[Kuala Lumpur – 29 Januari, 2020] JOOX, platform penstriman muzik Asia yang paling mendukung muzik K-Pop, sekali lagi membawakan secara eksklusif Anugerah Muzik Seoul High1 ke-29 (29th High 1 Seoul Music Awards) kepada peminat setia di Malaysia. Tahun ini menjanjikan kelainan buat peminat K-Pop kerana siaran secara langsung di JOOX ini hadir dengan terjemahan sarikata dalam masa nyata melalui teknologi AI.
En. Poshu Yeung, Naib Presiden Tencent IBG, berkata, “Kami telah membawakan sebahagian daripada acara muzik Korea terbesar selama tiga tahun berturut-turut kepada pengguna kami, lebih daripada platform lain di rantau ini. Ini termasuklah Anugerah Muzik Melon (MMA) dan Anugerah Muzik Mnet Asia (MAMA) yang telah ditonton lebih daripada 3 juta penonton pada tahun 2019 di JOOX – dan ianya merupakan hasil yang sangat menggalakkan bagi kami. Sebagai platform penstriman muzik yang terkemuka, kami berbangga dengan usaha kami yang teguh untuk mempromosikan budaya K-Pop dan memastikan industri K-Pop menjadi lebih kuat sepanjang tahun ini. “
En. Yeung juga menambah, “Baru-baru ini, kami juga meningkatkan usaha kami dengan menawarkan terjemahan sarikata dalam masa nyata dengan menggunakan teknologi AI yang canggih di program-program K-Pop, termasuk Anugerah Muzik Seoul. Kami percaya bahawa ciri tambahan ini akan membolehkan pencinta muzik terlibat sepenuhnya dalam pengalaman muzik yang hebat ini dan seterusnya dapat mengetahui lebih lanjut lagi tentang budaya K-Pop. “
Anugerah Muzik Seoul High1 ke-29 mengiktiraf penyanyi terbaik dan paling popular tahun lalu, menerusi acara siaran langsung di Gocheok Sky Dome, Seoul, Korea pada 30 Januari 2020. Jangan terlepas untuk menyaksikan kemeriahan serta aksi bintang-bintang terunggul K-pop TWICE, MONSTA X, NCT DREAM, SUPER JUNIOR, NU’EST, RED VELVET, AB6IX, TXT, ITZY, MAMAMOO, CHUNGHA, TAEYEON, dan ramai lagi secara eksklusif di JOOX.
Menghangatkan lagi acara muzik ini, peminat K-Pop boleh menyokong idola-idoa kesayangan mereka dengan mengundi menggunakan Coin JOOX. Hadiah-hadiah menarik seperti set Nintendo Switch, akses JOOX VIP dan beg cenderahati JOOX menanti 10 pengundi terbanyak yang menggunakan Coin JOOX.
Tandakan kalendar anda dan tonton secara langsung eksklusif di JOOX pada 30 Januari:
Lokasi | Masa Tempatan pada 30 Januari (Khamis) |
Malaysia | 5:50pm |
Tidak dapat menonton persembahan idola-idola kesayangan anda secara langsung? Peminat boleh menonton semula acara anugerah ini menerusi video-on-demand pada bila-bila masa sehingga penghujung bulan April dengan sarikata (Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia), eksklusif di JOOX!
JOOX telah menyiarkan MMA untuk tahun kelima berturut-turut, MAMA untuk tahun keempat berturut-turut, dan kini akan menyiarkan SMA untuk tahun ketiga berturut-turut. Peminat juga boleh menonton semula MMA dan MAMA di JOOX sekarang.
Nikmati muzik kegemaran anda dan persembahan secara langsung pada bila-bila masa, di mana sahaja dengan memuat turun JOOX di telefon pintar atau desktop melalui Apple App Store dan Google Play Store, juga menerusi laman web JOOX.