(HIBURAN) LAKAR MOMEN SERTA  NIKMATI KREATIVITI, KEASLIAN  DAN RASA DALAM KONSERT DATO M.N45IR  CIPTA ,10 OGOS 2024 INI

Spread the love

Memilih judul yang ringkas namun mengesankan iaitu CIPTA sebagai nama konsert terkini pada 10 Ogos 2024, ia cukup melambangkan keseluruhan seorang figura seni bernama M.Nasir. Seantero Nusantara tahu, seluruh karyawan seni sedar dan belajar daripada banyak karya yang telah diciptakan oleh M Nasir. Beliau adalah ‘otak’, ‘arkitek’, maestro, sifu dan semua yang berkaitan dengan penciptaan karya seni yang berkualiti tinggi.

Dan setiap karya yang dicipta oleh pemilik nama sebenar Mohamad Nasir Mohamed ini jarang sekali tidak meledak saat dipasarkan ; daripada karya yang dibikin untuk penyanyi solo lelaki dan wanita juga kugiran rock mahupun mengusung genre pop dan balada. Untuk dirinya yang digelar Meastro, figura berusia 66 tahun ini sentiasa mencipta karya-karya hebat, luar biasa dan malar segar sehingga meraih pelbagai pencapaian dalam belantika muzik. Maka dengan itu apabila CIPTA dipilih sebagai konsert julung kali dari M. Nasir yang diadakan tahun ini, ia merangkumi semua justifikasi maksud ciptaan itu sendiri.

Dijadual berlangsung pada 10 Ogos 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil, DATO’ M.N45IR  CIPTA dibawakan khas oleh Icon Entertainment yang sentiasa menyokong karyawan seni.

“Icon Entertainment sedar ini bukan pertama kali penonton atau peminat menyaksikan persembahan sifu M.Nasir sepanjang lebih empat dekad pembabitan beliau dalam industri seni Nusantara.

“Tapi menerusi inilah pentas yang akan menyajikan pelbagai ciptaan dan kreativiti daripada seorang karyawan seni ditumpahkan lalu menjadi persembahan visual dan audio yang tidak akan pernah dilupakan.

“Menerusi DATO’ M.N45IR  CIPTA, peminat akan masuk ke dalam dunia penciptaan beliau yang telah melahirkan karya bermutu bukan hanya untuk dirinya sendiri tetapi ratusan pemuzik serta penyanyi yang pernah mendapatkan sentuhan mereka.

“Dan di DATO’ M.N45IR  CIPTA, beliau akan mempersembahkan karya-karya yang telah dicipta dalam sebuah bentuk persembahan yang belum pernah disaksikan sebelum ini,” ujar Iman Tang dari Icon Entertainment.

Sebagai seniman sejati, M Nasir tidak pernah menjanjikan sesuatu yang berlebihan atau menjual jenamanya secara ‘kosong’. Sebaliknya seniman ini hanya mahu peminat hadir menikmati DATO’ M.N45IR  CIPTA dengan cara masing-masing lalu pulang senang hati kerana telah mendapat sebuah lagi persembahan visual, audio dan santapan jiwa sesuai citarasa.

Di bawah bumbung yang sama, irama dan lagu mengalir masuk ke hati sanubari masing-masing dalam lingkaran kenangan terdahulu yang akan menambahkan momen masa hadapan.

Jadi sudahkan anda bersedia untuk ini? Sebuah konsert berskala besar untuk jiwa-jiwa yang ingin terus meraikan CIPTAAN sifu kesayangan mereka. Sebuah konsert yang sememangnya dinanti-nantikan tahun ini dengan visual, repoirtaire lagu, susunan muzik, pemuzik malah penyanyinya sendiri- Dato M.Nasir yang dihormati segenap usia dan golongan.

Jika sudah, mari kita bersama-sama berkumpul di bawah bumbung Axiata Arena pada  10 Ogos 2024 Axiata Arena untuk mencipta satu lagi sejarah terCIPTA bagi Dato dan penggemar melodi, muzik dan lirik-liriknya.

📍27hb Mei – Tiket Online akan mulai di jual pada pukul 11.00am di platform: www.ticket2u.com.my

Harga tiket bermula dengan RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS) menanti anda.

INFORMASI

ACARA : DATO’ M.N45IR  CIPTA

TARIKH: 10 OGOS 2024

LOKASI: AXIATA ARENA BUKIT JALIL

PENGANJUR: ICON ENTERTAINMENT

TIKET:  RM 238 (AWAN NANO), RM338 (SEJATI), RM458 (FENOMENA), RM488 (CINTA KRISTAL), RM528 (MUSTIKA), RM588 (APOKALIPS)

PEMBELIAN TIKET: www.ticket2u.com.my


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *