KUALA LUMPUR, 18 Mac 2023 — Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Bank Rakyat telah menganjurkan Program Townhall Ikon Nasional Peringkat Wilayah Persekutuan. Majlis yang dihadiri oleh seramai lebih 800 pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar daripada University College MAIWP Intemational (UCMI), Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM). Program bermula dengan sesi Townhall Ikon Nasional bersama Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi MAIWP dalam slot “Membentuk Siswa Madani – Mahasiswa Sebagai Pemimpin Masa Hadapan”. Turut diadakan sesi pemberian bantuan awal pendidikan seperti bantuan tunai, komputer riba dan beg keperluan asas ke Menara Gading kepada seramai 850 pelajar yang layak. Majlis Perasmian Townhall Ikon Nasional ini telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Bin Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Enwal Agama) di Dewan Tun Syed Nasir UKM, Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Read more →
Tag: Yayasan Prihatin Nasional
(SEMASA) YAYASAN PRIHATIN NASIONAL ANJUR ‘IKON’ WILAYAH PERSEKUTUAN BAGI MEMBENTUK SISWA MADANI
(SEMASA) JELAJAH PENDIDIKAN #KELUARGA MALAYSIA – PRIHATIN CAKNA KEBAJIKAN PELAJAR PPKI SK SUNGAI BULOH
SUNGAI BULOH, 10 November 2022 – Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) komited meneruskan inisiatif membantu pelajar terdiri daripada golongan asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan (B40), dengan pemeriksaan mata serta pemberian cermin mata percuma menerusi kerjasama bersama Bolton Optical Group Sdn. Bhd sempena Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia yang memanfaatkan kira-kira 869 pelajar. Turut diadakan sesi perkongsian ilmu oleh Puan Nori Tun Abdullah (Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia) bersama ibu bapa dan pelajar Pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh dan penyerahan sumbangan bantuan wang tunai kepada ibu bapa pelajar serta penyerahan bantuan kelengkapan pembelajaran kepada seramai 110 pelajar Pendidikan khas yang terdiri daripada kategori seperti masalah pembelajaran, autism, sindrom down dan disleksia. Program Kami PRIHATIN ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh. Read more →
(HIBURAN) PENGANJURAN KONSERT ROSSA 25 TAHUN DI KUALA LUMPUR BAKAL MANFAAT PENDIDIKAN ANAK BANGSA
KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2022 – Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” di Jakarta, Bandung, Surabaya yang menyaksikan kehadiran lebih 15,000 penonton, kini Dato’ Sri Rossa telah tiba di Malaysia bagi mempromosikan siri Jelajah Konsert “Rossa 25th Shining Years Concert” dan merupakan Konsert Solo Pertama sejak pandemik 2020 yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022 ini. Turut diadakan penyerahan bantuan pendidikan ke Menara Gading kepada pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan dalam kategori asnaf dan B40 yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Aizuddin Mohd Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan YBhg. Dato’ Sri Rossa sendiri di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada hari ini. Sumbangan berbentuk dana kewangan, komputer riba dan barangan keperluan yang diberikan ini adalah hasil dari jualan tiket Konsert Rossa 25 Tahun yang telah terjual sepanjang bulan September. Read more →
(HIBURAN) KONSERT AMAL “ROSSA 25″ SHINING YEARS CONCERT” BAKAL BERLANGSUNG DI KUALA LUMPUR NOVEMBER INI
KUALA LUMPUR, 9 September 2022 – Setelah kejayaan penganjuran siri jelajah Konsert “Rossa 25” Shining Years Concert” di Jakarta, Bandung, Surabaya yang menyaksikan kehadiran lebih 15,000 penonton, kini Dato’ Sri Rossa akan kembali ke Konsert Solo Pertama sejak pandemik 2020 yang akan berlangsung di Dewan Plenary, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada 2 November 2022 ini. Read more →
(SEMASA) YAYASAN PRIHATIN DAN DXN PERUNTUKKAN RM1.56 JUTA RINGANKAN BEBAN MANGSA BANJIR
KUALA LUMPUR, 22 Januari 2022 – Seramai 500 mangsa banjir dari Jalan Tiong Nam dan sekitar Kuala Lumpur telah menerima manfaat daripada Program Sentuhan Kasih PRIHATIN x DXN hasil kerjasama Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN), DXN Holdings Berhad dengan sokongan Badan Amal Warga Asnaf Malaysia (BAWA). Program yang berlangsung di Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur ini telah disempurnakan oleh Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN). Pihak PRIHATIN x DXN telah memberi mesin basuh, peti ais, periuk nasi, kipas angin, tilam, keperluan makanan asas dan pakaian kepada mangsa banjir. Read more →