KUALA LUMPUR, 9 September 2022 – Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah Konsert “Rossa 25” Shining Years Concert” di Jakarta, Bandung, Surabaya yang menyaksikan kehadiran lebih 15,000 penonton, kini Dato’ Sri Rossa akan kembali ke Konsert Solo Pertama sejak pandemik 2020 yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022 ini.
Konsert “Rossa 25” Shining Years Concert” di Malaysia ini akan dianjurkan dengan kerjasama INSPIRE PRODUCTION Indonesia, YAYASAN PRIHATIN NASIONAL (PRIHATIN), TICKET2U.COM, MYVITALAB dan KOPERASI PRIHATIN NASIONAL (KOPENA).
Konsert ini diadakan sempena penglibatan Dato’ Sri Rossa selama 25 tahun dalam industri muzik dan kini sedang menjelajah ke beberapa kota besar di Indonesia termasuk di Kuala Lumpur, Malaysia.
(Atas) Dato’ Mohd Aizuddin, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN. (Bawah) Nabiha Aimi, Ketua Pegawai Eksekutif MyVitalab.
Sebahagian hasil jualan tiket yang dijual akan disalurkan ke Tabung Pendidikan Anak Bangsa (TAB) dan Tabung Kasih PRIHATIN bagi kegunaan dan manfaat pendidikan anak-anak Keluarga Malaysia.
Konsert Dato’ Sri Rossa di Malaysia akan melibatkan empat (4) Pengarah Muzik; Dandy Lasahido, Risyanda, Eka Gustiwana, Andi Rianto termasuk Magenta Orchestra bagi membawakan lebih dari 25 lagu hitsnya.
“Rossa 25″ Shining Years Concert” ini semakin mengukuhkan nama Rossa dalam sejarah industri muzik serantau, dan selalu menjadi trend setter artis Indonesia di Malaysia.
Alhamdulillah aku bersyukur, akhirnya yang ditunggu-tunggu hampir tiba, sudah tidak sabar ingin ketemu dengan para fans di Malaysia. Setelah menahan rindu selama dua (2) tahun akibat pandemik, senang banget rasanya sudah bisa konser offline lagi di KL.” kata Dato Sri Rossa kepada media Ketika Sidang Media secara online di Jakarta pada Selasa (09/9/2022).
Di konsert penglibatan 25 tahun Rossa dalam industri seni ini, fesyen tentu menjadi pelengkap untuk elemen visual dan hiburan. Rossa ingin membuat pertunjukan mahakarya yang akan memuaskan para penggemarnya.
Faye yang bertindak sebagai Image Director dalam mereka segala busana dan aksesori dari para designer mode papan atas untuk memaksimalkan aksi Rossa di Plenary Hall KLCC.
Para pereka fasyen yang terlibat di antaranya tiga pereka fesyen terkemuka Indoensia, yakni perancang busana Didi Budiardjo dan Monica Lvena, kemudian Pereka Fesyen Aksesori Rinaldy A. Yunardi.
Didi Budiardjo, seorang legenda di industri fesyen Indonesia ini dikenal dengan siluet feminin ala Parisian yang menyuguhan lekuk klasik penuh keanggunan dan dipadukan bersama unsur glamor. “Pertama kalinya bagi saya memakai rancangan Didi Budiardjo untuk konser tunggal, saya selalu mengagumi karyanya yang lekat dengan citra classic goddess. Saya akan mengenakan busana Didi untuk penampilan bersama Andi Rianto,” ungkap Dato Sri Rossa.
Di sisi lain, Dato Sri Rossa memilih Monica Lvena yang rancangannya pernah dipakai oleh Taylor Swift dan Khloe Kadarshian untuk dipakai pada sesi dance sewaktu konsert.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin yang sememang sinonim dengan penganjuran konsert berskala besar berkata, “Penganjuran Konsert Dato’ Sri Rossa ini akan meneruskan kerjasama strategik dengan saya dan yayasan untuk tujuan kebajikan yang telah kami mulakan dan sama-sama berkolaborasi sejak tahun 2012 lagi.
Saya bersyukur kerana Dato’ Sri Rossa sentiasa prihatin dengan kebajikan di Malaysia dan sentiasa bekerjasama untuk penganjuran konsert yang bukan bersifat komersial semata-mata. Beliau bersetuju untuk sama-sama mencari dana bagi tujuan pendidikan melalui jualan tiket seterusnya menyalurkan sebahagian hasil jualan ke Tabung Kasih Prihatin dan Tabung Pendidikan Anak Bangsa.
Dalam masa yang sama, PRIHATIN mengalualukan pihak korporat dan orang perseorangan untuk membeli tiket korporat seterusnya memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam bidang pendidikan melalui konsep “Berhibur Sambil Beramal.
Selain itu, penglibatan Myvitalab yang terlibat dalam bidang perniagaan kesihatan dan personalised bekerjasama buat pertama kali dengan PRIHATIN akan memberi impak luar biasa kerana mereka juga banyak terlibat dengan aktiviti kebajikan.”
Jualan tiket bermula pada harga serendah RM258 sehingga RM3,000. Tiket Konsert ini boleh didapati secara online melalui laman sesawang ticket2u.com.my dan secara Offline bagi jualan tiket amal dan korporat boleh ditempah menerusi RSVP di talian (013-3886533 — Pn. Nelle).