(HIBURAN) JERSEY BOYS kini BERSEDIA MENGGEGAR KUALA LUMPUR APRIL INI

Spread the love

Jun13 - a Finale  1

Kuala Lumpur akan mengalu-alukan satu daripada produksi Broadway yang paling berjaya dan memenangi pelbagai anugerah muzikal dalam sejarah , BOYS JERSEY , apabila fenomena muzikal ini bakal menggegarkan Auditorium Istana Budaya dari 15 hingga 27 April.  Pernah ditonton oleh lebih 18 juta orang di seluruh dunia , rakyat Malaysia serta peminat muzikal rantau ini pasti akan mengalami persembahan menggetarkan daripada era keemasan yang membawa kesemua ahli hebat kumpulan ini mencipta nama dalam dunia kemahsyuran  Rock and Roll menerusi pelbagai lagu –  BEGGIN’, CAN’T TAKE MY EYES OFF YOU, DECEMBER  1963 (OH WHAT A NIGHT), WALK LIKE A MAN, BYE BYE BABY (BABY GOODBYE), SHERRY, BIG GIRLS DON’T CRY  dan banyak lagi.

JERSEY BOYS, The Four Seasons sing _Sherry_

“Konsert Jersey Boys akan menampilkan lagu-lagu Frankie Valli dan The Four Seasons. Lagu-lagu tahun 1960-an ini sememangnya penuh nostalgia dan mempunyai kepentingannya buat Malaysia, kerana pada masa itulah Malaysia berkembang maju sebagai sebuah destinasi pelancongan yang baharu.  Persembahan ini pasti akan melengkapkan inisiatif bagi sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014,” kata Tony Nagamaiah, Pengurus Besar Malaysia Major Events.

Dianjurkan oleh Milestone Production Sdn Bhd, JERSEY BOYS menggambarkan kisah benar kehidupan dan lonjakan luar biasa hingga mencapai kemasyhuran  satu daripada kumpulan muzik yang paling berjaya dalam sejarah muzik pop  Amerika  – Frankie Valli and The Four Seasons – bagaimana sekumpulan remaja kolar biru  dari kawasan miskin mencipta nama hingga muncul sebagai satu daripada sensasi muzik  pop terkemuka Amerika sepanjang zaman. Selain memaparkan lagu-lagu pop Amerika yang  hit di seluruh dunia pada era 60-an, JERSEY BOYS  juga menampilkan kisah perjalanan penuh mengagumkan  The Four Seasons dari lorong-lorong kecil Newark , New Jersey  hinggalah ke Dunia Kemahsyuran Rock and Roll.  The Four Seasons : Frankie Valli , Bob Gaudio , Tommy DeVito dan Nick Massi menulis sendiri lagu-lagu  mereka, mencipta bunyian mereka sendiri dan menjual 175 juta rekod di seluruh dunia – semuanya sebelum mereka mencapai usia 30 tahun !

JERSEY BOYS , pemenang 54 anugerah utama termasuk Anugerah Grammy 2006 ® untuk Album Persembahan Muzikal Terbaik ,   Anugerah Olivier 2009  untuk Muzik Baharu Terbaik  dan pemenang Anugerah Tony  bagi Muzik Terbaik Broadway ®,  di London dan Australia bukanlah bagi persembahan penghormatan sebuah kumpulan tetapi bagi  persembahan Broadway  berskala penuh yang membawa penonton  hingga `ke balik tabir muzik itu’ untuk menceritakan kisah kumpulan ini menerusi perspektif setiap daripada empat ahlinya.  Jalan ceritanya menyusuri sebuah kisah mengenai persahabatan,  kesusahan , pergaduhan dan kejayaan yang terhasil daripada `jabat tangan’ New Jersey.  Persembahan ini  bermula di Broadway pada 2005 dan sejak itu, 3000 persembahan yang penuh dengan penonton MASIH diadakan.  JERSEY BOYS adalah persembahan ke-14 yang paling lama diadakan dalam sejarah Broadway ;  dengan melepasi rekod yang sebelum ini  dipegang oleh Hello, Dolly !

