘Sensasi Package’, Dragon Package’, Kids Package dan ‘Sports Package’. Read more →

(SEMASA) Kuasakan Telefon Mudah-Alih Anda Dengan XOX Season Pass

XOX-Mobile

XOX Mobile, salah sebuah operator talian telefon mudah alih yang tersenarai di dalam Bursa Malaysia hari ini melancarkan servis terbarunya, XOX Season Pass, perkhidmatan terbaru yang bakal merevolusikan penggunaan telefon mudah alih. Read more →