(HIBURAN) KONSERT “ANTHRAX LIVE IN MALAYSIA”

Spread the love

KUALA LUMPUR, 12 November 2019 – Khas buat peminat kugiran heavy metal terkemuka dunia di Malaysia, buat julung kalinya ANTHRAX akan menggegarkan Kuala Lumpur menerusi Konsert “ANTHRAX Live in Malaysia” pada 4 April 2020, 9.00 malam di Star Convention Centre, Menara PGRM Kuala Lumpur.

Dibawakan khas oleh Lampuneon Entertainment, penganjuran konsert ANTHRAX ini merupakan siri kembara jelajah ke seluruh dunia bersempena ulang tahun ke-30 album “Among the Living” yang merupakan album studio ketiga yang diterbitkan pada 22 Mac 1987.

Digelar ikon ‘Big Four’ selain Metallica, Megadeth dan Slayer, kugiran thrash metal Amerika Syarikat ini dianggotai Joey Belladonna (vokalis), Frank Bello (pemain bass), Charlie Benante (pemain dram), Jonathan Donais (gitaris utama) dan Scott Ian (gitaris irama).

Pelbagai anugerah telah diraih ANTHRAX sepanjang 38 tahun berada di industri. Antaranya Anugerah Inspirasi 2016, Anugerah Metal Storm 2016 bagi Album Heavy/Melodic Metal Terbaik, Anugerah Kehormatan Rock & Roll Klasik 2012 bagi Metal Guru dan ANTHRAX juga turut tercalon dalam Anugerah Grammy dari tahun 1991 hingga 2015 bagi kategori Persembahan Metal Terbaik.

Tiket konsert telah mula dijual pada harga RM338 (Rock Zone) dan RM438 (Cat 1) dan boleh didapati melalui https://proticket.com.my/anthrax-live-in-malaysia-2020/ atau hubungi talian 03-7880 7999.

Pastinya peminat ANTHRAX tidak mahu melepaskan peluang melihat mereka beraksi buat pertama kalinya di Malaysia. Dapatkan segera tiket anda!


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *