(SEMASA) Jabra Lancar SPEAK 810 – Jabra perluas rangkaian produk SPEAK dengan mempertingkat kaedah panggilan ketika bersidang dan memudahkan kolaborasi

Spread the love

Speak_810_meeting_button

Malaysia, 13 Oktober 2015 – Pakar pengeluar teknologi komunikasi dan audio terkemuka, Jabra hari ini mengumumkan pelancaran produk terkini daripada rangkaian SPEAK terkenal, Jabra SPEAK 810. Produk terkini ini direka khas untuk menangani masalah yang membantutkan kolaborasi teknologi yang berkesan dan cabaran lain. Antaranya termasuk isu pemasangan, sambungan pada platform dan kualiti audio yang teruk dan sekali gus memberi kesan pada produktiviti serta keberkesanan sewaktu mesyuarat berlangsung.

Jabra_Speak_810_white_laptop

Buat julung kalinya, Jabra SPEAK 810 menawarkan pengalaman baharu menggunakan fon pembesar suara mudah pasang dan guna yang dilengkapi kualiti audio terbaik untuk mesyuarat atau kegunaan di bilik persidangan besar. Yang pasti, Jabra SPEAK 810 menjadi pelengkap kepada pengalaman peribadi yang ditawarkan oleh produk SPEAK 410 dan 510 bersaiz kecil dan mudah alih.  Hadir dengan pelbagai sambungan berbilang, Jabra SPEAK 810 mudah digunakan dengan semua jenis peranti pintar dan disepadukan dengan lancar menerusi semua platform komunikasi. Ini sekali gus menyingkirkan keperluan untuk memiliki kemudahan dial pad dan agak mencabar kaedah persidangan yang menggunakan perkakasan tradisional.

Direka khas untuk memenuhi keperluan persekitaran tempat kerja golongan pekerja pengetahuan, Jabra SPEAK 810 bukan sekadar menyingkatkan dan mempertingkatkan tempoh mesyuarat malah mampu mengatasi segala cabaran berhubung kolaborasi serta penggunaan teknologi di tempat kerja. Produk ini berupaya mengubah apa jua lokasi menjadi sebuah bilik persidangan yang produktif. Hanya dengan Bluetooth® berteknologi tinggi, kabel USB bersepadu yang boleh disambung pada mana-mana PC, atau bicu 3.5mm untuk kegunaan talet atau telefon pintar dan mesyuarat anda boleh bermula serta-merta!

Jabra_Speak_810_Black

Penyepaduan menerusi semua platform komunikasi juga memudahkan penggunaan produk ini tanpa memerlukan sebarang alamat IP, selain kehadiran port USB luaran bagi membantu mengecas tablet atau peranti mudah alih sewaktu perbualan berlangsung.

“Microsoft terus bekerjasama dengan Jabra bagi memastikan produk yang dihasilkan adalah betul-betul serasi dan sesuai dengan platform Microsoft Skype for Business. Contoh terbaik daripada kolaborasi ini adalah Jabra SPEAK 810,” kata Pengurus Besar Microsoft Skype for Business, Giovanni Mezgez.

Mengutamakan aspek-aspek penting

Kini, satu pertiga daripada komunikasi persidangan tertangguh ekoran masalah pemasangan yang berkaitan dengan kelancaran sambungan dan fon pembesar suara. Malah, 15 peratus daripada permulaan sesuatu mesyuarat juga tergendala dan biasanya ini berpunca daripada kualiti bunyi yang tidak memuaskan*.

Jabra SPEAK 810 adalah penyelesaian audio pintar yang mewarisi kehebatan produk audio pejabat Jabra dan dilengkapi sistem diagnosis masalah telinga serta teknologi penjagaan kesihatan pendengaran. Produk ini memudahkan perbualan/panggilan dibuat ketika persidangan berlangsung di bilik mesyuarat seluas 100 meter persegi dan dipenuhi sekurang-kurangnya 15 orang sebilik. Hasilnya, kualiti panggilan lebih jelas tanpa gangguan bunyi latar yang bising.

Fon pembesar suara yang mudah dipasang dan digunakan pula menawarkan pembesar suara berkualiti tinggi dan dilengkapi teknologi unik Jabra pertama di pasaran, ZoomTalkTM. ZoomTalkTM merupakan mikrofon pintar berarah yang hanya memberi tumpuan kepada suara manusia, sekali gus membolehkan anda mendengar dengan jelas dan tertumpu. ZoomTalkTM penting untuk membantu anda mengecapi tahap produktiviti dan fleksibiliti agar intipati mesyuarat disampaikan dengan jelas, mampu mengetengahkan suara manusia dengan menapis gangguan bunyi bising di dalam bilik ketika panggilan dibuat.

Selain itu, SPEAK 810 turut memaksimakan pelaburan perniagaan menerusi Unified Communications (UC). Memandangkan bilangan organisasi yang melabur ke atas UC kian meningkat bagi memudahkan kerjasama dan menyokong trend mobiliti yang kian popular, kehadiran peranti seperti SPEAK 810 membolehkan perniagaan memaksima serta menyegerakan pelaburan tersebut. Hal ini nyata berguna bagi mereka yang baru menggunakan UC atau telah dilengkapi infrastruktur yang kukuh.

Ketua Unit Penyelesaian Perniagaan Jabra, Holger Reisinger berkata, “Kebanyakan organisasi kini memberi perhatian serius kepada usaha untuk mewujudkan budaya serta persekitaran tempat kerja yang lebih berdaya saing. Hasilnya, persekitaran tempat kerja kini telah berubah dan bersifat lebih dinamik, mendesak dan dilengkapi kemudahan teknologi. Cara kerja baharu juga telah mewujudkan fleksibiliti tambahan kepada tempat, waktu dan pelaksaan sesuatu kerja. Namun, produktiviti kerja perlu diutamakan untuk mengecapi kejayaan dalam apa jua perniagaan. Begitu juga dengan kepentingan kerjasama serta tumpuan yang berkesan.”

Rangkaian Produk SPEAK

Jabra memiliki legasi kukuh dalam menghasilkan peranti kolaborasi yang mudah digunakan untuk persekitaran tempat kerja hari ini, selain menguasai pasaran fon pembesar suara. Kini, rangkaian produk Jabra SPEAK telah menerajui pasaran USB fon pembesar suara atas meja. Berdasarkan analisis pasaran, pasaran fon pembesar suara ini dijangka mengalami pertumbuhan mendadak dalam masa terdekat. Usaha Jabra dalam aspek ini nyata telah membuahkan hasil dengan jualan lebih sejuta peranti rangkaian Jabra SPEAK setakat hari ini.

Presiden Jabra Asia Pacific Japan, Mark Leigh berkata, “Kejayaan rangkaian produk SPEAK adalah bukti kredibiliti dan kepakaran Jabra dalam menawarkan produk/penyelesaian audio serta benar-benar memahami cabaran yang dihadapi di tempat kerja. Jabra bukan setakat memahami, malah komited untuk mempertingkatkan peranan produk audio bagi mengecapi kerjasama dan tumpuan efektif, selain mendorong produktiviti ketika mesyuarat berlangsung tanpa sebarang kekangan lokasi.”

Ciri-ciri utama

  • Mikrofon ZoomTalk mudah suai dengan jarak 5m/15 kaki (15 orang)
  • Sambungan: USB, Bluetooth/NFC dan bicu 3.5mm
  • Pengecas luaran USB untuk mengecas tablet dan telefon pintar
  • Kunci Kensington (pilihan)

 

Untuk maklumat atau berita terkini tentang Jabra, sila ikuti kami di Twitter @We_are_Jabra

 


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *