JOOX, aplikasi penstriman muzik percuma untuk semua jenis telefon pintar, kini semakin maju sebagai salah satu daripada aplikasi yang paling pesat berkembang di pasaran. Walaupun ia hanya baru dilancarkan pada bulan Julai 2015, aplikasi muzik ini telah menduduki carta teratas dalam kategori muzik percuma Play Store Google dan App Store iOS Malaysia berkat tawaran unik berkaitan penstriman muzik.
Mengubah cara pengguna menikmati muzik, JOOX menawarkan kepada pangkalan peminatnya satu kaedah unik dalam penstriman muzik percuma. Ia menghubungkan penggemar muzik dengan trend, isu serta budaya terkini melalui senarai audio video terpilih dalam usaha untuk menawarkan kandungan tersetempat yang relevan dan dekat di hati warga Malaysia.
Selain daripada ciri-cirinya yang sememangnya menarik, JOOX juga merupakan satu aplikasi yang memahami keinginan para pengguna. Perkhidmatan penstriman yang sentiasa berevolusi ini amat peka dengan permintaan pangkalan pelanggannya dan sentiasa berusaha ke arah membawa pengalaman baru kepada para pengguna.
“Di JOOX, kami juga merupakan penggemar muzik dan kami sentiasa berusaha untuk memenuhi keinginan pengguna dapat menikmati pengalaman bertaraf dunia dengan sentuhan tempatan. Oleh itu, kami amat memberatkan pilihan, ‘interface’ serta cara mereka menikmati muzik kegemaran mereka,” kata Poshu Yeung, Timbalan Presiden Perniagaan Antarabangsa di Tencent, iaitu syarikat di sebalik aplikasi penstriman muzik percuma, JOOX.
Memperkenalkan ciri-ciri baru yang digarap daripada maklumbalas para konsumer, JOOX baru-baru ini menambah faset berwawasan yang membawa konsumer lebih dekat kepada keinginan mereka sewaktu mendengar muzik.
Menepati matlamat personalisasi, JOOX kini bukan hanya memberikan penstriman muzik daripada pemuzik antarabangsa dan tempatan selama berjam-jam, malah ia turut membolehkan ‘audiophile’ untuk membentukkan medan muzik mereka dengan lebih lanjut.
Berdasarkan rekod prestasi dalam menerajui aplikasi sosial mudahalih yang mesra pengguna, ‘interface’JOOX yang ringkas dan anggun kini dipertingkatkan dengan tema tambahan yang telah ditambahkan ke dalam galeri. Rangkaian pilihan ini membolehkan para pengguna untuk membentukkan penampilan koleksi muzik mereka dengan pelbagai skim warna dan grafik yang menepati pilihan muzik dan suasana mereka.
Satu lagi ciri unggul yang telah ditambahkan ke dalam aplikasi ini telah direka khas bagi mereka yang sering tertidur sambil melayan senarai audio video peribadi mereka. Menerapkan fungsi pemasa tidur yang canggih, aplikasi ini membolehkan pengguna JOOX untuk tidur sambil mendengar muzik kegemaran mereka tanpa perlu memadamkannya sebelum tidur. Pasukan di JOOX terus menambahkan ciri ini selepas menerima maklumbalas daripada pelanggan yang mencadangkannya sebagai satu fungsi canggih kerana ia menawarkan kebebasan sepenuhnya serta peralihan lancar kepada penggemar muzik.
Bonus-bonus tambahan juga telah diintegrasikan ke dalam aplikasi ini bagi memudahkan pengguna untuk menemukan tugasan baru dan mendapatkan anugerah di bawah tab ‘Akaun Saya’. Membentuk dan Mengatur ‘Senarai Audio Video Saya’ kini lebih mudah dengan menggunakan fungsi mengetik dan seret untuk menambah dan mengatur semula lagu-lagu.
Kategori senarai audio video yang ditentukan serta direka khas melalui JOOX juga merupakan satu lagi ciri yang membuktikan bahawa JOOX adalah satu aplikasi yang memahami keperluan pengguna. Daripada runut bunyi filem ke lagu-lagu untuk lamaran kahwin dan dodoi bayi, muzik untuk pelbagai acara dan suasana boleh ditemui dengan mudah dalam senarai audio video JOOX.
Bagi penggemar karaoke yang pemalu, lirik turut disediakan dengan setiap lagu yang dimainkan.
Akhir sekali, JOOX telah memberikan pengguna keupayaan untuk menyimpan dan memuat turun lagu mereka ke dalam kad SD. Keupayaan tambahan ini memberikan para pengguna akses tambahan kepada lagu-lagu yang digemari, suatu kapasiti yang dipertingkatkan untuk mendengar muzik mereka serta ketenangan minda kerana ia tidak lagi akan menggunakan ruang penstoran dalaman yang berharga dan terhad di dalam telefon.
Dengan fungsi muzik yang bergaya, interaktif dan sentiasa berubah, JOOX sentiasa menetapkan tanda aras dalam menyampaikan hiburan muzik berkualiti tinggi kepada para pengguna pada bila-bila masa, di mana sahaja dan melalui sebarang peranti.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai JOOX, sila layari http://www.joox.com/