Watak The Four Seasons dibawa oleh Grant Almirall (Chicago, Evita, Jesus Christ Superstar) sebagai Frankie Valli; Daniel Buys (Boys in the Photograph, Mamma Mia!) sebagai Tommy DeVito; Kenneth Meyer (Boys in the Photograph, Evita, Jesus Christ Superstar)  sebagai Bob Gaudio dan bintang televisyen Emmanuel Castis (Scandal!, Isidingo, pemenang musim ke-4  Strictly Come Dancing) sebagai  Nick Massi dengan  Jaco van Rensburg (Showboat, Chicago, Grease) membawa watak  Frankie Valli dalam persembahan tertentu.  Tiga watak wanita utama yang dikenali sebagai  “Jersey Girls” pula dibawa oleh Carmen Pretorius (Footloose!, Mamma Mia, Cabaret), Taryn-Lee Hudson (Rocky Horror Picture Show, Kidz Rock, Let the Good Times Roll) dan Kirsten Murphy-Rossiter (Some Like it Vrot, Grease, M-Net’s Crimes Uncovered).

Menurut Grace Lee , Pengarah Urusan Milestone Production Sdn Bhd, ” Dalam usaha berterusan kami untuk memperkenalkan produksi teater terkemuka dunia dan produksi terbaik ke Malaysia,  kami bangga untuk membawa muzikal Broadway yang memenangi pelbagai anugerah ini ke negara kita.  Selain membawa persembahan bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia,  kami berharap ia juga akan membantu meningkatkan pelancongan negara kita.  Kami percaya rakyat Malaysia semakin menggemari persembahan  teater secara langsung dan adalah menjadi harapan kami bahawa dengan lebih banyak persembahan bertaraf dunia  seperti ini , Malaysia akan diiktiraf sebagai hab seni persembahan di rantau ini  yang sekaligus dapat melonjakkan lagi tarikan pelancongan negara kita.

” JERSEY BOYS adalah persembahan teater yang amat bertenaga dengan muzik yang sungguh luar biasa ! Rakyat Malaysia dan Peminat Muzik tidak perlu pergi jauh ke Broadway atau West End untuk menonton persembahan ini  kerana pesembahan di sini bakal menampilkan pengalaman yang  serupa.  Oleh itu,  tontonilah  fenomena antarabangsa ini yang membawa keunggulan Broadway. .. , “tambah Grace.

JERSEY BOYS ditulis oleh pemenang  Anugerah Akadem, Marshall Brickman dan Rick Elice dengan muzik dihasilkan oleh Bob Gaudio , dan liriknya ditulis oleh Bob Crewe . Ia diarahkan oleh  pemenang dua kali Anugerah Tony ®,  Des McAnuff dan koreografi disediakan  oleh Sergio Trujillo dengan arahan muzik , susunan vokal dan muzik iringan oleh Ron Melrose .  Pasukan reka bentuk produksi ialah Klara Zieglerova, Pereka Hiasan Latar;  Jess Goldstein, Pereka Kostum;  Howell Binkley,  Pereka Pencahayaan;  Steve Orich, Pemimpin Orkestra dan Michael Clark,  Pereka Penayangan.

Dalam usaha untuk membawa sensasi Broadway  yang diiktiraf antarabangsa ini ke Malaysia , Milestone Production berasa bangga dapat menjalinkan kerjasama dengan Connoisseur Lifestyle (Malaysia) Sdn Bhd,  Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB),  Tourism Malaysia dan  Lembaga Tahun Melawat Malaysia  2014  di bawah Kenenterian Pelancongan dan Kebudayaan , Istana Budaya dan  Vistana Kuala Lumpur Titiwangsa yang menempatkan barisan pelakon dan krew.  “Sokongan padu daripada para penaja kami bagi mementaskan JERSEY  BOYS di Malaysia  memberikan peluang kepada rakyat Malaysia dan pencinta muzik di rantau ini untuk menonton satu daripada produksi Broadway yang paling hebat di sini,  di Asia Tenggara, ” kata Grace.

 

 

 

MAKLUMAT JUALAN TIKET

Tiket kini boleh didapati di semua saluran Ticket Charge.  Harga tiket adalah dari RM200 – RM680 setiap tiket. Untuk maklumat lanjut mengenai jualan tiket, sila layari www.ticketcharge.com.my .

MAKLUMAT PERSEMBAHAN

www.milestone – entertainment.com

https://www.facebook.com/jerseyboys.malaysia

DISKAUN PEMBELI AWAL

Ticket Charge  kini menawarkan Diskaun Pembeli Awal sebanyak 15%  dari 28 Feb 2014 hingga 16 Mac 2014


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *