(HIBURAN) Kisah Perjalanan DokuFilem “SITI: ARE YOU READY?” Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour – Live In Concert!

Spread the love

Apa sahajalah yang tidak mampu dilakukan oleh seorang legenda bernama Dato’ Sri Siti Nurhaliza? Diselang-seli dengan kesibukan dalam persiapan melakukan konsert berskala besar di tiga (3) buah negara, bersulam dengan kesibukan memikul tugasan sebagai isteri dan ibu, Siti mampu melengkapkan filem dokumentari yang bakal menjadi santapan jiwa buat peminat Siti khususnya. 

“Siti: Are You Ready?” merupakan sebuah filem dokumentari berdurasi 80 minit yang menampilkan detik di atas dan di belakang pentas, persembahan langsung serta “Untold Story” sepanjang jelajah Konsert “Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour” di tiga (3) buah negara iaitu Indonesia (Jakarta), Singapura dan Malaysia (Kuala Lumpur).

Filem dokumentari ini mengangkat sudut pandang seorang isteri, ibu dan penyanyi dalam kehidupan seharian serta memaparkan perjuangan beliau ‘berlawan’ dengan diri sendiri serta kebimbangan yang dilaluinya menuju ke hari konsert.

Beliau kembali bangkit meneruskan rutin sebagai penyanyi selepas cuti bersalin lalu muncul di pentas berskala besar. Dan pastinya konsert tersebut meninggalkan memori dan kesan sentimental yang bukan sedikit buah Siti dan para pencinta penyanyi kesayangan ramai ini.

Segala pengalaman bersama para peminat dan rombongan konsert jelajah ini dikongsi dalam filem dokumentari ini. Dari sekecil-kecil persediaan hinggalah sebesar apresiasi peminat dan pecinta seni, semua dipaparkan dalam filem yang diterbitkan oleh Shiraz Projects dan Siti Nurhaliza Productions ini.

Menampilkan dua anak muda dengan jiwa besar sebagai pengarah, Siti: Are You Ready? mempamirkan kebolehan luar biasa M.Azhar Rot dan Anz Izwan memikul tanggungjawab sebagai pengarah filem ini. Kebolehan dua (2) pengarah muda ini bukan sahaja boleh dilihat dengan mata kasar melalui sinematografi serta visual yang diambil namun lebih bermakna lagi apabila mereka bijak mengambil jiwa dan rasa di sepanjang pembikinan konsert ini berlangsung. Ini semua bakal dirasakan melalui filem ini. Penuh jiwa dan rasa!

Aspek dokumentari yang paling menarik apabila Siti Nurhaliza menonjolkan kecintaan yang tulen dan tidak berbelah bahagi terhadap muzik dan kehidupannya. Buat pertama kalinya, beliau mendedahkan segala-galanya di hadapan kamera. Dan anda perlu menjadi sebahagian dari penonton hari – hari bersejarah beliau.

DATO’ SRI SITI NURHALIZA ON TOUR – LIVE IN CONCERT

Dato’ Sri Siti Nurhaliza on Tour -Live In Concert” ialah gabungan rakaman tiga destinasi yang difilemkan di hadapan sekitar 20,000 para peminat sepanjang konsert jelajah berlangsung di JakartaSingapura dan Kuala Lumpur pada 2019. Konsert tersebut berlangsung dengan jayanya pada 21 Februari 2019 (Istora Senayan, Jakarta), 2 Mac 2019 (Singapore Expo, Singapura) dan 16 Mac 2019 (Axiata Arena, Kuala Lumpur)

Konsert yang dilaksanakan bersempena 23 tahun penglibatan beliau di dalam industri ini mempamerkan kekuatan mental dan stamina sewaktu beraksi di atas pentas selepas melahirkan cahayamata sulungnya, Siti Aafiyah.

Konsert ini mendapat sambutan hebat daripada peminat dan pencinta muzik serta ulasan positif dari pihak media setiap negara. Ini ekoran, semua aspek melibatkan penghasilan konsert baik sebelum, semasa dan selepas konsert menjadi keutamaan bagi menghasilkan sebuah konsert yang berprestij, bertenaga dan meninggalkan kesan tersendiri buat para peminat.

Rata-rata peminat dan pengamal media memuji sistem bunyi, penatacahayaan, repoirtaire dan pastinya vokal bertenaga dalam bersahaja Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ikon seni negara ini.

Tulus turut diundang untuk menghangatkan lagi suasana konsert dengan dendangan lagunya dan juga duet bersama ‘tuan rumah’ konsert.

Jangan lupa saksikan filem dokumentari“Siti Are You Ready?” & Konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour – Live In Concert yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 30 Disember 2021.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM19.90 anda boleh menonton kedua-dua filem dokumentari dan konsert selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulangIkuti info dan klip-klip menarik tentang filem in menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro First.

Bagi mereka yang berada di luar Malaysia dan Brunei anda boleh melanggan di platform Vimeo on Demand bermula 30 Disember 2021 dengan harga USD4.99 dan boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Dato’ Sri Siti Nurhaliza, telah memilih TikTok, platform yang paling pesat berkembang untuk penemuan muzik, secara eksklusif bagi memperkenalkan filem dokumentari Siti: Are You Ready?” dan Konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour – Live In Concert berserta dengan tayangan trailer rasmi, sebuah temubual di balik tabir dengan tenaga produksi filem, cabaran hashtag, #SitiAreYouReady, dan Malam Gala Perdana. Beliau memulakan akaun TikToknya apabila lockdown berlaku di Malaysia dan telah mengumpulkan lebih 1.3 juta peminat di platform tersebut. Sejak itu sebagai pengguna aktif, Siti telah melihat potensi aplikasi tersebutdan teruja untuk berkongsi dokufilem pertamanya secara eksklusif di TikTok!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *